SALJI DI UNIVERSITI KU

SALJI DI UNIVERSITI KU

AWE-DONDE

AWE-DONDE

جامعه مؤته

جامعه مؤته

KULIAH SYARIAH MU'TAH

KULIAH SYARIAH MU'TAH

KEKELIRUAN LAGI??

Tuesday, January 26, 2010



Alhamdulillah selepas artikel pertama tentang kekeliruan tentang larangan wanita haidh memasuki masjid dapat diperjelaskan,saya teruskan satu lagi kekeliruan sahabat-sahabat kita tentang LARANGAN MEMOTONG KUKU KETIKA HAIDH..

Persoalan yang timbul ialah adakah wanita ketika datang bulan tidak dapat memotong kuku dan rambut?Dan jika memotong juga perlu membawa bersama kuku yang dipotong tersebut bersama ketika mandi junub.Hal ini menyulitkan wanita.Adakah ada dalil dan bagaimanakah hukumnya yang sebenar?

Jawapan:Selama saya belajar dengan pensyarah saya Dr Ali Zuqaili dalam Fiqh Ibadat saya tidak menjumpai larangan tersebut di dalam Kitab Hidayah(kitab mazhab Hanafi) dan tidak pula disebut oleh Dr Ali Zuqaili.Rupa-rupa masalah tersebut disebut di dalam syarah al-‘Iqna’ Matan Abi Syuja’ ( 1/60 ), menurut Imam al-Ghazzali di dalam Ihya Ulumiddin, bahawa tidak seharusnya seseorang yang berjunub memotong kuku atau mencukur bulu dan rambutnya kerana semua tadi akan dikembalikan di hari akhirat nanti dalam keadaan junub(tidak bersih).

Bagaimanapun, setelah diteliti asas kepada pendapat ini, maka tidak didapati sebarang dalil yang menyokongnya kecuali logik aqal semata-mata tadi. Demikian menurut Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Atiyyah Saqar dan Dr. Rif`at Fawzi, professor Syariah di Univ. Kaherah.Itu merupakan Ijtihad Ulama semata-mata.Maka DIHARUSKAN memotong kuku ketika Junub.

Ini kerana berdasarkan dalil: Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup ataupun mati”, malah Nabi memberitahu : “ Buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam) “ Maka arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang tangguh cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi)..Jesteru apa yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.”

Kesimpulanya:Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan.Seorang yang mengaku Muslimah mesti dalam keadaan kemas,tidak mungkin Nabi melarang untuk memotong kuku sehingga nampak keadaan yang kusut,tidak kemas dan kotor walaupun dalam keadaan haidh atau sebaliknya.Imej Islam yang kemas haruslah ditonjolkan oleh Muslimah yang sejati supaya dapat menarik Non Muslim kepada agama kita.Kerana anda adalah ‘Duta Islam’…Wallahua’lam.

HUKUM WANITA HAIDH MEMASUKI MASJID

Monday, January 25, 2010


Ana ditanya oleh seorang hamba Allah perihal keadaan seorang wanita dalam keadaan haidh,tetapi beliau ingin menghadiri majlis akad nikah kakaknya di masjid.Ana menjawabnya wanita yang sedang haid diperbolehkan masuk dan duduk di dalam masjid karena tidak ada dalil yang jelas dan shohih yang melarang hal tersebut. Namun, hendaknya wanita tersebut menjaga diri dengan baik sehingga darahnya tidak mengotori masjid.Namun beliau keliru kerana setelah bertanyakan kepada ustaz-ustaz lain dan ketika belajar masa di sekolah dahulu bahawa haram bagi wanita dalam keadaan haidh masuk ke dalam masjid.Di sini Insyaallah ana ingin memperjelaskan pendapat ulamak beserta dengan dalil beserta hukumnya sekali.

