SALJI DI UNIVERSITI KU

SALJI DI UNIVERSITI KU

AWE-DONDE

AWE-DONDE

جامعه مؤته

جامعه مؤته

KULIAH SYARIAH MU'TAH

KULIAH SYARIAH MU'TAH

Surat Warkah Ku Kepada Ahli Permata dan Jawapan Berkaitan Isu Hari Keluarga

Monday, May 16, 2011




Dengan nama Allah, kalam ini saya mulakan. Agak sedikit kekok menyusun kata setelah sekian lama meninggalkan bidang penulisan. Minta maaf kepada pembaca sekalian kerana artikel kali ini berkaitan dengan keadaan yang berlaku di tempat saya.



Setelah beribu-ribu kali berfikir,dan meminta pendapat sahabat-sahabat akhirnya saya menggagahkan diri untuk menulis tentang isu ini.Bukan niat saya untuk mengkritik balik,jauh lagi untuk berdebat dan sebagainya,tetapi setelah melihat ada kalanya perlu juga saya bersuara sedikit untuk mengurangkan ketegangan yang berlaku.Ini merupakan kali pertama saya menulis tentang siasah(persatuan) kerana ini juga pertama kali ku terlibat secara serius dalam persatuan.



Setelah membaca artikel isu JD2.50 Hari Keluarga PERMATA, saya rasa tidak perlu lagi diulas panjang lebar berkenaan isu tersebut, bahkan kalian sendiri boleh membaca artikel tersebut sekaligus memahaminya…



Namun, ini hanyalah respon peribadi saya, tidak ada kaitan dengan persatuan PERMATA, mahupun adik-beradik pimpinan PERMATA yang lain. Walaupun isu ini ada sedikit sebanyak kaitan dengan saya sebagai BENDAHARI AGUNG; orang yang bertanggungjawab tentang apa-apa jua berkenaan kewangan PERMATA.Saya rasa saya lah orang yang patut menjawab dan bersuara dalam isu ini.


Pengalaman Peribadi


Semasa di zaman persekolahan, saya tidak pernah memegang apa-apa jawatan pun.Dan keinginan saya dalam persatuan pun tidak ada. Tidak berpengalaman walaupun sedikit, dan saya jugalah orang yang paling kuat mengkritik dalam persatuan suatu ketika dahulu semasa berada di Tahun1 dan 2 di Mu’tah.


Tetapi, setelah ditaklifkan jawatan sebagai BENDAHARI AGUNG PERMATA, terasa bagai satu bebanan yang sangat berat saya pikul di bahu sendiri apabila mengetahui tentang keadaan sebenar kewangan PERMATA. Barulah saya teringat kritikan-kritikan yang pernah saya lontarkan dahulu seolah-olah terkena pada batang hidung saya sendiri; berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.


Perkara pertama yang saya ingin kongsikan pada mula-mula saya dikatklifkan sebagai bendhari,perkara pertama perlu saya fikirkan dan utamakan ialah PUSKMA.Cuba bayangkan anda perlu fikirkan bagaimana untuk menanggung dan mengekalkan PUSKMA sebagai rumah persatuan selama setahun. JD150 untuk sebulan didarabkan dengan 12 bulan (setahun). Agaknya berapakah jumlah dana yang perlu anda cari untuk kelangsungan PUSKMA semata-mata? Itu belum lagi termasuk selenggara alatan, pembelian perabot dan sebagainya.(Minta maaf adik beradik ahli Permata kerana tidak berupaya mencari PUSKMA yang besar untuk kalian)


Perkara kedua adalah membantu PERMATA mencari dana bagi tujuan untuk menjayakan program-program sepanjang sesi kami. Kebiasaannya, dalam sebulan akan ada sekurang-kurangnya 2 kali program. Dan kos minimum bagi sesebuah program adalah JD1000. Maka, berapa pula yang kami perlukan untuk sepanjang sesi?



Perkara yang seterusnya ialah, andai dahulu sayalah orang yang mengkritik PERMATA kerana tidak mempunyai jersi bola sepak sendiri walaupun merupakan JUARA BERTAHAN 6 tahun berturut-turut, maka, sebagai orang yang menguruskan perbendaharaan PERMATA, tanggungjawab itu beralih kepada saya. Alhamdulillah, kami berjaya menyediakan 3 set jersi bola sepak.


Berbalik kepada isu:


1.Sengaja saya coretkan sedikit pengalaman saya ketika di awal sesi untuk menggambarkan keadaan sebenar persatuan kita. PERMATA bukanlah persatuan yang KAYA RAYA. PERMATA tidak mempunyai dana yang kukuh dan mencukupi untuk memenuhi “kebajikan” semua ahli. Yang dimana anda tafsirkan kebajikan hanyalah dalam bentuk kewangan semata-mata. Seolah-olah hanya sekadar memenuhi kehendak setiap ahli, pengarah program dan sebagainya.


Merujuk artikel HAMBA TUHAN di mana cadangannya : (buatlah program sekadar kemampuan yang ada).


Jika saya ingin menerima cadangan sebegini, maka di awal sesi lagi saya akan bertindak sedemikian, tidak perlulah saya memikirkan perkara yang saya ceritakan di atas, berkaitan PUSKMA, dana program, peralatan, dan sebagainya. Kami hanya perlu sekadar menggunakan duit yang diberikan oleh EMJ sebanyak JD400 setahun, dan duit yuran JD1 sahaja untuk 1 kepala bagi sepanjang tahun. Maka,cukuplah sekadar 1 program untuk 1 tahun sepanjang sesi. PUSKMA yang sekarang ini milik PERMATA tidak perlu wujud. Kalau itu kehendak mereka "buatlah program sekadar kemampuan yang ada. Tidak perlu kami bersungguh-sungguh mencari dana, dan tidak perlulah AJK-AJK program mengerahkan tenaga dan juga masa untuk membuat sebarang program.


2. Berkaitan dengan kenyataan : (Persatuan hanyalah wakil kepada EMJ untuk menguruskan kebajikan ahli-ahlinya sahaja, dan dana-dana pengurusan telahpun diberikan oleh pihak EMJ dan juga kutipan-kutipan sumbangan dari pihak-pihak luar. Maka persatuan tidak berhak untuk mengambil duit ahli-ahlinya secara paksaan untuk menjalankan program kerana ia hanayalah sebuah badan yang menjaga kebajikan ahli sahaja.)


Ada 4 perkara di sini yang saya mahu ulas secara peribadi :


A) Bila sebut wakil,maka secara automatik wakil itu adalah pengurusan 100% yang diberikan oleh EMJ kepada PERMATA. Sebagai contoh, saya wakilkan sahabat saya untuk membeli. Maka 100% transaksi saya berikan kepada sahabat saya. Sahabat saya mewakili saya untuk melakukan transaksi 100% mengikut kehendaknya. Jadi mana-mana persatuan berhak sebagai wakil EMJ untuk menguruskan apa-apa sahaja yang dilihat sebagai untuk kemaslahatan semua

.

B) Dana pengurusan tadi saya rasa sudah jawab sebagaimana di atas. Pada sesi lepas hanya JD100 sahaja duit pengurusan yang diterima daripada EMJ. Namun, alhamdulillah pada tahun ini duit pengurusan yang diberikan adalah sebanyak JD400. Apa-apa pun, jumlah ini masih lagi tidak mencukupi untuk menanggung semua perbelanjaan program, PUSKMA, dan pengurusan PERMATA. Dengan jumlah pelajar kita yang melebihi 300 orang. Kalau semata-mata ingin bergantung kepada duit itu, hanya sekadar cukup untuk 3 bulan sahaja sewa PUSKMA!


C) Berkaitan dengan kutipan-kutipan sumbangan dari pihak-pihak luar, secara peribadi, saya sedikit terkilan. Saya ingin mengajukan persoalan kepada kalian. Adakah kalian pernah terlibat menolong PERMATA dalam usaha mencari sumbangan dana? Tahukan kalian, pada awal sesi pentadbiran kami, BPP beberapa kali menghantar borang tinjauan bagi sesiapa yang ingin membantu PERMATA dalam usaha mencari dana. Hanya 8 daripada lebih kurang 200 orang pelajar ketika itu yang sanggup membantu. Hanya LAPAN orang; 8/200. Malah ada yang membuang proposal itu,ada juga membuat lapik periuk sahaja proposal untuk mencari dana itu.Hancur luluh hati saya melihat proposal itu bagai tiada nilai di sisi mereka.Andai persoalan ini tidak mampu kalian jawab, maka, cadangan kalian tidak seiring dengan tindakan kalian. Sebagai muhasabah buat semua, janganlah fikirkan apa yang telah PERSATUAN lakukan untuk kita, lebih baik fikirkan apa yang kita telah lakukan untuk PERSATUAN!! Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membantu PERMATA mencari dana. Sedangkan firman ALLAH Ta’ala dalam surah Al-Maidah ayat 3:


( وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الاثم والعدوان)


Mafhumnya : Hendaklah kamu saling bantu membantu dalam kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu saling tolong menolong dalam dosa dan permusuhan.

