SALJI DI UNIVERSITI KU

SALJI DI UNIVERSITI KU

AWE-DONDE

AWE-DONDE

جامعه مؤته

جامعه مؤته

KULIAH SYARIAH MU'TAH

KULIAH SYARIAH MU'TAH

Surat Warkah Ku Kepada Ahli Permata dan Jawapan Berkaitan Isu Hari Keluarga

Monday, May 16, 2011




Dengan nama Allah, kalam ini saya mulakan. Agak sedikit kekok menyusun kata setelah sekian lama meninggalkan bidang penulisan. Minta maaf kepada pembaca sekalian kerana artikel kali ini berkaitan dengan keadaan yang berlaku di tempat saya.



Setelah beribu-ribu kali berfikir,dan meminta pendapat sahabat-sahabat akhirnya saya menggagahkan diri untuk menulis tentang isu ini.Bukan niat saya untuk mengkritik balik,jauh lagi untuk berdebat dan sebagainya,tetapi setelah melihat ada kalanya perlu juga saya bersuara sedikit untuk mengurangkan ketegangan yang berlaku.Ini merupakan kali pertama saya menulis tentang siasah(persatuan) kerana ini juga pertama kali ku terlibat secara serius dalam persatuan.



Setelah membaca artikel isu JD2.50 Hari Keluarga PERMATA, saya rasa tidak perlu lagi diulas panjang lebar berkenaan isu tersebut, bahkan kalian sendiri boleh membaca artikel tersebut sekaligus memahaminya…



Namun, ini hanyalah respon peribadi saya, tidak ada kaitan dengan persatuan PERMATA, mahupun adik-beradik pimpinan PERMATA yang lain. Walaupun isu ini ada sedikit sebanyak kaitan dengan saya sebagai BENDAHARI AGUNG; orang yang bertanggungjawab tentang apa-apa jua berkenaan kewangan PERMATA.Saya rasa saya lah orang yang patut menjawab dan bersuara dalam isu ini.


Pengalaman Peribadi


Semasa di zaman persekolahan, saya tidak pernah memegang apa-apa jawatan pun.Dan keinginan saya dalam persatuan pun tidak ada. Tidak berpengalaman walaupun sedikit, dan saya jugalah orang yang paling kuat mengkritik dalam persatuan suatu ketika dahulu semasa berada di Tahun1 dan 2 di Mu’tah.


Tetapi, setelah ditaklifkan jawatan sebagai BENDAHARI AGUNG PERMATA, terasa bagai satu bebanan yang sangat berat saya pikul di bahu sendiri apabila mengetahui tentang keadaan sebenar kewangan PERMATA. Barulah saya teringat kritikan-kritikan yang pernah saya lontarkan dahulu seolah-olah terkena pada batang hidung saya sendiri; berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.


Perkara pertama yang saya ingin kongsikan pada mula-mula saya dikatklifkan sebagai bendhari,perkara pertama perlu saya fikirkan dan utamakan ialah PUSKMA.Cuba bayangkan anda perlu fikirkan bagaimana untuk menanggung dan mengekalkan PUSKMA sebagai rumah persatuan selama setahun. JD150 untuk sebulan didarabkan dengan 12 bulan (setahun). Agaknya berapakah jumlah dana yang perlu anda cari untuk kelangsungan PUSKMA semata-mata? Itu belum lagi termasuk selenggara alatan, pembelian perabot dan sebagainya.(Minta maaf adik beradik ahli Permata kerana tidak berupaya mencari PUSKMA yang besar untuk kalian)


Perkara kedua adalah membantu PERMATA mencari dana bagi tujuan untuk menjayakan program-program sepanjang sesi kami. Kebiasaannya, dalam sebulan akan ada sekurang-kurangnya 2 kali program. Dan kos minimum bagi sesebuah program adalah JD1000. Maka, berapa pula yang kami perlukan untuk sepanjang sesi?



