SALJI DI UNIVERSITI KU

SALJI DI UNIVERSITI KU

AWE-DONDE

AWE-DONDE

جامعه مؤته

جامعه مؤته

KULIAH SYARIAH MU'TAH

KULIAH SYARIAH MU'TAH

Seribu Kenangan di Tanah Suci

Saturday, November 20, 2010


Sungguh banyak kenangan dan dugaan jika ingin ku nukilkan di dalam blog ini semasa pemergian ku ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji..Tetapi,inilah kenangan yang mungkin sukar sekali dibayar dengan wang ringgit yang ingin aku kongsikan sedikit sebanyak di dalam blog ini.

Pada awalnya aku dilanda demam sebelum bertolak ke tanah suci..Namun,Alhamdulillah bila kaki menjejak ke Madinah demam ku mula beransur hilang begitu sahaja..Berkat doa daripada Keluarga dan juga rakan-rakan...

11 Nov 2010


Bermulanya cabaran pertama rombongan kami..Pada awalnya kami agak gembira kerana melalui proses di imigresen dengan sangat lancar.Pada check-point yang terakhir,kami agak terkesima kerana perlu membayar sebanyak 120JD iaitu bersamaan 580 Riyal Saudi.Kami dipaksa bayar oleh kerajaan Saudi yangku kira kerajaan saudi mengambil kesempatan kepada para hujjaj,dengan alasan membayar khidmat mereka dan juga khemah di Arafah!Kanun yang menyeksakan dan sangat mahal bagi pelajar seperti kami.Mula rasa tertipu oleh agensi haji di Jordan dan juga Kerajaan Saudi..Perasaan hampa itu cubaku telan dengan istighfar banyak-banyak kepada Allah.Kemudian dengan perasaan nekad aku terpaksa menebalkan muka bersama Jija(bkn nama sbnr) merayu kepada ketua yang bertugas supaya mendapat pengecualian daripada membayar duit itu.KAMI DIZALIMI OLEH PEMERAS UGUT YANG BERLESEN!!!


Tetapi kami hampa..Apa yang aku dapat ialah maki hamun daripada petugas itu tanpa menatap pun muka kami..Aku masih ingat lagi dialog yang dilemparkan kepada ku..

“Kamu jangan membazir masa kamu!Keluar daripada sini!!!Tidak ada pertolongan daripada kami!!Keluar!!”

Kami tetap merayu dengan mengatakan kami tiada duit dan bahawa kami hanyalah pelajar Malaysia tiada duit yang banyak untuk membayar..Tetapi itu lah jawapan yang aku dan Jija dapat..PERGI!!!

Merasa dimaki hamun dan dihalau sungguh memeritkan..Rasa muka ku sangat malu apabila ditengking oleh petugas yang bongkak…Aku menjerit kalimah LAILAHAILLAH ALLAH dengan kuat untuk melepaskan geram ku..

Akhirnya kami mendapat pertolongan daripada Allah..Apabila ada seorang hamba Allah yang kasihan melihat kami merayu dengan menolong membayar sebanyak JD480=RM2400…Subhanallah..Semoga Allah mengangkat darjat beliau…



ARAFAH



Di Arafah kami agak bernasib baik kerana sampai awal malam berbanding dengan jemaah lain..Walaupun berlapikkan tikar dan berbumbungkan langit kami tidur dengan lena pada malam itu.Episod cabaran bermula pada keesokan hari nya..Cuaca panas terik dan kering di Arafah memaksa kami mencipta khemah buatan sendiri dengan membina atap untuk kami berteduh daripada panas terik dengan menggunakan kain selimut dan kain ihram.Dapat berteduh pun kira jadi lah…~

Tetapi kebanjiran manusia dianggarkan seramai 6 juta memang keluasan di arafah tidak dapat dibendung.Di kawasan kami pada mulanya hanya muat untuk 4 org menjadi 10 orang yang menumpang tempat.Pelbagai bangsa berada di kwasan kami antaranya Indonesia,India,Saudi,Palestin,Sudan..Duduk dalam keadaan sempit,panas dan lapar seharian tidak makan.Hanya berbekalkan sedikit roti yang kami bawa.Segala benda kami kongsi,hatta ada sebiji epal pun kami kongsi untuk 4-5 org satu biji buah.Sungguh memeritkan tetapi itulah ukhuwah yang kami dapat pelajari di Arafah.SIkap pentingkan diri sendiri terpaksa lemparkan jauh-jauh.Biar sama-sama lapar,biar sama-sama panas dan sempit.


TANDAS


Episod di tandas memang mengajar erti sabar.Cuba anda bayangkan dengan berjuta-juta manusia beratur untuk masuk hanya lebih kurang 10 buah tndas untuk satu kawasan.Satu tandas ada 3-4 barisan..Kira-kira 200 orang beratur untuk 10 buah tandas yang disediakan.Aku beratur selama 2 jam demi untuk masuk membuang air kecil selama 3-5 minit.Lebih daripada 5 minit maka berpuluh2 orang bising di luar.Dan juga kaki berada di dalam 'air kotor' selama setengah jam.....(abes gatal2 kaki aku)..