Ayat ini sangat masyhur dan saya kira ramai yang mengetahui dan menghafalnya.


Wajhu dalalah : Sesungguhnya tolong-menolong di atas kebaikan adalah wajib; (pendapat yang mengatakan wajib ini dipetik daripada pendapat Imam Qatadah, Imam Ar-Rubai’, Imam Ishaq dan dirojehkan oleh Ibn Hajr, Ibn Hazm, dan Ibn Qayyim).


Kebaikan dan maslahat yang disebut termasuklah juga membantu PERMATA mencari dana dalam menjayakan program. Kenyataan wajib ini bukan saya sebut,tetapi oleh barisan ulama’ tadi. Saya tahu ayat tadi adalah umum, dan mungkin akan dijawab balik oleh kalian. Tetapi,saya cenderung merojehkan pendpat ini dan beramal secara umum ayat ini demi maslahat PERMATA.


Mahalkah JD2.50 untuk menolong PERMATA? Ketika kali ini kami memerlukan bantuan kalian, ketika di mana persatuan tidak mempunyai dana mencukupi untuk menjayakan program kerana ini program terakhir PERMATA di hujung sesi.


Sebenarnya mungkin anda nampak nilai itu sangat mahal, kerana anda tidak menilai erti ukhuwwah. Betapa gembiranya saya melihat semua syabab saya kirakan 90% yang hadir bersama-sama berBBQ makan bersama-sama pada malam itu tidak kira senior mahupun junior. Kemudian, ada pula program explorace, dan seterusnya diakhiri dengan makan malam tahunan

.

Duit yang dikutip bukannya dimakan oleh AJK, tetapi manfaatnya dapat semula kepada kita dalam bentuk MAKANAN. Saya percaya kita semua adalah manusia yang berhajat kepada makan. Cuba kita fikir secara logik, kita bayangkan yang kita bayar JD2.50 untuk makan malam kita seperti biasa selama 2 hari, bukankah itu berbaloi?


Cadangan saya kepada AMT dan ALT PERMATA pada sesi depan, disebabkan sesi ini wujud masalah berkaitan kewangan, maka usahakanlah untuk sedaya upaya membantu PERMATA mencari dana, berganding bahu dengan SEMUA ahli PERMATA di awal-awal sesi lagi supaya masalah ini tidak akan berulang lagi kelak.


Saya mengimpikan PERMATA mempunyai dana kukuh, dan mempunyai rumah persatuan yang besar sesuai dengan jumlah ahli. Tetapi, semua itu tidak akan berlaku tanpa pertolongan semua ahli PERMATA , dan mantan ahli PERMATA. Insyaallah, saya akan turut lagi membantu PERMATA pada sesi-sesi depan walaupun saya berada di Malaysia ketika itu.



D) (sebuah badan yang menjaga kebajikan ahli sahaja)


Mungkin kebajikan yang anda tafsirkan adalah dari segi bentuk kewangan semata-mata. Kalaulah saya nampak bahawa kebajikan dari segi kewangan sahaja, maka tidak perlulah persatuan menguruskan program-program. Duit dana yang dapat saya kumpulkan dari Malaysia itu lebih baik diberi kepada yang memerlukan.


Kebajikan merangkumi makna yang menyeluruh. Termasuk menjayakan sesebuah program juga adalah salah satu kebajikan ahli. Merapatkan ukhuwwah sesama ahli adalah merupakan kebajikan juga. Ini hanyalah pendapat peribadi saya.Terserah kepada anda untuk tafsirkan bagaimana.


E) ( Maka persatuan tidak berhak untuk mengambil duit ahli-ahlinya secara paksa)


Sebenarnya tidak perlu saya menjawab dalil-dalil lain kerana masalah pokoknya di sini hanyalah berkaitan ahli TIDAK REDHA. Masalah-masalah yang lain hanyalah furu' ataupun cabang sahaja. Jika tidak redha, maka hukumnya jatuh HARAM. Maka,keluarlah fatwa bahawa makan harta secara batil. Illahnya hanya satu iaitu REDHA atau TIDAK REDHA. Jika tidak redha,maka haram, jika redha maka hukum akan berubah sebaliknya. Saya ingin memetik semua dalil diberikan oleh mereka:


1 Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah. [Al-Baqarah : 188]


Wajhu dilalah : Mewajibkan membayar sesuatu yang tidak sepatutnya dibayar adalah memakan harta orang lain dengan batil.


2. Sabda Baginda s.a.w : Tidak dihalalkan harta seorang muslim itu melainkan ia diberi dengan keredhaan hatinya.


(Musnad Ahmad bin Hambal : jilid 5 halaman 72, Irwail Ghalil: Jilid 5 halaman 279- Hadis Sohih-Disohihkan oleh Al-Bani)


3. Kewajipan membayar kos program adalah dibawah kaedah : "لزم ما لا يلزم" iaitu mewajibkan sesuatu yang tidak wajib, dan ia diharamkan oleh syara’.


4. Dan juga qaedah : تصرف الإنسان في خالص حقه إنما يصح إذا لم يتضرر به غيره (Perbuatan seseorang pada hak miliknya adalah harus selagi mana ia tidak memudharatkan orang lain)


-Sekiranya pada hak miliknya pun tidak dibenarkan memudharatkan orang lain, maka perbuatan pada bukan milik seseorang itu dan memudharatkan orang lain adalah lebih salah lagi.


Kesimpulannya di sini, illahnya ialah tidak redha. Saya sebenarnya agak hairan dan tercari-cari apa yang tidak redha? Bagaimana kalian membuat kesimpulan tidak redha? Setahu saya iklan telah dibuat beberapa kali.


"Siapa yang tidak masuk program, dan dia telah membayar boleh MENUNTUT kembali duit tersebut!"


Kalau anda tidak redha duit anda, maka sila tuntut dan ambil kembali duit tersebut.Cukup mudah dan senang. Dan bagi yang masuk program anda tidak boleh katakana anda tidak redha. Kerana,redha adalah benda didalam hati, tetapi boleh dilihat dari segi zahir perbuatan. Jika di dalam masalah fiqh, boleh rujuk kitab-kitab fiqh dalam bab muamalat.


Sebagai contoh, ingin saya nyatakan, hukum jual beli tanpa ijab qabul(bai’ ta’athi). Ulama kata cukup sekadar perbuatan untuk menunjukan redha. Dan jual beli adalah sah.


Contoh lain yang mudah dalam bab jual beli ialah, Ali mengatakan kepada penjual dia tidak redha duit dia diambil. Tetapi pada masa sama dia telah menggunakan barang yang dibeli itu. Perbuatan itu telah menunjukan dia telah redha. Kalau dia tidak redha, kenapa dia masih lagi menggunakan barang itu?


Dalam isu ini, jika anda katakan bahawa anda tidak redha, kenapa anda turut berBBQ?Kenapa anda turut serta dalam majlis makan malam? Kalau begitu anda perlu memulangkan kembali makanan yang anda makan. Kalau tidak redha, anda tidak perlu ke program. Ambil sahaja kembali duit tersebut maka, selesailah.


Anggaplah bayaran program Hari Keluarga itu adalah seperti yuran penyertaan. Sesiapa yang ingin menjadi peserta sila bayar.


Sebagai contoh lain, saya menganjurkan Seminar Fiqh. Sesiapa berminat ingin menjadi peserta, sila bayar sebanyak JD2. Tiba-tiba ada seorang datang berjumpa dengan saya setelah habis seminar, mengatakan dia tidak redha duit yang dia bayar. Adakah alasan ini boleh diterima? Saya rasa tidak ada seorang pun di dunia ini yang membayar dan kemudian dia menggunakan manfaatnya, namun tiba-tiba dia mengatakan dia tidak redha.


Kalau isu redha dibangkitkan, maka tidak selesai. Saya rasa seluruh AJk ingin juga menuntut hak redha mereka buat kerja. Redhakah mereka menghabiskan masa, tenaga tanpa dapat balasan duniawi apa pun?


3) Berdasarkan dalil umum ini:Firman Allah S.W.T:

(وأمرهم شورى بينهم)

( وشاورهم في الأمر)


Berdasarkan dalil ini Imam Ibn Hazm mengatakan wajib mematuhi keputusan syura.