Pertama sekali,perbahasan ini kalau ingin merujuk ke dalam kitab-kitab fiqh,hukum ini di bawah tajuk Ahkam Haidh Wa Nifas Wa Ma Yuhramu A’la Haidh Wa Nifas(Hukum-Hakam Haidh dan Nifas dan Apa Yang Diharamkan Ketika Haidh dan Nifas).Diantara perkara yang dilarang ketika Haidh ialah Solat,Puasa,Membaca Al-Quran dll termasuklah memasuki masjid iaitu perkara yang kita ingin perbahaskan.Sebagaimana yang kita tahu,keadaan uruf di Malaysia,masjid merupakan tempat medium yang paling penting untuk Alim ulama menyampaikan Ilmu dan beberapa perkara lain.Hal ini kadang-kala menyulitkan wanita kerana mungkin wanita perlu menghadiri ke masjid untuk mendengar ceramah,belajar ilmu agama ataupun untuk menghadiri majlis akad nikah kaum kerabatnya yang diadakan di masjid tetapi pada masa yang sama beliau dalam keadaan haidh.

“Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: ‘Haid itu suatu kotoran.’ Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita pada tempat keluarnya darah (farji), dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum mereka suci.” (Qs. Al-Baqarah:222)

Dalam ayat di atas Allah menjelaskan wanita dalam keadaan haidh adalah tidak suci,maka wujudlah batas larangan yang perlu wanita patuhi ketika dalam keadaan tidak suci.Kita tengok pandangan di sisi Fuqaha’ 4 Mazhab tentang Adakah Wanita Haidh Dibenarkan Memasuki Ke Dalam masjid?

1.Mazhab Hanafi MELARANG wanita haidh memasuki dalam masjid dan beriktikaf didalamnya walaupun mengambil wudhu’.Dalilnya: “Aku tidak menghalalkan masjid untuk wanita yang haidh dan orang yang junub.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud no.232, al Baihaqi II/442-443, dan lain-lain)

2.Mazhab Syafi’e dan Hanbali mengharuskan wanita haidh dan nifas lalu dalam masjid jika beliau yakin tidak akan mengotori masjid kerana diharamkan baginya mengotori masjid.Dalil:
فقلت عائشه (اني حائض)فقال: ان حيضتك ليست في يدك

Hadis riwayat Muslim.Dan ada lagi satu Hadis Maimunah yang diriwayatkan Nasa’i.

3.Setengah Ulama’ mutakhir MENGHARUSKAN wanita haidh memasuki dalam masjid berdasarkan dalil:
-Adanya seorang wanita hitam yang tinggal di dalam masjid pada zaman Nabi shallallahu’alaihi wa sallam. Namun tidak ada dalil yang menyatakan bahwa Nabi shallallahu’alaihi wa sallam memerintahkannya untuk meninggalkan masjid ketika ia mengalami haidh.
-Sabda Nabi shallallahu’alaihi wa sallam kepada ‘Aisyah radhiyallahu’anha, “Lakukanlah apa yang boleh dilakukan oleh orang yang berhaji selain thowaf di Baitullah.” Maka wanita itu hanya dilarang untuk thowaf dan tidak dilarang masuk ke dalam masjid. Apabila orang yang berhaji diperbolehkan masuk masjid, maka hal tersebut juga diperbolehkan bagi seorang wanita yang haidh.

4.Perbincangan dalil-dalil masing-masing:
Sebagian ulama melarang seorang wanita masuk dan duduk di dalam masjid dengan dalil:
لاَأُحِلُّ الْمَسْجِدُ ِلحَائِضٍُ وَلا َجُنُبٍ
“Aku tidak menghalalkan masjid untuk wanita yang haidh dan orang yang junub.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud no.232, al Baihaqi II/442-443, dan lain-lain)
Akan tetapi hadits di atas merupakan hadits dho’if (lemah) meskipun memiliki beberapa syawahid (penguat) namun sanad-sanadnya lemah sehingga tidak mampu menguatkannya dan tidak dapat dijadikan hujjah. Syaikh Albani -rahimahullaah- telah menjelaskan hal tersebut dalam ‘Dho’if Sunan Abi Daud’ no. 32 serta membantah ulama yang menshahihkan hadits tersebut seperti Ibnu Khuzaimah, Ibnu al Qohthon, dan Asy Syaukani. Beliau juga menyebutkan ke-dho’if-an hadits ini dalam Irwa’ul Gholil’ I/201-212 no. 193.

