SALJI DI UNIVERSITI KU

SALJI DI UNIVERSITI KU

AWE-DONDE

AWE-DONDE

جامعه مؤته

جامعه مؤته

KULIAH SYARIAH MU'TAH

KULIAH SYARIAH MU'TAH

HUkum Menampal Dara

Thursday, January 21, 2010


Dara merupakan satu mahkota yang amat penting bagi setiap wanita.Sehingga kan pada zaman Melayu terdahulu,wanita yang kehilangan dara sebelum kahwin amat dikeji dalam masyarakat.Tetapi amat berbeza dengan zaman sekarang.Kecanggihan teknologi perubatan boleh menampal kembali dara sehingga masyarakat zaman sekarang berani untuk melakukan hubungan kelamin sebelum kahwin.Dengan kecanggihan teknologi perubatan ini,timbul persoalan.Adakah dibolehkan menampal kembali dara?

Para fuqaha' zaman sekarang berbeza pendapat dalam menentukan hukum mengembalikan semula, mencantum atau menampal selaput dara yang telah terkoyak.

Pendapat Pertama

Tidak harus sama sekali menampal semula dara yang telah terkoyah. Ia merupakan pendapat Syaikh Izzuddin Attamimi dan Dr Muhammad Mukhtar Assyinqiti dan ramai lagi.

Pendapat Kedua

Harus menampal semula jika ianya terkoyak ketika usia muda disebabkan selain daripada perbuatan persetubuhan, dan harus juga bagi wanita yang telah berkahwin menurut kehendak suaminya. Pendapat ini dikemukakan oleh Syaikh Muhammad Mukhtar Assalammi.

Pendapat Ketiga

Harus menampal semula dalam keadaan berikut:

i) Jika koyakan terjadi disebabkan kejadian atau kemalangan ketika kecil ataupun dewasa
ii) Jika koyakan disebabkan keadaan memaksa seperti pendarahan, pembedahan atau lompatan yang tinggi dan panjang atau diseksa dengan dimasukkan kayu dsb.
iii) Jika koyakan kerana dipaksa berzina. Jika zina sukarela, haram dikembalikan.

Pendapat ini disebutkan oleh Dr Taufiq Al-Wa'

Pendapat Keempat

Harus menampal semula dalam keadaan berikut:

i) Jika koyakan berlaku disebabkan kemalangan atau perbuatan yang bukan maksiat dan bukan dengan persetubuhan selepas aqad nikah.
ii) Jika mengikut sangkaan yang kuat, wanita tersebut akan menerima kezaliman dan dituduh berzina mengikut 'uruf dan adat tempatan, maka hukum menampalnya adalah wajib. Jika sangkaan biasa sahaja maka hukumnya sunat.
iii) Jika koyakan disebabkan zina yang tidak diketahui umum, maka doktor/jururawat boleh memilih untuk menampal atau tidak, dan menampal lebih afdhal. Akan tetapi haram menampalnya jika zina sudah diketahui umum samaada berlaku hukuman atau tidak.

Pendapat ini disebutkan oleh Dr Muhammad Naim Yasin

Penutup

Perbincangan dalil ana tidak sebutkan di sini kerana bukanlah tempatnya. Namun begitu pendapat yang dilihat kuat adalah pendapat yang mengatakan haram bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar dan rosaknya masyarakat pada zaman sekarang dengan penzinaan yang berleluasa. Moga Allah hindarkan dan selamatkan kita dan keluarga kita daripada fitnah tersebut. Amiin.

Wallahu A'lam

1 comments:

Syahmi90 said...

Salam...alhamdulillah..
ilmu yg sngt berguna...

February 11, 2010 at 5:58 PM

Post a Comment

 

2009 ·AWE-DONDE by TNB