Perkara yang seterusnya ialah, andai dahulu sayalah orang yang mengkritik PERMATA kerana tidak mempunyai jersi bola sepak sendiri walaupun merupakan JUARA BERTAHAN 6 tahun berturut-turut, maka, sebagai orang yang menguruskan perbendaharaan PERMATA, tanggungjawab itu beralih kepada saya. Alhamdulillah, kami berjaya menyediakan 3 set jersi bola sepak.


Berbalik kepada isu:


1.Sengaja saya coretkan sedikit pengalaman saya ketika di awal sesi untuk menggambarkan keadaan sebenar persatuan kita. PERMATA bukanlah persatuan yang KAYA RAYA. PERMATA tidak mempunyai dana yang kukuh dan mencukupi untuk memenuhi “kebajikan” semua ahli. Yang dimana anda tafsirkan kebajikan hanyalah dalam bentuk kewangan semata-mata. Seolah-olah hanya sekadar memenuhi kehendak setiap ahli, pengarah program dan sebagainya.


Merujuk artikel HAMBA TUHAN di mana cadangannya : (buatlah program sekadar kemampuan yang ada).


Jika saya ingin menerima cadangan sebegini, maka di awal sesi lagi saya akan bertindak sedemikian, tidak perlulah saya memikirkan perkara yang saya ceritakan di atas, berkaitan PUSKMA, dana program, peralatan, dan sebagainya. Kami hanya perlu sekadar menggunakan duit yang diberikan oleh EMJ sebanyak JD400 setahun, dan duit yuran JD1 sahaja untuk 1 kepala bagi sepanjang tahun. Maka,cukuplah sekadar 1 program untuk 1 tahun sepanjang sesi. PUSKMA yang sekarang ini milik PERMATA tidak perlu wujud. Kalau itu kehendak mereka "buatlah program sekadar kemampuan yang ada. Tidak perlu kami bersungguh-sungguh mencari dana, dan tidak perlulah AJK-AJK program mengerahkan tenaga dan juga masa untuk membuat sebarang program.


2. Berkaitan dengan kenyataan : (Persatuan hanyalah wakil kepada EMJ untuk menguruskan kebajikan ahli-ahlinya sahaja, dan dana-dana pengurusan telahpun diberikan oleh pihak EMJ dan juga kutipan-kutipan sumbangan dari pihak-pihak luar. Maka persatuan tidak berhak untuk mengambil duit ahli-ahlinya secara paksaan untuk menjalankan program kerana ia hanayalah sebuah badan yang menjaga kebajikan ahli sahaja.)


Ada 4 perkara di sini yang saya mahu ulas secara peribadi :


A) Bila sebut wakil,maka secara automatik wakil itu adalah pengurusan 100% yang diberikan oleh EMJ kepada PERMATA. Sebagai contoh, saya wakilkan sahabat saya untuk membeli. Maka 100% transaksi saya berikan kepada sahabat saya. Sahabat saya mewakili saya untuk melakukan transaksi 100% mengikut kehendaknya. Jadi mana-mana persatuan berhak sebagai wakil EMJ untuk menguruskan apa-apa sahaja yang dilihat sebagai untuk kemaslahatan semua

.

B) Dana pengurusan tadi saya rasa sudah jawab sebagaimana di atas. Pada sesi lepas hanya JD100 sahaja duit pengurusan yang diterima daripada EMJ. Namun, alhamdulillah pada tahun ini duit pengurusan yang diberikan adalah sebanyak JD400. Apa-apa pun, jumlah ini masih lagi tidak mencukupi untuk menanggung semua perbelanjaan program, PUSKMA, dan pengurusan PERMATA. Dengan jumlah pelajar kita yang melebihi 300 orang. Kalau semata-mata ingin bergantung kepada duit itu, hanya sekadar cukup untuk 3 bulan sahaja sewa PUSKMA!