Sikap arab yang tidak sabar sehingga sanggup bertumbuk untuk berada di depan tandas..Berkelahi bertekak sehingga masing-masing lupa sedang beribadat.Tetapi ada satu kelebihan arab boleh dipuji.Walaupun mereka bertengkar bergaduh-gaduh tetapi bila ada sahaja orang member peringatan mereka terus berubah!Masyaallah..Peristiwa ini berlaku apabila arab mesir ingin menumbuk seorang jemaah haji kerana mendakwa melintas barisan.Dengan pantas jemaah lain menyekat dan memberi peringatan bahawa kita semua dalam ibadat dan berada di Arafah..Tidak sampai 1 minit terus berubah beristighfar dan siap mendahulukan aku untuk masuk tandas..Kalau orang Melayu kita pantang ditegur,tetapi inilah contoh sikap terbuka yang perlu orang Melayu ambik iktibar.

Setelah matahari hampir terbenam,jemaah dari Saudi menderma kotak bungkusan sedikit biskut dan kek kecil.Akibat perut yang lapar sekali lagi menjadi seperti mangsa banjir ataupun bencana alam berebut-rebut demi sekotak biskut dan sebotol air….

MUDZALIFAH


PENGOTOR!!!Itulah gambaran tepat untuk diberikan kepada Umat Islam..Sedangkan Islam mengajar pentingnya menjaga kebersihan..’Kebersihan itu sebahagian daripada iman’ seolah-olah diabaikan oleh jemaah haji.Perjalanan untuk ke Mudzalifah sepanjang 5.5 km itu anda akan dapati di kaki anda bukanlah tar jalanan..Tetapi kaki anda memijak sampah sarap yang dibuang oleh umat Islam.Sehingga jika ada kenderaan lalu,seolah-olah kenderaan memecah lautan sampah sarap..Itulah hakikatnya umat Islam kita..Mengejar ibadat besar sehingga ibadat kecil dipandang remeh…..

KEMUNCAK KEPERITAN

Kemuncak keperitan bermula apabila 1km nak sampai ke Mudzalifah.Jutaan jemaah haji sedang tidur di tepi jalan,atas bukit atas dan juga atas tandas pun ada!!Kalau di Malaysia jem hanya berlaku di jalan raya tetapi di sini jem untuk pejalan kaki…Lebih kurang 5 minit untuk satu langkahan kecil untuk bergerak…100meter mengambil masa berjam-jam berjalan..Tatkala itu penat+lapar+busuk +karenah arab dan Bangla minda ku terpaksa menahan sabar dengan semua itu.Tandas di sana juga hanya disediakan sebanyak 8 buah sehingga ada yang sanggup berak di tepi-tepi jalan sahaja.Bukan hanya perlu mengelak dengan kepala manusia yang tidur di tepi jalan,tetapi najis manusia yang ditinggalkan oleh jemaah haji yang tidak bertanggungjawab.

Akhirnya kami tiba juga di Mina pada pukul 4 pagi.Akibat keletihan yang amat pada mulanya hanya bercadanag untuk berhenti rehat kami semua tertidur di tepi longkang dan juga jalan raya tempat laluan bas.Walaupun berlantaikan sekeping tikar dan bertemakan sampah dan asap bas kesemua group kami lena tidur….Dalam hati kecilku kalau masuk lam Utusan Malaysia ni,malu Tabung Haji..hehe…

TABUNG HAJI

Pengalaman sukar dicari ganti..Mungkin pengalaman ini tidak akan dapat jika anda megikuti jemaah tabung haji Malaysia yang saya kira paling terbaik di dunia!Patutlah Arab Saudi tidak putus-putus puji Malaysia BAGUS!!Ini kerana sepanjang perjalanan ku tidak Nampak walaupun seorang jemaah haji daripada Malaysia daripada tabung haji melalui perjalanan sukar seperti kami..

Sambungan pengalamanku di artikel seterusnya……………………………………………………………………………….
BERSAMBUNG~

4 comments:

::Nurul Husna Abd Hamid:: said...

Subhanallah, syukran atas perkongsian ini...
doakan kami yg lain juga dijemput & diberi keizinan untuk menjadi tetamuNYA satu hari nanti, insyaALLAH~

November 21, 2010 at 6:34 PM
abe said...

pengalaman anda semamangnya ada pengajarannya...

November 22, 2010 at 10:40 AM
putra said...

wah..sangat mencabar..

November 28, 2010 at 4:19 AM
Bella Dean said...

setiap apa yg berlaku ad hikmahnya.hanya minda yang waras dan hati yg beriman dapat menghuraikannya...Subhanallah

December 24, 2010 at 7:24 AM

Post a Comment

 

2009 ·AWE-DONDE by TNB