Pendapat saya adalah perlu untuk menghormati keputusan mesyuarat. Tidak bermakna kita menghormati keputusan mesyuarat ,kita tidak boleh bersuara. Iya, kita boleh bersuara, tetapi menggunakan saluran yang betul dan secara berhikmah. Pimpinan bukanlah MAKSUM, bukanlah orang yang tidak membuat kesalahan. Gunakan medium perantaraan yang betul barulah bersikap profesional. Pada pendapat saya, dengan memaparkan di laman sosial yang mana dapat dibaca oleh orang di seluruh dunia, bukanlah tindakan yang tepat. Mungkin akan mengguriskan hati segelintir pihak tertentu.


Saya anologikan tiadalah gunanya mengecat pintu (niat untuk mencantikkan), tapi akhirnya pintu itu tidak dapat digunakan kerana rosak. Samalah juga dengan tiadalah guna niat kita yang baik untuk menegur demi kebaikan PERMATA, tetapi mengeruhkan lagi keadaan seperti timbul fitnah, tidak bertegur sapa, dan lain-lain.Itu lah benda yang paling saya takuti dan saya fikirkan hari-hari bagaimana untuk hindari!Begitu susah abang-abang terdahulu membina konsep ukhuwah,sehingga terkenal Mu’tah adalah tempat yang paling ukhuwah dan disegani oleh semua.Sehingga terkenal di Syria.Jangan hancurkan binaan dan asas yang telah kukuh ini,tapi kukuhkanlah lagi binaan.


Cadangan saya untuk pimpinan PERMATA sesi akan datang, sediakanlah ruang yang betul untuk ahli meluahkan komentar dan cadangan demi kebaikan PERMATA. Namun biarlah pimpinan sahaja yang mengetahui. Ini sekaligus dapat meraikan komentar ahli dan mencantikkan lagi PERMATA. Jika perlu jawab, maka jawablah dengan cara yang tepat dan juga berhikmah.


Saya memuji tindakan kalian untuk cuba menegur kerana bagi kalian itu adalah kesalahan yang tidak boleh dilakukan. Alf mabruk, syukran 'alaikum jami’an.


Ini kerana bagi saya lebih baik berterus terang supaya tiada orang makan hati dan terus menerus mengkritik tanpa asas yang baik dan meninggalkan kebencian. Ini satu perubahan yang baik dalam pengurusan organisasi yang matang .Ini merupakan satu fenomena baru dalam PERMATA, berani berterus terang dan memberi kritikan terbuka kepada kepemimpinan dalam PERMATA.Supaya orang di atas tidak lena dibuai mimpi dan syok sendiri,dan orang dibawah mempunyai hak bersuara menuntut kebenaran.Sekali lagi saya puji kalian,dan adik beradik ahli PERMATA.Satu perubahan saya nampak agak positif di dalam persatuan kita!!!


Saya ingin tegaskan sekali lagi, ini hanyalah pandangan peribadi saya. Bukannya daripada adik-beradik pimpinan yang lain. Sekali lagi saya memohon kemaafan atas semua yang terjadi ini. Saya mohon sangat-sangat perkara ini tidak dipanjangkan lagi. Jika anda ingin menuntut wang anda kembali, silakan.


Saya mengimpikan PERMATA sebagai sebuah persatuan yang matang serta dapat dicontohi oleh persatuan-persatuan lain di Jordan khususnya, dan di negara-negara Timur Tengah lain amnya. Mungkin suatu hari nanti, PERMATA memiliki aset yang cukup untuk ahlinya seperti PUSKMA yang besar, didalamnya ada ruang untuk kelas-kelas pengajian, maktabah untuk rujukan pelajar, dan koperasi untuk BE. Mungkin juga kelak, PERMATA memiliki dana sendiri yang cukup untuk menjalankan program yang bermanfaat. Juga mungkin, ukhuwwah yang terjalin sesama ahli semakin erat bagaikan aur dengan tebing.


Saya nasihatkan semua Ahli Permata,bacalah objektif penubuhan PERMATA kenapa ia ditubuhkan dan apa tanggungjawab ahli?


Sejarah PERMATA ditubuhkan kerana ukhwah, jika 11 tahun dulu PERMATA ditubuhkan untuk menjadi pusat ukhwah kerana di Mutah ni bnyak sangat group2,fikrah-fikrah yang berlainan sehingga berpecah belah sesama mereka.Alhamdulillah, PERMATA melalui banyak sangat kisah dan peristiwa mencorak ahlinya dengan pelbagai isu dan peristiwa.Sehinggakan mesyuarat AGM pada satu ketika dahulu hanya tidak sampai 10 orang yang hadir!!!!Cuba anda bayangkan!!! Itu kisah2 yang saya dapat dengar dari senior2 Mutah yang ada masa penubuhannya.


Tempoh 11 tahun banyak mematangkan keluarga PERMATA dalam mengorak perubahan mengikut zaman. Kematangan makin jelas. Kepada pimpinan PERMATA dahulu,sekarang dan akan datang,teruskan berdialog dengan ahli, menerima kritikan dan membalas kritikan dengan baik, terus berkongsi pandangan.


Sekali lagi saya tegaskan semua impian saya ini tidak akan terlaksana kecuali memiliki ahli PERMATA yang ringan tulang membantu beban PERMATA mencari dana serta menegur pimpinan dengan hikmah jika ada kesalahan.Cintailah PERMATA kerana terus terang dari saya,persatuan inilah yang banyak membentuk pemikiran saya,mematangkan lagi fikiran dan idea saya.Terima kasih PERMATA.


Akhir kalam,saya mohon seribu kemafaan kepada semua ahli PERMATA khususnya sepanjang sesi pentadbiran saya sebagai BENDAHARI AGONG sesi 2010/2011.Dan juga mohon kesempatan ingin meminta maaf kepada semua sahabat yang pernah memasuki kelas akademik yang diajari oleh saya selama 2 tahun sepanjang penglibatan saya sebagai tutor.




Wallahu'alam.

Sekian Wassalam

Azmir Azri Ahmad,

Bendahari Agong PERMATA 2010/2011

Hukum Baby Gaga Ice Cream siri 1

Monday, March 7, 2011


Ice Cream Baby Gaga

Siap untuk dijual


Dunia akhir zaman bermacam-macam perkara manusia lakukan untuk menarik publisti...Baru-baru ini saya terbaca surat khabar berita harian pada 26/2/2011 tajuknya Macam-macam: Ais krim susu ibu mula dijual..Sila rujuk link ini untuk membaca B.harian

Lagi link:http://www.abc.net.au/news/stories/2011/02/26/3149627.htm
link:http://www.ibtimes.com/articles/116301/20110225/breast-milk-ice-cream-icecreamists-baby-gaga-madagascan-vanilla-pods-lemon-zest.htm


Jika mahu lihat video bagaimana cara aiskrim ini dihasilkan?click here:video baby gaga ice cream
video2

Laris


Sold Out


Ais krim berperisa susu manusia mula dijual di sebuah restoran baru di London.

Dengan harga £14 (RM70) yang dipanggil Baby Gaga, ia boleh didapati di restoran Icereamists di Covent Garden.
Susu manusia dari penderma berkenaan diadun dengan perisa vanila Madagascar dan kulit lemon berkenaan kemudian dijadikan ais krim.

Dan aiskrim itu menjadi aiskrim yang paling laris di London....


HUkuM???

Sebagaimana kita tahu dalam Islam Sepakat Jumhur Ulama' bahawa thabitnya hukum Adik beradik Susuan.Iaitu haram kita berkahwin dengan adik beradik susuan.Dan Ulama' berselisih telah bersepakat secara umumnya tentang perkara tersebut,tp masih lagi khilaf pada beberapa perkara secara terperinci.

JIka aiskrim tadi mengandungi susu ibu,bagaimana kita hendak memakanya??Jika memakanya,maka adakah orang yang memakan aiskrim tersebut telah menjadi adik beradik susuan,dan haram untuk berkahwin??Dan ini akan menjadikan percampuran nasab!!!

Sebagai contoh:

Dawud telah memakan aiskrim baby gaga yang mengandungi susu ibu,dan penderma susu itu mempunyai anak perempuan bernama Lisa berumur lebih kurang sama dengan umur dawud..Jika disabitkan hukum adik beradik susuan(rodho'ah) maka secara automatik dawud haram berkahwin dengann Lisa.