-Hadis Dhaif tidak boleh dijadikan hujah dalam perkara hukum halal haram kecuali kata setengah Ulama’,hadis dhaif hanya dapat beramal dalam perkara-perkara Kelebihan Amalan sahaja tidak pula pada hukum Halal Haram.

Kesimpulanya: Wanita yang sedang haid DIPERBOLEHKAN masuk dan duduk di dalam masjid karena tidak ada dalil yang jelas dan sohih yang melarang hal tersebut. Namun, hendaknya wanita tersebut menjaga diri dengan baik sehingga darahnya tidak mengotori masjid.Tetapi,walaupun hukumnya HARUS,wanita tetap harus beringat,kerana perkara ibadat eloklah kita ambil langkah yang berhati-hati dan ketat.Sebagai contoh jika wanita haidh itu tidak ada apa-apa maslahat untuk masuk ke dalam masjid moleklah dielakkan untuk masuk ke dalam masjid.Jika benar-benar perlu sahaja seperti jadual kelas pembelajaran dalam masjid,ataupun apa-apa jua dalam keadaan terpaksa maka bolehlah kita ambil pendapat ke 3 iaitu HARUS masuk ke dalam masjid.Ana lebih cenderung untuk mengambil langkah ihtiyath(hati-hati) tetapi harus jika dalam keadaan ada maslahat.Terpulang kepada anda masing-masing untuk cenderung kepada mana-mana pendapat.Wallahu A’lam.

Apakah Bai' Mu'athah dan Apakah Hukumnya?

Friday, January 22, 2010


Hukum jual beli dalam Islam adalah halal disisi syarak sebagaimana diketahui umum.Kecuali jual beli yang mempunyai unsur riba,unsur gharar(tipu),unsur jahil(tidak tahu kadar barang yang dibeli),jual beli barang yang diharamkan oleh syara’ seperti jual beli babi dan lain-lain lagi syarat sah jual beli yang ditetapkan syara’.Ana tidak mahu menghuraikan syarat sah jual beli secara terperinci,tetapi ingin menjelaskan hukum BAI’ MU’ATHAH.Dan beberapa dalil para fuqaha’ megikut pendapat masing-masing.

Apa itu Bai’ Mu’athah?Bai’ Mu’athah bermaksud jual beli TANPA MENYEBUT lafaz ijab qabul.Contohnya:Penjual menjual barangnya tanpa menyebut pun lafaz ijab(aku jual barang ini) manakala si pembeli juga TIDAK MENYEBUT lafaz qabul(aku terima atau aku beli).

Sebagai contoh jual beli dengan lafaz ijab qabul biasa:Penjual berkata kepada pembeli 'aku jual kereta ini dengan harga RM10ribu'.Maka pembeli menjawab lafaz qabul:'aku terima jualan ini.'

Dan sebagaimana kebiasaan adat kita di Malaysia trankasi jual beli berlaku tanpa menyebut ijab qabul yang dinamakan oleh syara’(bai’ mu’athah).Jadi,apakah hukum sebenar jual beli ini menurut pandangan Fuqhak?Adakah diharuskan atau sebaliknya?Para fuqaha berselisih pendapat tentang hukum jual beli ini.

1.Menurut pandangan Imam Syafi’e dan Dawud Azzhohiri hukum bai’ mu’athah ini tidak sah.Dan wajib menyebut lafaz ijab qabul yang menunjukan jual beli.Disebabkan lafaz ijab qabul dalil zahir menunjukkan redha jual beli.Tanpa lafaz bagaimana nak menunjukan redha jualbeli?