C) Berkaitan dengan kutipan-kutipan sumbangan dari pihak-pihak luar, secara peribadi, saya sedikit terkilan. Saya ingin mengajukan persoalan kepada kalian. Adakah kalian pernah terlibat menolong PERMATA dalam usaha mencari sumbangan dana? Tahukan kalian, pada awal sesi pentadbiran kami, BPP beberapa kali menghantar borang tinjauan bagi sesiapa yang ingin membantu PERMATA dalam usaha mencari dana. Hanya 8 daripada lebih kurang 200 orang pelajar ketika itu yang sanggup membantu. Hanya LAPAN orang; 8/200. Malah ada yang membuang proposal itu,ada juga membuat lapik periuk sahaja proposal untuk mencari dana itu.Hancur luluh hati saya melihat proposal itu bagai tiada nilai di sisi mereka.Andai persoalan ini tidak mampu kalian jawab, maka, cadangan kalian tidak seiring dengan tindakan kalian. Sebagai muhasabah buat semua, janganlah fikirkan apa yang telah PERSATUAN lakukan untuk kita, lebih baik fikirkan apa yang kita telah lakukan untuk PERSATUAN!! Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membantu PERMATA mencari dana. Sedangkan firman ALLAH Ta’ala dalam surah Al-Maidah ayat 3:


( وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الاثم والعدوان)


Mafhumnya : Hendaklah kamu saling bantu membantu dalam kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu saling tolong menolong dalam dosa dan permusuhan.

Ayat ini sangat masyhur dan saya kira ramai yang mengetahui dan menghafalnya.


Wajhu dalalah : Sesungguhnya tolong-menolong di atas kebaikan adalah wajib; (pendapat yang mengatakan wajib ini dipetik daripada pendapat Imam Qatadah, Imam Ar-Rubai’, Imam Ishaq dan dirojehkan oleh Ibn Hajr, Ibn Hazm, dan Ibn Qayyim).


Kebaikan dan maslahat yang disebut termasuklah juga membantu PERMATA mencari dana dalam menjayakan program. Kenyataan wajib ini bukan saya sebut,tetapi oleh barisan ulama’ tadi. Saya tahu ayat tadi adalah umum, dan mungkin akan dijawab balik oleh kalian. Tetapi,saya cenderung merojehkan pendpat ini dan beramal secara umum ayat ini demi maslahat PERMATA.


Mahalkah JD2.50 untuk menolong PERMATA? Ketika kali ini kami memerlukan bantuan kalian, ketika di mana persatuan tidak mempunyai dana mencukupi untuk menjayakan program kerana ini program terakhir PERMATA di hujung sesi.


Sebenarnya mungkin anda nampak nilai itu sangat mahal, kerana anda tidak menilai erti ukhuwwah. Betapa gembiranya saya melihat semua syabab saya kirakan 90% yang hadir bersama-sama berBBQ makan bersama-sama pada malam itu tidak kira senior mahupun junior. Kemudian, ada pula program explorace, dan seterusnya diakhiri dengan makan malam tahunan

.

Duit yang dikutip bukannya dimakan oleh AJK, tetapi manfaatnya dapat semula kepada kita dalam bentuk MAKANAN. Saya percaya kita semua adalah manusia yang berhajat kepada makan. Cuba kita fikir secara logik, kita bayangkan yang kita bayar JD2.50 untuk makan malam kita seperti biasa selama 2 hari, bukankah itu berbaloi?


Cadangan saya kepada AMT dan ALT PERMATA pada sesi depan, disebabkan sesi ini wujud masalah berkaitan kewangan, maka usahakanlah untuk sedaya upaya membantu PERMATA mencari dana, berganding bahu dengan SEMUA ahli PERMATA di awal-awal sesi lagi supaya masalah ini tidak akan berulang lagi kelak.


Saya mengimpikan PERMATA mempunyai dana kukuh, dan mempunyai rumah persatuan yang besar sesuai dengan jumlah ahli. Tetapi, semua itu tidak akan berlaku tanpa pertolongan semua ahli PERMATA , dan mantan ahli PERMATA. Insyaallah, saya akan turut lagi membantu PERMATA pada sesi-sesi depan walaupun saya berada di Malaysia ketika itu.