Jika ramai yang memakanya(kuantiti yang ramai membeli),sehingga tidak tahu,siapa memakanya,dan siapa yang menderma susu ibu itu,maka akan menjadi percampuran nasab....Tidak tahu siapa adik beradik susuan!!Dan ini akan menyulitkan keadaan!!!!

Timbul dalam pemikiran saya,dari segi hukum Islam.Bagaimana kah pandangan dari sudut fiqh....
Sejauh mana ia memberi kesan dalam hukum anak susuan dan apakah hukumnya menjual dan makannya"

Sebelum mencari hukum,ada beberapa persoalan yang perlu dikaji sebelum dapat memberi hukum tentang masalah tersebut.

Masalah-masalah:

1-Berapakah had umur sehingga sabit hukum anak susuan?
2-Berapakah kuantiti susu yang harus diminum untuk mensabitkan hukum anak susuan?
3-Percampuran susu dan bahan-bahan lain adakah tetap mensabitkan hukum anak susuan?
4-Menjual susu ibu adakah haram seperti menjual anggota2 badan yang lain?
5-Adakah meminum susu ibu akan menzalimi hak anak atau tidak?



Ikuti Sambungan seterusnya.....Insyaallah akan dijawab secara terperinci berdasarkan dalil-dalil Ulama'.....Akan dibincangkan dengan beberapa sahabat saya dalam group dipanggil Darul Ifta'......

Follower ke 100

Friday, February 18, 2011




Alhamdulillah....Blog ku baru sahaja mencecah follower yang ke 100....I am sooo excited that I have over 100 Followers!




Perubahan Minda...

Tujuan utama ku menulis blog ini adalah semata-mata berkongsi ilmu,pendapat,pengalaman untuk mengubah minda masyarakat kita yang mana menurut kajian puarata membaca bahan-bahan ilmiah sangat la rendah...Budaya malas membaca buku ilmiah ini sangat ketara berbanding hatta dengan negara jiran pun kita ketinggalan jauh....

Alhamdulillah,saya terdengar dalam satu ceramah pada tahun lepas..Purata masyrakat Malaysia membaca semakin meningkat!!!Buku-buku yang dijual di puskata juga meningkat...

Dan blog-blog ilmiah pula,nampaknya mendapat makluman balas yang cukup positif juga saya kirakan...Walaupun baru sahaja mencecah ke100,tetapi aku sudah bersyukur kepada Allah kerana apa yang saya ingin sampaikan dalam blog juga tercapai...Diharap semua pembaca dapat manfaat ilmu ini,dan sampaikan kepada orang lain.......


Budaya Membaca

Dan hari ini juga aku terkejut dan gembira apabila rakan-rakan ku meminta kepada ku untuk membuat diskusi ilmiah tentang isu-isu semasa dan membaca kitab fatawa Muasirah Dr Yusuf Qardhawi...Perubahan yang aku sangat inginkan!!!!Budaya membaca dihidupkan kembali....Semangat cintakan buku!!!Mungkin jika budaya ini diteruskan di Muktah,insyaallah graduan lulusan Unvct Muktah Jordan menjadi matang dan fikiran yang luas...Diharap diikut oleh sahabat2 yang lain...

Thanks Abe Jija Jadi Follower ke 100...Tahniah!!!
Tidak ku sangka seorang usahawan berjaya Muktah merupakan pengikut setia blog ku....Walaupun sentiasa sibuk,tapi dapat meluangkan masa sedikit untuk membaca artilel ilmiah hasil karyaku...Thanks semua ja,dan semua pembaca sekalian...

Tahniah kepada anda semua kerana terdetik untuk mengetahui Hukum Allah....Itu menunjukan adanya secebis iman di dalam dada kita..Moga2 dengan manfaat dan ilmu kita peroleh mendapat perlindungan daripada Allah daripada api neraka di akhirat Kelak..Amiiin!!!!


Sabda Nabi S.A.W:"Sesiapa inginkan kebaikan daripada Allah...Maka,faqihkan dalam Agama"

Metodologi Aliran Pemikiran Fiqh Pada Zaman Khilafah Al-Rasyidin

Sunday, February 13, 2011


Madrasah Ahlul Rakyu


Madrasah Ahlul Hadis


Sedar atau tidak fatwa-fatwa Ulamak kontemporari dan pendapat fiqh adalah terkesan dengan 2 aliran metodologi pemikiran yang besar pada Zaman Khilafah Al-Rasyidin pada tahun 41Hijrah sehingga awal qurun kedua hijrah iaitu;

1.Madrasah Ahlu Rakyu

2.Ahlu Hadis.

Zaman ini juga dikenali sebagai zaman awal perkembangan ilmu fiqh selepas zaman sahabat.Sebagaimana kita tahu sahabat merupakan anak murid didikan kepada nabi.Anak didikan nabi Muhammad S.A.W sendiri.Maka,selepas daripada zaman sahabat,fiqh mula berkembang setelah Islam mulai memasuki dan bertapak ke seluruh semenanjung arab dan berkembang di Negara-negara bukan arab.
Maka secara tidak langsung ijtihad dan ilmu fiqh juga berkembang.Menyebabkan munculnya metodologi aliran pemikiran fiqh pada zaman tersebut.

Tujuan Mengetahui Madrasah Ahlu Rakyu dan Ahlu Hadith:

Sebelum kita mengenal dan memasuki tentang apakah Ahlu Rakyu dan Ahlu Hadis,mari kita mengetahui secara ringkas apakah kelebihan dan faedah mengetahui metodologi madrasah ahlu rakyu dan hadis.

1.Jika kita mengetahui sejarah aliran pemikiran fiqh ini,akan mengurangkan kegusaran dalam fikiran kita tentang mengapa terjadinya khilaf fiqh serta perbezaan mazhab fiqh.

2.Menghormati pendapat Ulamak dalam masalah ijtihad..

-Secara peribadi saya amat tidak menyukai sikap setengah daripada golongan agamawan yang saling mencela sesama meraka disebabkan perselisihan pendapat.Dan masing-masing mengakui mereka adalah yang paling betul dan dekat dengan kitab dan sunnah..Sehingga meninggalkan adab terhadap Ulamak dan adab terhadap ilmu..

3.Mengetahui sejarah dan aliran pemikiran mazhab masing-masing..

-Secara umumnya pengamalan di Malaysia mengamalkan Mazhab Syafie.Dengan mengetahui Madrasah Ahlu Rakyu dan Ahlu Hadis secara tidak langsung dapat mengetahui aliran metodologi mazhab kita.




Pengenalan Madrasah Ahlu Rakyu vs Ahlu Hadis


Jika kita mengkaji sejarah perkembangan ilmu Fiqhh yang sampai ke tangan kita hari ini,ianya bermula dengan dua metodologi utama iaitu metodologi yang berasaskan kepada sunnah atau hadith manakala yang satu lagi adalah metodologi yang berasaskan kepada Al-Rakyu dan kias..(akal)

Ahlul Fuqaha’ pada zaman khilafah Ar-Rasyidin terbahagi kepada 2 golongan utama…1.Golongan yang tidak mengeluarkan hukum dengan rakyu(aqal)
2.Golongan mengeluarkan fatwa dengan rakyu@kias(aqal) juga dikenali Ahlul Rakyu.

1.Madrasah Ahlu Rakyu

A)Ketua madrasah ahlu rakyu ialah Ibrahim bin Yazid wafat pada tahun 96 Hijrah.Juga merupakan guru kepada Imam Hanafi.Ketua madrasah yang terkenal selepasnya ialah Nu’man bin Thabit (Imam Abu Hanifah) atau lebih dikenali sebagai fiqh mazhab Hanafi,dilahirkan pada tahun 80hijrah dan wafat pada tahun 150 Hijrah.

B)Metodologi pemikiran Ahlu Rakyu adalah bertempat di Kufah(Iraq).

2.Madrasah Ahlu Hadis


A)Ketua Madrasah Ahlu Hadis ialah Imam Said bin Musaib wafat pada tahun 94 Hijrah.Kemudian mazhab yang lahir daripada madrasah Ahlu Hadis ialah Imam Malik Bin Anas dilahirkan pada tahun 93 Hijrah dan wafat pada tahun 179 Hijrah.Terkenal dengan Mazhab Maliki.

B)Metodologi ini berpusat di Madinah..Juga dikenali dengan Al-Hijazi

Asas Khilaf Madrasah(aliran) Ahlu Rakyu dan Ahlul Hadis:

Perlu diingat bahawa mereka bukanya berselisih pendapat tentang kehujahan ke atas Al-sunnah..Tetapi hanya khilaf kepada 2 perkara sahaja:

1.Pengeluaran hukum berasaskan rakyu(akal)
2.Membina hukum pada masaalah yang tidak disebut Al-quran dan Hadis .