2.Pendapat kedua adalah pertengahan.Pendapat ini dipegang oleh sebahagian Ulama Syafi’e dan sebahagian mazhab Hanafi.Pendapat ini menegaskan Bai’ Mu’athah ini berlaku pada barang yang tidak mahal.Manakala pada barang yang mahal perlu kepada lafaz ijab qabul.Dan ana lebih cenderung kepada pendapat yang kedua.Sebagai contoh kita perlu kepada Ijab qabul dalam jualan beli kenderaan,rumah ataupun barang-barang yang mahal.Tetapi,pada barang-barang yang murah seperti pen,gula-gula tidak memerlukan lafaz ijab qabul kerana benda yang biasa pada pandangan masyarakat.

3.Pendapat terakhir ialah pendapat Jumhur Fuqaha’ Hanafi,Maliki,Hanbali.Mereka berpendapat transaksi Mu’athah ini harus pada samaada pada barang yang mahal mahupun murah.Yang demikian kerana lafaz adalah tidak penting.Yang penting redha diantara penjual dan pembeli itu.Allah menghalalkan jual beli dan tidak menjelaskan cara-caranya.Maka wajib menurut kepada uruf masyarakat setempat itu,sebagai contoh di Malaysia yang terbiasa dengan amalan jual beli Mu’athah ini tanpa menyebut lafaz ijab qabul.Kecuali sesetangah tempat di Malaysia seperti di Kelantan.Kebanyakan orang tua-tua di sana mengamalkan dengan menyebut lafaz ijab qabul ketika transaksi jual beli.

4.Perbincangan dalil-dalil di atas:Saya lebih cenderung kepada pendapat yang kedua.Disebabkan atas urusan untuk memudahkan manusia dalam muamalat.Dan kaedah fiqh ‘setiap benda itu asalnya harus’ maka disebabkan tiada dalil yang khusus dan jelas mengharamkan bai’ mu’athah ini,sekaligus diharuskan bai’ mu’athah.Terpulanglah kepada anda masing-masing untuk cenderung kepada mana-mana pendapat.Sekalipun anda cenderung kepada pendapat selain mazhab Syafi’e.Insyaallah kita bincang pada artikel seterusnya tentang adakah dibolehkan untuk kita talfiq mazhab pada ruang skop muamalat?

Kesimpulanya,bukan tujuan ana datangkan hukum ini mahu melemahkan pendapat Ulamak masing-masing.Tetapi ana mahu untuk meluaskan fikiran kita tentang pendapat ulamak.Cuba kita tengok dari satu sudut yang mana Imam Syafie begitu teliti dalam menetapkan hukum dengan meletakkan langkah berjaga-jaga dalam ibadat dan muamalat.Manakala Imam Hanafi pula dari satu sudut sangat mementingkan maslahat untuk kemudahan muamalat manusia.Dan masing-masing ada hujah yang tepat dan kemas.Khilaf itu satu rahmat bagi kita yang tidak mampu untuk berijtihad secara mutlak.Insyaallah tunggu lah artikel seterusnya dalam Fiqh Muamalat.Bolehkah bertalfiq dalam ruang skop muamalat?Wallahu’alam.

Patah Tumbuh Hilang Berganti..Qiraat oh Al-qiraat~

Thursday, January 21, 2010


Sangat sedih apabila artikel tentang qiraat telah hilang.Setelah beberapa hari buat,merujuk rakan-rakan yang berada di Syoubra,sehari tidak tidor malam menaip artikel tentang qiraat hilang begitu sahaja akibat kecuaian diri ku sendiri..Tp,tidak mengapa lah mungkin ada hikmah di sebalik tu..Setelah bermuhasabah balik,mungkin Allah inginkan yang lebih baik daripada tu ataupun inginkan lebih lagi keikhlasan dalam diri dalam memperjuangkan untuk ilmu Allah.