D) (sebuah badan yang menjaga kebajikan ahli sahaja)


Mungkin kebajikan yang anda tafsirkan adalah dari segi bentuk kewangan semata-mata. Kalaulah saya nampak bahawa kebajikan dari segi kewangan sahaja, maka tidak perlulah persatuan menguruskan program-program. Duit dana yang dapat saya kumpulkan dari Malaysia itu lebih baik diberi kepada yang memerlukan.


Kebajikan merangkumi makna yang menyeluruh. Termasuk menjayakan sesebuah program juga adalah salah satu kebajikan ahli. Merapatkan ukhuwwah sesama ahli adalah merupakan kebajikan juga. Ini hanyalah pendapat peribadi saya.Terserah kepada anda untuk tafsirkan bagaimana.


E) ( Maka persatuan tidak berhak untuk mengambil duit ahli-ahlinya secara paksa)


Sebenarnya tidak perlu saya menjawab dalil-dalil lain kerana masalah pokoknya di sini hanyalah berkaitan ahli TIDAK REDHA. Masalah-masalah yang lain hanyalah furu' ataupun cabang sahaja. Jika tidak redha, maka hukumnya jatuh HARAM. Maka,keluarlah fatwa bahawa makan harta secara batil. Illahnya hanya satu iaitu REDHA atau TIDAK REDHA. Jika tidak redha,maka haram, jika redha maka hukum akan berubah sebaliknya. Saya ingin memetik semua dalil diberikan oleh mereka:


1 Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah. [Al-Baqarah : 188]


Wajhu dilalah : Mewajibkan membayar sesuatu yang tidak sepatutnya dibayar adalah memakan harta orang lain dengan batil.


2. Sabda Baginda s.a.w : Tidak dihalalkan harta seorang muslim itu melainkan ia diberi dengan keredhaan hatinya.


(Musnad Ahmad bin Hambal : jilid 5 halaman 72, Irwail Ghalil: Jilid 5 halaman 279- Hadis Sohih-Disohihkan oleh Al-Bani)


3. Kewajipan membayar kos program adalah dibawah kaedah : "لزم ما لا يلزم" iaitu mewajibkan sesuatu yang tidak wajib, dan ia diharamkan oleh syara’.


4. Dan juga qaedah : تصرف الإنسان في خالص حقه إنما يصح إذا لم يتضرر به غيره (Perbuatan seseorang pada hak miliknya adalah harus selagi mana ia tidak memudharatkan orang lain)


-Sekiranya pada hak miliknya pun tidak dibenarkan memudharatkan orang lain, maka perbuatan pada bukan milik seseorang itu dan memudharatkan orang lain adalah lebih salah lagi.


Kesimpulannya di sini, illahnya ialah tidak redha. Saya sebenarnya agak hairan dan tercari-cari apa yang tidak redha? Bagaimana kalian membuat kesimpulan tidak redha? Setahu saya iklan telah dibuat beberapa kali.


"Siapa yang tidak masuk program, dan dia telah membayar boleh MENUNTUT kembali duit tersebut!"


Kalau anda tidak redha duit anda, maka sila tuntut dan ambil kembali duit tersebut.Cukup mudah dan senang. Dan bagi yang masuk program anda tidak boleh katakana anda tidak redha. Kerana,redha adalah benda didalam hati, tetapi boleh dilihat dari segi zahir perbuatan. Jika di dalam masalah fiqh, boleh rujuk kitab-kitab fiqh dalam bab muamalat.


Sebagai contoh, ingin saya nyatakan, hukum jual beli tanpa ijab qabul(bai’ ta’athi). Ulama kata cukup sekadar perbuatan untuk menunjukan redha. Dan jual beli adalah sah.


Contoh lain yang mudah dalam bab jual beli ialah, Ali mengatakan kepada penjual dia tidak redha duit dia diambil. Tetapi pada masa sama dia telah menggunakan barang yang dibeli itu. Perbuatan itu telah menunjukan dia telah redha. Kalau dia tidak redha, kenapa dia masih lagi menggunakan barang itu?