Ahlul Hadis:

Asas metodologi fekah yang berasaskan kepada HADITH adalah berpegang teguh dengan hadith dan tidak membicarakan isu-isu fekah yang belum berlaku atau dipanggil sebagai "iftiradhi".Maka,sebarang isu fekah yang tidak mempunyai dalil dari hadith mahupun Al Quran,maka,golongan ini tidak akan mengeluarkan hukum dan mengambil pendirian tidak memberikan sebarang ulasan.(mauquf).


Ahlul Rakyu:

Asas ahlul Rakyu adalah mereka tidak takut untuk memberi fatwa dengan rakyu(akal) selagi mana perkara itu tidak disebut oleh Alquran dan As-sunnah.Hujah mereka adalah setiap ahkam Allah adalah logik dari segi makna(ma’qul makna) kerana hukum allah adalah meliputi untuk kemaslahatan hambanya.Jadi membina hukum berdasarkan aqal tetapi masih lagi menepati landasan berdasarkan alquran dan sunnah..Bukanya,golongan ini menolak hadis hadith dalam menyelesaikan masalah fekah yang timbul akan tetapi mereka berhati-hati dalam menerima sesebuah hadith itu memandangkan faktor politik dimana bermulanya fitnah yang besar ketika itu dengan kemunculan golongan-golongan yang mempergunakan agama dengan mengolah hadith palsu tertentu untuk tujuan meraih kemenangan politik mereka antaranya ialah golongan KHAWARIJ disamping pengaruh terhadap perkembangan ilmu-ilmu falsafah Yunani yang diterjemahkan ke bahasa arab.


Sebab-Sebab Timbulnya Manhaj Ahlul Hadis dan Ahlul Rakyu:


1.Setiap madrasah ini terkesan dengan aliran pemikiran syeikh ataupun guru mereka.Sebagaimana ahlul hadis terkesan dengan aliran Abdullah bin Umar.

Adapun madrasah ahlul rakyu terkesan dengan cara Abdullah bin Mas’ud yang cenderung kepada rakyu dalam fatwanya.


2. Faktor utama kemunculan metodologi ahlul hadis ini adalah golongan ini mempunyai banyak sumber rujukan dari kalangan para ahli hadith dan kewujudan mereka di tanah Madinah itu sendiri memudahkan mereka memperoleh orang yang faham hadith

Adapun Ahlul Rakyu mereka berhati-hati dalam menerima sesebuah hadith itu memandangkan faktor politik dimana bermulanya fitnah yang besar ketika itu dengan kemunculan golongan-golongan yang mempergunakan agama dengan mengolah hadith palsu tertentu untuk tujuan meraih kemenangan politik mereka antaranya ialah golongan KHAWARIJ disamping pengaruh terhadap perkembangan ilmu-ilmu falsafah yunani yang diterjemahkan ke bahasa arab. Dan juga mengelakkan dari terlibat dari jenayah memalsukan hadith dan setiap hadith yang diterima akan disiasat betul-betul disamping meletakkan syarat-syarat yang sangat ketat untuk menerima sesebuah hadith disebabkan kurangnya hadis sampai kepada mereka.


3.Faktor terakhir Ahlul Hadis ialah kehidupan di Madinah ringkas dan uruf pada masa itu tidak berubah sama sekali dengan zaman Rasulullah kecuali dengan kadar yang sedikit sahaja.Menyebabkan masalah yang timbul tidak berbeza dengan zaman Rasulullah serta zaman sahabat.

Adapaun kehidupan di Iraq yang kompleks dan tidak ringkas sebagaimana di Madinah.Oleh kerana Iraq merupakan Negara yang maju sejak sebelum Islam bertapak lagi seperti kesan Yunani,Greek dan lain-lain.Uruf dan adat di Iraq berbeza dengan Madinah bahkan permasalahan yang timbul sangat banyak sehingga memaksakan Ulama’ Fiqh mengeluarkan hukum member fatwa berdasarkan ar-rakyu(aqal).


Contoh Perbezaan hukum fiqh Madrasah Ahlul Rakyu dan Ahlul Hadis

Setelah mengenal apakah metod pemikiran ahlu rakyu dan hadis,kita cuba kaji pula bagaimanakah perbezaan kedua-dua madrasah ini mengeluarkan hukum fiqh berdasarkan metodologi pemikiran mereka:

Hukum zakat fitrah,adakah wajib keluarkan zakat fitrah kepada orang miskin dengan duit(qimah) ataupun dengan asnaf yang disebut oleh hadis seperti secupak gandum dan lain-lain disebut oleh hadis?


Mafhum Hadis:”Sesungguhnya Rasulullah mewajibkan zakat fitrah kepada fakir miskin pada pertengahan bulan Ramadhan dan pada awal Hari Raya Aidul Fitri kadarnya ialah secupak dari gandum ataupun daripada barli atau daripada tamar atau daripada zabib.”

Hukum dikeluarkan daripada Madrasah Ahlul Hadis:

Hukum madrasah ahlul hadis bahawa kadar zakat fitrah yang wajib dikenakan ialah berdasarkan item yang disebut oleh hadis tersebut seperti gandum,barli tamar dan lain-lain disebut oleh hadis.Maka tidak sah zakat jika seseorang itu keluarkan selain daripada item yang disebut oleh hadis.Oleh kerana hadis menyebut tentang item-item itu sahaja,maka tidak boleh keluarkan selain daripada nya.

Hukum yang dikeluarkan daripada Madrasah Ahlul Rakyu:


Madrasah ahlul rakyu pula mengeluarkan pendapat yang berbeza dengan ahlul hadis.Mereka berpendapat bahawa sesungguhnya maksud nabi ialah zakat fitrah dikeluarkan untuk membantu fakir miskin.Tidak semestinya memberi zakat fitrahkepada faqir miskin berdasarkan item yang disebut oleh hadis.Maka,zakat mesti dibayar dalam bentuk nilai(duit).

Hujah mereka ialah nabi menyebut item seperti gandum,zabib dan sebagainya adalah untuk memudahkan penduduk mekah mengeluarkan zakat.Oleh kerana pada zaman tersebut duit merupakan satu benda yang susah untuk mereka dapati.Penduduk Mekah dirumah-rumah mereka hanya ada bahan makanan asasi mereka berbanding dengan duit.

Oleh kerana setelah uruf dan adat telah berubah,maka membayar zakat fitrah dengan duit lebih tepat berdasarkan zaman terkini.Ini kerana memudahkan bagi si pemberi zakat dan penerima zakat fitrah lebih dapat manfaat.Kerana fakir miskin dapat membeli apa yang mereka kehendaki.Ini adalah sangat tepat dan bersesuaian dengan maqosid syariah iaitu untuk membantu fakir miskin.





Penutup:


Pada pertengahan abad ke-2 sampai pertengahan abad ke-4 H. Zaman ini disebut sebagai zaman gemilang (zaman keemasan) kerana fiqh dan ijtihad ulama semakin berkembang. Pada zaman inilah muncul berbagai mazhab, khususnya mazhab yang empat, iaitu Mazhab *Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syaf'i, dan Mazhab Hanbali. Pertentangan antara Madrasah al-Hadis dengan Madrasah ar-Rakyu semakin berkurangan sehingga masing-masing pihak mengakui peranan rakyu dalam berijtihad, seperti yang diungkapkan oleh Imam Muhammad Abu Zahrah, guru besar fiqh di Universitas al-Azhar , Mesir, bahwa pertentangan ini tidak berlangsung lama, karena ternyata kemudian masing-masing kelompok saling mempelajari kitab fikih kelompok lain. Dan saling menghormati kedua-dua aliran tersebut.Sebagai contoh;

Imam Muhammad bin Hasan Asy-Syaibani, ulama dari Mazhab Hanafi yang dikenal sebagai ahlu rakyu, datang ke Madinah berguru kepada Imam Malik(madrasah ahlul hadis) dan mempelajari kitabnya, al-Muwatta'(buku hadis dan fiqh).

Setelah kemunculan kedua-dua metodologi ini,lahirlah pula sebuah golongan yang mengkombinasikan kedua-dua metodologi tersebut.Kumpulan ini dipelopori oleh pengasas mazhab syafie,AL IMAM MUHAMMAD BIN IDRIS ASY SYEFIE AL MUTALLIBI atau terkenal dengan nama IMAM ASY SYAFIE.Mazhab ini dilihat lebih sederhana dan lebih fleksibel.Mazhab ini berkembang luas di seluruh dunia sehingga masyarakat Islam di asia tenggara terutamanya di Malaysia mengguna pakai mazhab syafie secara meluas.