Bak kata pepatah "patah tumbuh hilang berganti".Insyaallah saya cuba membuat kembali assignment tentang Ilmu Qiraat.Merupakan salah satu cabang ilmu Al-quran.Ilmu ini sangat unik dan jarang sekali masyarakat kita dapat menguasainya betul-betul kerana memerlukan kerajinan murajaah dan menghafal.Masyarakat kita juga masih baru dalam bidang ini.Tidak ramai yang tahu dan mempelajari Qiraat kecuali di sekolah-sekolah tahfiz.Masyarakat Malaysia tahu Qiraat ini selepas rancangan realiti TV9 Akademi AL-Quran dan itupun tidak semua yang tahu kerana tidak mengikuti rancangan Akademi Alquran berbanding Akademi Fantasia yang dah nak masuk musim Ke-8..fuh~Mawi World~

Apa itu Qiraat?Boleh ke baca qiraat dalam sembahyang?Apa beza yang kita baca alquran sekarang ini dengan bacaaan qiraat?Dimanakah kita boleh mempelajari qiraat?

Persoalan-persoalan ini insyaallah kita dapat jawapanya..Dan saya amat memerlukan bantuan-bantuan rakan-rakan saya di Syoubra yang takhasus dalam bidang Qiraat.Arap ko pok2 mu lonim Unjai,Amiyo,Mat yi,Arull dll.~
P/s:sapo2 nak cari tok laki tahfiz oyak deh..ramai saeng2 ambo sep2 tahfiz neh..he8.

Hukum Menyambung Balik Tangan Pencuri


Hukum hudud bagi pencuri sudah jelas dalam Al-quran iaitu potong tangan.Dan dijelaskan pula didalam hadis kadar potong tangan ialah setakat pergelangan tangan sahaja.Kadar nilaian curian yang wajib dipotong mengikut Jumhur Ulama’ oleh Imam Malik,Hanbali,Syafie ialah jika nisab bagi emas ialah 2.5 dinar dan jika nisab perak 3 dirham.Iaitu jika pada nilaian sekarang lebih kurang RM25.Tetapi,mazhab Imam Dawud Zhohiri dan Hasan Khawarij tidak menetapkan kadar nisab pada harga barang ataupun nilai barang yang dicuri itu.Jadi,jika si pencuri mencuri tidak kira berapakah nilai nya maka wajib potong tangan bagi pencuri mengikut mazhab Imam Dawud Zhoiri.

Dalil hudud pencuri mafhumnya:’Pencuri lelaki dan pencuri perempuan potonglah tangan kedua-duanya sebagai balasan perbuatan mereka dan sebagai siksaan dari Allah dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.’-Surah AL-Maidah ayat 38.

Dan ada lagi syarat-syarat yang mana ditetapkan Ulama’ seperti syarat pencuri,syarat barang yang dicuri,syarat mensabitkan hukum pencuri dan syarat saksi pencuri.
Hukum hudud bagi pencuri adalah hak hamba jika sebelum dibawa ke mahkamah,tetapi akan berubah kepada hak Allah selepas dibawa kepada muka pengadilan(mahkamah).

Apakah hukum menyambung balik tangan pencuri selepas dijatuhkan hukuman?(selepas tangan dipotong).

Jawapan:Menurut Dr Hammad Azam khilaf Ulama’ tentang masalah ini:

1.Dibolehkah sambung balik tangan pencuri.Dalil mereka ialah Qadhi hanya wajib menjalankan hukuman.Iaitu potong tangan.Jika pencuri menyambung balik harus baginya.Kerana hukuman telah dijalankan.

2.Tidak boleh menyambung balik.Kerana hukuman ini sebagai pengajaran kepada orang lain.Jika pencuri menyambung balik tangan dia seoalah-olah tiada faedah menjalankan hukum hudud potong tangan.Hikmah potong tangan pencuri ialah untuk member pengajaran dan kesedaran kepada masyarakat tentang hukuman pencuri.

Kesimpulanya,Allah S.W.T memuliakan tangan kita jika kita berbuat baik dengan balasan syurga.Tetapi jika kita mencuri nilai tangan kita hanya rendah di sisi Allah S.W.T hanya dengan nisab RM25 sudah dipotong.Tetapi,perlu diingat hukum hudud adalah rahmat disisi Allah.Jika pencuri itu sudah dikenakan hukum hudud maka kesalahannya mencuri sudah diampunkan oleh Allah s.w.t yang mana ternyata hukum hudud di akhirat adalah lagi teruk dan azab siksaanya.Sama-sama kita berdoa kepada Allah agar diri kita terlepas daripada azab Allah di Akhirat kelak.