Dalam isu ini, jika anda katakan bahawa anda tidak redha, kenapa anda turut berBBQ?Kenapa anda turut serta dalam majlis makan malam? Kalau begitu anda perlu memulangkan kembali makanan yang anda makan. Kalau tidak redha, anda tidak perlu ke program. Ambil sahaja kembali duit tersebut maka, selesailah.


Anggaplah bayaran program Hari Keluarga itu adalah seperti yuran penyertaan. Sesiapa yang ingin menjadi peserta sila bayar.


Sebagai contoh lain, saya menganjurkan Seminar Fiqh. Sesiapa berminat ingin menjadi peserta, sila bayar sebanyak JD2. Tiba-tiba ada seorang datang berjumpa dengan saya setelah habis seminar, mengatakan dia tidak redha duit yang dia bayar. Adakah alasan ini boleh diterima? Saya rasa tidak ada seorang pun di dunia ini yang membayar dan kemudian dia menggunakan manfaatnya, namun tiba-tiba dia mengatakan dia tidak redha.


Kalau isu redha dibangkitkan, maka tidak selesai. Saya rasa seluruh AJk ingin juga menuntut hak redha mereka buat kerja. Redhakah mereka menghabiskan masa, tenaga tanpa dapat balasan duniawi apa pun?


3) Berdasarkan dalil umum ini:Firman Allah S.W.T:

(وأمرهم شورى بينهم)

( وشاورهم في الأمر)


Berdasarkan dalil ini Imam Ibn Hazm mengatakan wajib mematuhi keputusan syura.


Pendapat saya adalah perlu untuk menghormati keputusan mesyuarat. Tidak bermakna kita menghormati keputusan mesyuarat ,kita tidak boleh bersuara. Iya, kita boleh bersuara, tetapi menggunakan saluran yang betul dan secara berhikmah. Pimpinan bukanlah MAKSUM, bukanlah orang yang tidak membuat kesalahan. Gunakan medium perantaraan yang betul barulah bersikap profesional. Pada pendapat saya, dengan memaparkan di laman sosial yang mana dapat dibaca oleh orang di seluruh dunia, bukanlah tindakan yang tepat. Mungkin akan mengguriskan hati segelintir pihak tertentu.


Saya anologikan tiadalah gunanya mengecat pintu (niat untuk mencantikkan), tapi akhirnya pintu itu tidak dapat digunakan kerana rosak. Samalah juga dengan tiadalah guna niat kita yang baik untuk menegur demi kebaikan PERMATA, tetapi mengeruhkan lagi keadaan seperti timbul fitnah, tidak bertegur sapa, dan lain-lain.Itu lah benda yang paling saya takuti dan saya fikirkan hari-hari bagaimana untuk hindari!Begitu susah abang-abang terdahulu membina konsep ukhuwah,sehingga terkenal Mu’tah adalah tempat yang paling ukhuwah dan disegani oleh semua.Sehingga terkenal di Syria.Jangan hancurkan binaan dan asas yang telah kukuh ini,tapi kukuhkanlah lagi binaan.


Cadangan saya untuk pimpinan PERMATA sesi akan datang, sediakanlah ruang yang betul untuk ahli meluahkan komentar dan cadangan demi kebaikan PERMATA. Namun biarlah pimpinan sahaja yang mengetahui. Ini sekaligus dapat meraikan komentar ahli dan mencantikkan lagi PERMATA. Jika perlu jawab, maka jawablah dengan cara yang tepat dan juga berhikmah.


Saya memuji tindakan kalian untuk cuba menegur kerana bagi kalian itu adalah kesalahan yang tidak boleh dilakukan. Alf mabruk, syukran 'alaikum jami’an.