Kesimpulanya,dengan mengetahui metodologi aliran pemikiran ini,semoga pemikiran kita semakin terbuka terhadap pendapat fiqh.Saling menghormati pandangan mazhab masing-masing dan juga menghormati Ulamak.Masing-masing betul dan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T

Saya akhiri tulisan ini dengan kaedah yang masyhur:

(الاجتهاد لا ينقض الاجتهاد)

Maksudnya:”Ijtihad tidak terbatal dengan ijtihad yang lain”



.....................................................................................

Rujukan:

1.Madkhal Alfiqhi Dr Mustafa Zarqa'
2.Madkhal li Dirasat Syariah Dr Abdul Karim Zaidan






Oleh:Azmir Azri Bin Ahmad
Jabatan Fiqh Wa Usul
Universiti Muktah,Jordan

P/s:Maafkan saya kerana artikel ini ditulis dalam bentuk akademik dan difahami oleh pelajar bidang fiqh sahaja.

Kehilangan Ulama' Jordan..Dr Fadhul Hassan Abbas Dalam Kenangan

Wednesday, February 9, 2011



Ini adalah terjemahan secara ringkas:

Beliau meninggal dunia pada petang 9/2/2011..Menandakan bahawa umurnya telah genap 79 tahun..Di mana masanya dihabiskan dengan dunia pendidikan,pengajaran, ilmu pengetahuan di masjid-masjid beserta forum-forum ilmiah..

Syeikh Fadlhlul Hassan Abbas (lahir Saffuriyya di Palestin pada tahun 1932 M), salah satu ulama Sunni yang paling menonjol di Jordan, salah satu ilmuwan dalam bidang ilmu tafsir,hadis,ilmu bahasa arab dan balaghah..Beliau dikenali ramai melalui kitab-kitab hasil penulisan beliau,juga memberi kuliah tentang ilmu agama di corong-corong radio,dan juga tv..

Dr Fadl Abbas sebagai salah satu ilmuwan yang paling penting dalam bab tafsir dan tilawah alquran.Ketika pada tahun 70-an beliau ke udara dalam rancangan beliau sendiri di radio-radio Jordan sebanyak 400 episod.Beliau mengajar tentang ilmu Tilawah dan Tafsir..Beliau juga terkenal dengan cara pengajaran yang memudahkan orang ramai belajar..Dari segi penulisan beliau terkenal dengan pandangan yang menarik dan baru dalam ilmu tafsir al-quran..


Latar Belakang ringkas Pengajian:


Belajar di Universiti Azhar,di kuliah Usuludin..Beliau seorang lelaki yang soleh..Tamat menghafaz alquran pada umur 10 tahun.Kemudian menghafal matan-matan dalam fiqh Syafie dan Maliki..Ditambah pula ilmu aqidah,faraidh

Beliau bersekolah Menengah di Mesir selepas lulus,beliau berjaya masuk ke kuliah Usuludin di Universiti Azhar..Tamat pengajian ijazah pada tahun 1952..Beliau merupakan siswa yang paling muda tamat pengajian ketika itu.

Kemudian,beliau mendapat gelaran doktor(phD) di Universti Azhar,Mesir pada tahun 1972 dengan tajuk tesis beliau bertajuk:Arah tuju tafsir di bumi Syam,dan Mesir..

Latar Belakang Kerja:


Menjadi tenaga pengajar di Kuliah Syariah pda tahun 1966 di Jordan..Beliau mengajar dalam bidang Tafsir,Hadis,Tilawah,Tauhid dan juga Bahasa Arab..

Kemudian beliau berpindah dan bekerja di Emirate diantara tahun 1975-1978..Selepas beberapa tahun di sana beliau kembali berkhidmat pada tanah air tercinta di Jordan di Kuliah Syariah Universiti Of Jordan di Amman..Beliau memegang jawatan sebagai dekan kuliah Usuludin pada satu tempoh yang sangat panjang...

............................................................................................................................................................................

Ini adalah terjemah ringkasan saya dari laman web dalam bahasa arab http://www.heilnews.net/article.aspx?articleno=9675

Jika terjemahan saya sedikit kekurangan harap maaf dan sangat dikesali..


Kesimpulanya marilah sama-sama kita menghargai Ulamak...Menghormati Ulamak-ulamak...Kerana kata Rasulullah Ulamak adalah pewaris nabi-nabi...Kita dengan Nabi,dan rasul sangatlah jauh..Apatah lagi Ulamak?Jika dalam hidup kita tidak pernah berjumpa dengan Ulamak alangkah ruginya kita....

Apabila ditanya oleh Allah kelak,pernah kah kita menghargai nabi?Pernahkah kita menghargai Ulamak?Dan dijwab tidak!!Dengan rahmat Allah,ditanya lagi pernahkah kita mengikuti pengajian dengan orang alim??Dan masih lagi tidak!!!!..Soalan lago,pernahkah kita berjumpa dengan Ulamak?Masih lagi tidak..Dan soalan last..Pernahkah kita menghargai dan mengingati Ulamak?Jika masih lagi jawapan tidak..Alangkah ruginya anda!!!!!


*Dr Fadhul Hassan Abbas merupakan salah satu Ulamak moden yang terkenal di Bumi Syam,Jordan,Syria,Lubnan,dan Palestin...Beliau banyak menulis kitab-kitab yang mushtalah yang senang dibaca..Terkenal dengan pembaharuan ilmu tafsir...Dan yang paling menarik mata beliau buta!!!


Wallahualam~

Pic Penulis bersama Mufti Jordan


Merasa sangat sedih..Kerana berniat ingin berjumpa dengan beliau Dr fadhlul Hassan Abbas di Jamiah Urduniah..Tetapi,tidak berkesempatan....=(

Pengalaman Turkey 1(Islam vs Sekular)

Tuesday, February 8, 2011








Bendera Turkey




Antara pesanan abahku semasa mula-mula sampai Jordan..Ambil lah peluang berjalan di Tanah Arab dan ambil lah pengarajan baik-baik dan berguna untuk dibawa balik Malaysia...


Alhamdulillah,abahku memberi galakan setiap kali menyatakan hasrat untuk ke luar Jordan...(dapat duit)..ha ha..Setakat ini negara pernah ku jejaki Jordan,Mesir,Syria,Kuwait,Bahrain dan Turkey..Satu lagi taget tidak tercapai Lubnan...

Impian ku untuk ke Turkey tercapai juga....Terdetik satu kepuasan yang tidak terhingga setelah terjejak ke bumi Asia Eropah itu.....Dan,bila disebut sahaja Turkey tergambar di pemikiran kita tentang Kamal Atartuk...Pengasas moden Turkey dan juga kepala liberar....Jom kita berkenalan sedikit ringkas tentang biodata Atartuk....


Atartuk Bersama Isteri Dia





Sejarah Ringkas Atartuk:


1.Beliau ialah Mustafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Atarturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).

2.Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, beliau telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.


3.Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama Islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.

4.Belaiu telah mengubah ucapan Assalamualaikum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebagsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamlkan pemerintahan kuku besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.


5.Atarturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dala tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.

6.Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendikan sebuah gedung.


7.Dalam urusan munakahat, belaiu melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.


8.Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin.


9.Antara syarat-syarat yang bertentangan dengan Islam dibawa oleh Kamal Atartuk lagi ialah:


a. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
b. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
c. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
d. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
e. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
f. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
h. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
i. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
j. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
k . Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
l . Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
n . Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
m . Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
n . Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
o . Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
p . Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
q . Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
r . Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Topkapi,Istanbul

"Tujuan Ke Turkey..Islam Vs Sekular"

Sebelum ke Turkey...Bermacam-macam cerita ku dengar tentang negara sekular ni...Tentang rakyatnya tidak bertudung,ber'kiss' di khalayak ramai...Sehingga apabila tanya kiblat pun tidak tahu...Tidak tahu Apakah maksud kiblat dan solat....Akibat terkesan dengan perlembagaan sekular yang dibawa oleh Atartuk..Terkesan sehingga sekarang...Adakah benar begitu atau apakah sebaliknya?

rakyat Turkey

Dari segi moral pula rakyatnya hagas(sombong) kerana menganggap semua tanah arab adalah milik mereka..Kerana Turkey dahulu merupakan pemerintahan yang besar...Tanah Jajahan nya meliputi seluruh tanah Arab dibawah pemerintahan Khalifah Turkey Uthmaniah....Adakah begitu??Aku tertanya-tanya dalam hatiku....