HUkum Menampal Dara


Dara merupakan satu mahkota yang amat penting bagi setiap wanita.Sehingga kan pada zaman Melayu terdahulu,wanita yang kehilangan dara sebelum kahwin amat dikeji dalam masyarakat.Tetapi amat berbeza dengan zaman sekarang.Kecanggihan teknologi perubatan boleh menampal kembali dara sehingga masyarakat zaman sekarang berani untuk melakukan hubungan kelamin sebelum kahwin.Dengan kecanggihan teknologi perubatan ini,timbul persoalan.Adakah dibolehkan menampal kembali dara?

Para fuqaha' zaman sekarang berbeza pendapat dalam menentukan hukum mengembalikan semula, mencantum atau menampal selaput dara yang telah terkoyak.

Pendapat Pertama

Tidak harus sama sekali menampal semula dara yang telah terkoyah. Ia merupakan pendapat Syaikh Izzuddin Attamimi dan Dr Muhammad Mukhtar Assyinqiti dan ramai lagi.

Pendapat Kedua

Harus menampal semula jika ianya terkoyak ketika usia muda disebabkan selain daripada perbuatan persetubuhan, dan harus juga bagi wanita yang telah berkahwin menurut kehendak suaminya. Pendapat ini dikemukakan oleh Syaikh Muhammad Mukhtar Assalammi.

Pendapat Ketiga

Harus menampal semula dalam keadaan berikut:

i) Jika koyakan terjadi disebabkan kejadian atau kemalangan ketika kecil ataupun dewasa
ii) Jika koyakan disebabkan keadaan memaksa seperti pendarahan, pembedahan atau lompatan yang tinggi dan panjang atau diseksa dengan dimasukkan kayu dsb.
iii) Jika koyakan kerana dipaksa berzina. Jika zina sukarela, haram dikembalikan.

Pendapat ini disebutkan oleh Dr Taufiq Al-Wa'

Pendapat Keempat

Harus menampal semula dalam keadaan berikut:

i) Jika koyakan berlaku disebabkan kemalangan atau perbuatan yang bukan maksiat dan bukan dengan persetubuhan selepas aqad nikah.
ii) Jika mengikut sangkaan yang kuat, wanita tersebut akan menerima kezaliman dan dituduh berzina mengikut 'uruf dan adat tempatan, maka hukum menampalnya adalah wajib. Jika sangkaan biasa sahaja maka hukumnya sunat.
iii) Jika koyakan disebabkan zina yang tidak diketahui umum, maka doktor/jururawat boleh memilih untuk menampal atau tidak, dan menampal lebih afdhal. Akan tetapi haram menampalnya jika zina sudah diketahui umum samaada berlaku hukuman atau tidak.

Pendapat ini disebutkan oleh Dr Muhammad Naim Yasin

Penutup

Perbincangan dalil ana tidak sebutkan di sini kerana bukanlah tempatnya. Namun begitu pendapat yang dilihat kuat adalah pendapat yang mengatakan haram bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar dan rosaknya masyarakat pada zaman sekarang dengan penzinaan yang berleluasa. Moga Allah hindarkan dan selamatkan kita dan keluarga kita daripada fitnah tersebut. Amiin.

Wallahu A'lam

Adakah Wanita Dibolehkan Bekerja?