Ini kerana bagi saya lebih baik berterus terang supaya tiada orang makan hati dan terus menerus mengkritik tanpa asas yang baik dan meninggalkan kebencian. Ini satu perubahan yang baik dalam pengurusan organisasi yang matang .Ini merupakan satu fenomena baru dalam PERMATA, berani berterus terang dan memberi kritikan terbuka kepada kepemimpinan dalam PERMATA.Supaya orang di atas tidak lena dibuai mimpi dan syok sendiri,dan orang dibawah mempunyai hak bersuara menuntut kebenaran.Sekali lagi saya puji kalian,dan adik beradik ahli PERMATA.Satu perubahan saya nampak agak positif di dalam persatuan kita!!!


Saya ingin tegaskan sekali lagi, ini hanyalah pandangan peribadi saya. Bukannya daripada adik-beradik pimpinan yang lain. Sekali lagi saya memohon kemaafan atas semua yang terjadi ini. Saya mohon sangat-sangat perkara ini tidak dipanjangkan lagi. Jika anda ingin menuntut wang anda kembali, silakan.


Saya mengimpikan PERMATA sebagai sebuah persatuan yang matang serta dapat dicontohi oleh persatuan-persatuan lain di Jordan khususnya, dan di negara-negara Timur Tengah lain amnya. Mungkin suatu hari nanti, PERMATA memiliki aset yang cukup untuk ahlinya seperti PUSKMA yang besar, didalamnya ada ruang untuk kelas-kelas pengajian, maktabah untuk rujukan pelajar, dan koperasi untuk BE. Mungkin juga kelak, PERMATA memiliki dana sendiri yang cukup untuk menjalankan program yang bermanfaat. Juga mungkin, ukhuwwah yang terjalin sesama ahli semakin erat bagaikan aur dengan tebing.


Saya nasihatkan semua Ahli Permata,bacalah objektif penubuhan PERMATA kenapa ia ditubuhkan dan apa tanggungjawab ahli?


Sejarah PERMATA ditubuhkan kerana ukhwah, jika 11 tahun dulu PERMATA ditubuhkan untuk menjadi pusat ukhwah kerana di Mutah ni bnyak sangat group2,fikrah-fikrah yang berlainan sehingga berpecah belah sesama mereka.Alhamdulillah, PERMATA melalui banyak sangat kisah dan peristiwa mencorak ahlinya dengan pelbagai isu dan peristiwa.Sehinggakan mesyuarat AGM pada satu ketika dahulu hanya tidak sampai 10 orang yang hadir!!!!Cuba anda bayangkan!!! Itu kisah2 yang saya dapat dengar dari senior2 Mutah yang ada masa penubuhannya.


Tempoh 11 tahun banyak mematangkan keluarga PERMATA dalam mengorak perubahan mengikut zaman. Kematangan makin jelas. Kepada pimpinan PERMATA dahulu,sekarang dan akan datang,teruskan berdialog dengan ahli, menerima kritikan dan membalas kritikan dengan baik, terus berkongsi pandangan.


Sekali lagi saya tegaskan semua impian saya ini tidak akan terlaksana kecuali memiliki ahli PERMATA yang ringan tulang membantu beban PERMATA mencari dana serta menegur pimpinan dengan hikmah jika ada kesalahan.Cintailah PERMATA kerana terus terang dari saya,persatuan inilah yang banyak membentuk pemikiran saya,mematangkan lagi fikiran dan idea saya.Terima kasih PERMATA.


Akhir kalam,saya mohon seribu kemafaan kepada semua ahli PERMATA khususnya sepanjang sesi pentadbiran saya sebagai BENDAHARI AGONG sesi 2010/2011.Dan juga mohon kesempatan ingin meminta maaf kepada semua sahabat yang pernah memasuki kelas akademik yang diajari oleh saya selama 2 tahun sepanjang penglibatan saya sebagai tutor.




Wallahu'alam.

Sekian Wassalam

Azmir Azri Ahmad,

Bendahari Agong PERMATA 2010/2011

2 comments:

Ahmad Syakir Bin Mohd Nassuruddin said...

Terima kasih banyak mer...... Jasamu tetap akan dikenang

May 16, 2011 at 7:48 AM
Musafir Lalu™ said...

terbaik...

May 19, 2011 at 10:38 AM

Post a Comment

 

2009 ·AWE-DONDE by TNB