Tujuan ku untuk melihat sendiri dengan mata kepala ku sendiri bagaimanakah kesan rakyat Turkey akibat perbuatan terkutuk Kamal Atartuk dan pemerintahan secara sekular...Dan,perbezaan rakyat Turkey dengan Malaysia dan seluruh tanah arab yang pernah ku jejaki Jordan,Syria,Saudi,Kuwait,Bahrain dan Mesir......Yang mengaku negara Islam berbanding negara pemerintahan sekular..(memisahkan di antara agama dan dunia)

"Adakah negara Malaysia yang mengaku negara Islam,sama sahaja rakyatnya dengan Turkey?ATau Turkey kah lebih baik amalan agamanya berbanding Malaysia?Atau negara kita lebih teruk???"

Aku berfikir semasa dalam perjalanan daripada Jordan mengambil masa keseluruhan selama lebih kurang 30jam...

Mu'tah-Amman 1jam setengah...
Amman-Dimasq 3jam
Dimasq-Antakya 8jam
Antakya-Istanbul 18jam...

Pemandangan gersang tanah arab terus sahaja berubah sebaik melangkah sempadan Turkey....Tanahnya sangat subur dipenuhi pokok-pokok yang tersusun..Gunung-ganang dipenuhi salji.....Sangat menggamit pemandangan ku...Tiba-tiba pula teringat negara ku Malaysia...Kerana sudah lama tidak melihat pokok-pokok penuh dengan subur sekali....

Pemandangan di Uludag Mount

Bersambung...........

Islam Baru Vs Islam Lama

Sunday, February 6, 2011



Cuti musim sejuk kali ini masa ku dihabiskan dengan rakan sekolah ku di mtaq dari mesir...Puas rasanya bertemu mereka setalah beberapa tahun tak berjumpa..Dan blog ku jua dibiarkan berhabuk......

Takziah jua diucapkan rakan-rakan ku yang berada di Mesir...Semoga selamat semuanya berada di sana..Kuatkan semangat antum untuk menuntut ilmu..Anggaplah semuanya adalah ujian daripada Allah semuanya...AMiiin~


Islam Baru VS Islam Lama


"Assalamualaikum"....Ada seseorang menyapa ku daripada belakang..

"Erkkkk.....???Wslam...jwabku ringkas....Teragak-agak untuk ku menjawab salam kerana dari lagak mukanya seperti mat saleh,bukanya arab...Pelancong mana ni bagi salam....

"Kamu muslim??",mat saleh itu menegur dan bertutur dalam bahasa arab dengan fasih...

Berkerut-kerut muka ku,dan dengan nada terkejut aku manjawab menyatakan aku juga muslim...

Kemudian aku berbual panjang dengan beliau..Dari situ aku tahu bahawa dia merupakan seorang muallaf..Baru sahaja 3 tahun memeluk Islam...DI kesempatan itu jua aku menerangkan tentang bagaimana Islam dan muslim di Malaysia.....

Bagaimana kamu menjadi seorang Muslim?


Namanya sebelum Islam adalah Simon..Dari kecil dia didik dengan kristian yang taat..Dan,diajar membenci Islam..Pengganas,teroris dan sebagainya..Sehingga ayahnya menaruh harapan kepada beliau untuk menjadi paderi pada suatu hari nanti....Dan segalanya berubah ketika dia mengenali seorang daripada Pakistan yang menerangkan beliau tentang Islam..Akhirnya setelah beliau memeluk Islam,dia terus dipulaukan oleh ahli keluarganya.....Dengan tekad beliau bersama seorang rakanya dari Pakistan pergi ke Mesir untuk menuntut ilmu Islam....Masyaallah..


Yang aku kagumi ialah...Hanya 1 tahun dia belajar bahasa arab.Boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa arab!!!Dan sudah menghafal beberapa surah dalam ayat alquran....Kesungguhanya menuntut ilmu,aku sangat kagumi..Kepatuhan dia kepada agama Islam jauh lebih baik dengan orang lama masuk Islam...Sangat malu!!Dia juga akan balik ke negara asalnya Denmark untuk berdakwah kepada ahli keluarganya...Semoga baliau berjaya menjadi seorang pendakwah..AMinn~


NO!~Haram!!!!


Berkenalan dengan sahabat baru ku Sidi Tamam berasal dari Palestin,dan sekarang beliau merupakan seorang pendakwah yang hebat dan telah mengislamkan ramai orang di German...Ditambah pengetahuanya yang tinggi dan kebolehan bertutur pelbagai bahasa English,Arab,German,Urdu dan bahasa afrika...Sangat aku kagumi....

Aku berjalan-jalan dengan beliau di bandar Amman,Jordan...Ketika melewati kedai nombor ekor..Dengan selamba beliau menyatakan dihadapan penjual nombor ekor itu..Ini adalah HARAM...

Orang tengah hisap rokok dengan selamba dia kata ini juga HARAM....


Ketika melalui kedai argela(syisha)..Seorang pelayan kedai mengheret kami ke kedai untuk menghisap syisha...Dengan selamba dia kata..."tidak boleh!!Argela HARAM"


'Berani sungguh dia ni'...kata ku dalam hati......

Tetapi bangsa arab jenis terbuka apabila ditegur...Tidak lah melatah dan memarahi kembali....Itu satu contoh yang terbaik untuk masyarakat kita di Malaysia...


Berani kerana kebanaran,menegur saudara Islam....Sangat aku kagumi..Ciri-ciri seorang pendakwah perlukan KEBERANIAN untuk mengungkap sesuatu yang hak!!!Tanpa tunduk kepada sesiapa wang dll....


Kamu Muslim?Kamu tidak ada Masa lagi.



Ketika dalam perjalanan untuk ke kedai makan..Kami berehat di Jabal Amman...Sambil melihat pemandangan bandar Amman dari atas....Kemudian,pelancong dari Jepun datang...


Beliu menegur orang Jepun dengan ramah...Kemudian bertanya...'Are you Muslim?"

Orang Jepun itu terkejut.."no!!!!"jawab nya pantas....


"Kenapa kamu tidak Muslim????Kamu sudah tidak ada masa lagi!!!!!


"Haaaaaa?????Time?Muslim???"...Orang Jepun itu kelihatan terpinga-pinga...

Kemudian kami terpaksa tinggalkan pelancong Jepun itu kerana kami belum solat Asar dan waktu sudah lewat.....

Apakah Kaitan Masa dan Islam???

Pengalaman beliau meng Islam kan orang di pelbagai tempat dan bangsa...Aku cuba mengutip tips daripada beliau....

Orang atheis merupakan golongan paling mudah untuk berdakwah,kata beliau.....Sengaja beliau kaitkan islam dengan masa supaya orang itu berfikir,dan jika dia ingin tahu..dia akan mencari jawapan dan bertanya,membaca,dan mencari....


Islam bukan untuk Melayu dan juga Arab


Islam ditaklifkan untuk seluruh manusia..Bukanya arab,melayu dll....Dan Allah memberikan sejuzuk budaya Islam kepada seluruh bangsa di dunia..Tetapi juzuk-juzuk yang berlainan...Sebagai contoh,orang eropah sangat patuhi masa dan berdisiplin...Ini adalah 1 juzuk daripada budaya dalam Islam...Orang asia sangat beradab,menghormati orang dll...Merupakan 1 juzuk daripada budaya Islam....Tetapi Allah memberikan 1 juzuk sahaja kepada budaya itu..Dan jika kita memeluk Islam,maka seluruh juzuk itu akan bercantum menjadi satu...Iaitu Budaya Islam secara menyeluruh....

Pengalamanku berharga selama sehari itu akan ku manfaatkan supaya semangatku untuk belajar semakin bertambah...Sengaja aku kongsikan cerita ini supaya kita semakin sedar dengan diri kita..Supaya tidak menjadi Islam pada nama kad pengenalan sahaja..Tetapi tidak mengetahui kenapa ku memeluk Agama ISLAM?Wallahualam

Realiti Pelajar Muktah dan Hukum Meniru Dalam Exam

Saturday, January 15, 2011


Berakhirnya tarikh exam maka berakhir lah semua student Mu'tah dengan 'book' dan nota-nota...Dan bermulanya juga dengan muka'book' juga depan laptop selepas exam~



Yes!!Alhamdulilllah....Jerit riangan sambil melompat'

Terkejut aku dibuatnya...Dalah hati hepy nye dia ni...Mesti dapat markah tinggi!!Saya menegur dia cuba menduga...

"Suko demo deh?Buleh markah 90 ke ni??"saya bertanya

"Bukan...dapat markah 55...Hepi dapat lulus...."Jelas riak keriangan di muka dia..