Peningkatan jumlah pelajar di universiti meningkat dari tahun ke tahun, malah statistik menunjukan kira-kira 60.39% di universiti adalah wanita. Setelah mahasiswi-mahasiswi ini keluar univisiti,dan mula memasuki alam kerjaya.Persoalannya, adakah syara’ membenarkan seseorang wanita KELUAR BEKERJA? Ada sesetengah pendapat syadid mengatakan wanita tidak boleh keluar bekerja,belajar,keluar rumah walaupun untuk ke masjid! Sekiranya wanita itu berkahwin dan bekerjaya ,dimanakah tanggungjawab mereka untuk suami&anak-anak semasa keluar bekerja? Pendapat ini sebenarnya menimbulkan kekeliruan dan rasa ketidakadilan kepada wanita zaman sekarang memandangkan mereka juga mempunyai cita-cita tersendiri seperti lelaki untuk keluar bekerja dan sebagainya.

Dr Yusuf Al-Qardhawi dalam fatwanya MENGHARUSKAN wanita keluar bekerja dan ini tidak bertentangan dengan nas dan ijma’.Tidak ada satu nas yang jelas pun mengaramkan wanita keluar bekerja.

Beliau memetik daripada ayat alquran surah al-imran ayat195,dan surah an-nahl ayat97 dengan mengukuhkan hujah beliau bahawa wanita adalah manusia,sama seperti lelaki.Dan diharuskan untuk bekerja sama seperti lelaki.Malahan kadang-kadang ia dituntut dengan tuntutan sunnah atau wajib apabila keadaaan memerlukanya seperti seorang janda diceraikan suaminya dan memerlukan wang untuk membantu keluarganya.

Kemudian beliau datangkan kisah yang terdapat dalam alquran dan hadis yang menceritakan wanita juga berhak menolong keluarga dengan bekerja seperti kisah Asma’ bt Bakar dan kisah 2 org puteri menolong ayahnya yang tua memberi minuman ternakan.

Dan sebagaimana yang kita ketahui,masyarakat juga memerlukan pekerjaaan khusus untuk wanita seperti bidan,doktor sakit puan dan beberapa perkara lain yang memerlukan tenaga khusus daripada wanita.Maka yang utama adalah wanita bermuamalah sesama wanita.

Dr Yusuf Al-Qardhawi kemudianya menetapkan beberapa syarat,setelah beliau mengharuskan untuk wanita keluar bekerja.

1.Hendaklah pekerjaanya itu halal dari segi syara’.Bermaksud,tidak boleh wanita itu bekerja seperti pelacur,pelayan kelab malam,rumah urut dan sebagainya yang diharam oleh syara’ untuk mencari rezeki.

2.Memenuhi adab-adab seorang muslimah ketika keluar rumah,dalam berpakaian,berjalan,berbicara,dan segala gerak geri.

3.Jika berkahwin mestilah dengan keizinan suaminya,dan mengajaga adab-adab wanita sebagai isteri.solehahah.Dan sebelum itu,mereka perlu memenuhi kewajipan yang penting seperti melayan suami dan anak-anak kerana itu adalah kewajipan mereka yang lebih utama.

Habis dah Exam...

Wednesday, January 20, 2010

Lamo doh xngoteh blog neh..Disebabkan boring terlajak tertengok blog hok berhabuk dah ni..Alhamdulillah habis dah imtihan nihai untuk sem 1 2010..Syukur pada sem ni walaupun result hanya sederhana.Tp,aku bersyukur kerana semua lulus dengan baik walaupun ada 3 subjek yang tidak sampai target aku..huhu..Insyaallah semua itu ada hikmah belaka yang mana kita ini manusia tidak tahu apakah hikmah disebalik itu.Kepada kawan-kawan yang berjaya Tahniah diucapkan dan kepada yang gagal kali ini tingkatkan lagi usaha untuk sem depan.Teringat kata2 ustaz Nik Hamdi masa sekolah Mtaq dulu..Kalau kita belajar kerana iLmu walaupun kita gagal kita tidak akan berasa kecewa sedikitpun kerana kita dapat Ilmu walaupun xlulus dalam exam..Tp,kalau kita belajar kerana exam kita akan berasa kecewa!!Jadi,betulkan niat masing2 supaya kita tidak berasa kecewa dengan apa yang kita pelajari
 

2009 ·AWE-DONDE by TNB