Dalam hati ku kecil berkata...Kesianya budak patani...Pelajar Malaysia dapat markah 55 sedih macam dah tak lulus...
Kemudian rakan dia pula nampak sedih apabila melihat markahnya dibulat(tak lulus)...

Cerita diatas merupakan cerita realiti berlaku di Universiti Mu'tah..Keadaan pelajar Patani..Jiran negara kita..Bukan saya datangkan cerita ini untuk membuka aib!!!Tidak sama sekali...

Saya amat kasihan..Saya cuba mengorek tentang pelajaran pelajar Patani dengan sahabat saya dari Patani...Bila diselidiki punca pelajar mereka lemah disebabkan tidak faham muhadharah dan juga hafal semata-mata tanpa fahami apa yang dihafal untuk exam...Keadaan mereka tiada pembimbing untuk mengajar dan lain-lain....

Teringat didalam kelas semasa Dr memberi kertas jawapan..Apabila sampai kepada budak Thailand...Dr cakap.."Kamu tidak pandai markah kamu teruk!Mesti kamu dari Thailand"

Ya Allah dalam hati ini tidak sampai hati aku melihat mereka keadaan pelajar sahabat seislam kita..Bagaimana mereka nak berjuang jika ilmu tidak sampai kepada mereka...

Saya berharap ada yang boleh membimbing mereka...Mereka juga ingin mencari ilmu seperti kita...Malah mereka lebih penting..Kerana mereka balik akan berjuang menentang musuh iaitu kerajaan mereka sendiri.Pemimpin bukan orang Islam..Sentiasa menindas hak mereka.Sehingga jika mereka balik dari Jordan kemungkinan akan ditangkap dan masuk ke dalam penjara tanpa sebab!!!Kemungkinan meraka akan ditembak...Kerana belajar di Jordan....(diceritakan oleh sahabat saya dari Patani)

PERBEZAAN PELAJAR MALAYSIA

Kepada pelajar baru..Mungkin anda tidak tahu betapa prihatinya persatuan kita di sini...Kita mempunyai pelbagai kelebihan berbanding dengan pelajar ajanib lain seperti Filiphin,Thailand dll.....Adanya kelas akademik,kelas bimbingan dan mempunyai senior-senior yang boleh dirujuk...Mempunyai bank soalan,mempunyai bank nota sehingga terlupa apakah nama kitab asalnya kita belajar...Sehingga tidak pandai untuk membaca kitab asal kerana adanya nota yang ditulis dengan bahasa mudah dan ringkas..Sangat sedih....=(

Pelbagai lagi kemudahan yang sangat selesa berbanding pelajar kita dengan pelajar negara lain..Adanya rumah persatuan,boleh berkumpul buat study group dan sebagainya...Pelbagai wasilah ada dihadapan mata kita!!Tetapi,sejauh manakah ukuran akademik anda?Sentiasa saya sebut didalam kelas bantuan akademik yanng saya ajari..Antum semua sangat beruntung..sangat beruntung.......Kalau tidak dapat markah yang tinggi....Tak tahulah macam mana........


Teringat satu masa dahulu.Ketika ku menjejaki kaki ke Jordan...Mungkin 2 tahun sebelum ini dikira masih lagi baru..Tetapi saya masih lagi sempat bersama-sama zaman senior-senior lama..Dahulu pelajar Malaysia nak dapatkan markah sbanyak 70 sangat susah..Tetapi berbeza sangat dengan sekarang..Dulu,Tidak adanya kelas bantuan akademik,tidak adanya rumah persatuan dan sebagainya...Saya nak pergi untuk belajar dengn senior pun susah...

"alaaah..Ko baca sendiri la..Faham la nanti"..

Alaah..xpayah study laa...awal thani je pun"....Dan akhirnya malas nak study dek kerana tak faham dan tidak ada orang yang boleh membimbing...

Kemudian aku mencari makna satu persatu dengan teman setiaku kamus Al-Miftah…Akhirnya usaha ku di tahun 1 dulu agak berbaloi…Usaha aku dahulu memudahkan ku semasa di tahun 3 di Jordan.Memperbanyakan kalimah bahasa arab,memudahkan anda faham muhadharah dan juga pembacaan kitab bahasa arab.

Kadanng2 Suhu di luar rumah 3 darjah celcius…Aku redah juga dengan senjata pakaian tebal untuk berguru di bayt batu buruk..Dalam hati ku sentiasa yakin dengan janji Allah akan menjaga orang yang keluar untuk menuntut ilmu..Janji Allah tidak akan mengsia-siakan usaha anak Adam..

Itulah lebih kurang suasana semasa saya tahun1….Aku membelek kembali buku-buku semasa berada di tahun1…Ya Allah…senang juga ye sbnrnya..kenape dulu aku tak boleh faham..Membaca kitab-kitab bahasa arab akan memberi satu nikmat membacanya jika anda mampu untuk memahami ayat dan uslub bahasa arab.

Kemudian suasana di Muktah sudah berbeza sedikit berbanding dahulu…Kelas akademik semakin ramai,statistik yang ponteng kelas juga makin kurang..Markah exam juga meningkat…Apabila musim exam semua sibuk study,hatta status Fb,Ym,twitter dan sebagainya sentiasa di update berkisar tentang EXAM!!

Kekalkan suasana positif begini berterusan...Tetapi pelajar kita masih lagi tidak bersungguh-sungguh untuk mencelup ilmu....Masih mengarap dan mengharap...Malam exam baru nak cari nota...Harapkan soalan mudah dari doktor..harapkan doktor tambahkan markah..Akhirnya balik Malaysia dengan ilmu kosong didada....Balik dengan yakin mengajar orang tanpa Ilmu..Balik dengan menghabiskan beribu-ribu tetapi ilmu tidak dapat..Berbaloikah anda?


Meniru dalam exam?Apakah Hukumnya?


Seperti biasa blog saya tidak boleh lari dalam menyebut tentang hukum fiqh….Kerana inilah tujuan asal blog saya dibuat…~
Sejak kebelakangan ini doctor sentiasa menyebut tentang pelajar Ajanib(luar arab) meniru…Sehingga salah seorang doctor semasa dalam muhadharahya memerli seoalah-olah yang melaku kanya adalah pelajar Malaysia..Aku sangat kecik hati apabila doctor seolah-olah menuduh demikian kepada kami…Tapi,mungkin ada benarnya juga….Mungkin juga ada dalam kalangan kita yang cuba meniru tetapi doctor dapat kesan,wallahualam…..

Jadi apakah hukumnya?
Hukum meniru disebut oleh Ulama’ dibawah kategori menipu..Jadi hukum meniru dalam exam bergantung tentang hukum meniru…Jadi kita tengok apakah pendirian Islam tentang menipu ini?

قال رسول لله:من غش فليس منا

Maksudnya:Sesiapa yang menipu,bukanlah(mereka) daripada golongan kami(islam)

Nabi Muhammad juga pernah mencela orang yahudi dimana ketika Allah mengharamkan mereka memakan daging babi dan lain-lain,mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskanya lalu dijualnya..
Daripada dalil di atas jelaslah bahawa hukum meniru dalam peperiksaan adalah HARAM….

Kata,Dr Rawayhdah lazim ke atas si peniru dikenakan hukuman dunia dan akhirat….

Tidak kiralah tujuan kebelakangan ini doktor menyentuh tentang pelajar-pelajarnya meniru dalam exam ditujukan kepada siapa...'Kerana nila setitik rosak susu sebelanga' kata orang tua-tua dahulu~

Menurut setahu saya orang arab paling hebat meniru..Buku rela diletakan di kaki dan membeleknya dengan kasut….Apabila dotor datang terus disepak buku sampai kotor buku!!!Masyaallah..sampai begitu sekali mereka meniru!!!hehe..itulah pengalaman saya melihat arab meniru..Orang melayu meniru biasanya tektik menulis nota di tangan..Lebih berhemah dan sopan..Tapi,tidak kira apakah teknik2 dan cara sekalipun,haram tetap HARAM….

Kesimpulanya ada 2 moral saya cuba bawa di atas…Janganlah sisihkan sahabat-sahabat kita pelajar dari Thailand mahupun Filiphin…Jika kita perlukan orang untuk bombing kita dalam akademik,begitu jyga mereka..Bimbing kan mereka…Mereka lebih susah daripada kita..
Dan moral seterusnya,janganlah meniru dalam exam kepada sahabat-sahabat saya…Usaha dahulu sebanyak mungkin..Kerana apabila anda balik Malaysia,masyarakat memerlukan ilmu kita!!!!Wallahalam
 

2009 ·AWE-DONDE by TNB