SALJI DI UNIVERSITI KU

SALJI DI UNIVERSITI KU

AWE-DONDE

AWE-DONDE

جامعه مؤته

جامعه مؤته

KULIAH SYARIAH MU'TAH

KULIAH SYARIAH MU'TAH

Financial Solution : Murabahah -Tawarruq satu penyelesaian

Wednesday, January 2, 2013



Bismillahirrahmanirrahim.



Muqadimah
Terpukul dengan diri sendiri apabila membaca satu petikan ‘blog yang tidak di update ibarat pokok yang sudah mati’. Sudah lama tidak menulis sememangnya begitu kaku untuk menaip balik. Rasa ilmu didada tidak mencukupi untuk menulis, tambahan pula sibuk dengan urusan pejabat (selebihnya lagha) urusan duniawi dan kesibukan di Kota Metropolitan di KL.

Walaubagaimanapun, semangat untuk menulis kembali apabila saya mendapat feedback yang baik daripada pembaca rata-rata yang membuat search Shariah ataupun Islamic Banking. Menghantar email kepada saya untuk membuat research academic, malahan ada yang hantar email meminta nasihat untuk masa depan pelajaran anak-anak, terutama ramai yang memilih bidang Islamic Banking, ingin menjadi Penasihat Shariah kerana rata-rata beranggapan peluang begitu cerah di dalam Islamic Bank. Yang paling teruk ada yang terus bertanyakan tentang gaji dan imbuhan bekerja sebagai Penasihat Shariah yang semestinya menimbulkan kurang senang buat saya.

Nasihat saya belajar kerana ‘ilmu’ dan sematkan dalam diri untuk berdakwah dan berkorban untuk ummah demi menyelamatkan manusia daripada dosa ‘riba’ bukan hanya ingin mengejar wang dan populariti semata-mata.


Islamik Bank itu Zalim

Sangat sedih apabila agamawan, malahan penceramah yang tersohor yang mempunyai bilangan pengikut dan pengaruh yang ramai begitu prejudis dan mengkritik tentang Islamic Banking! Biasanya saya hadiri ceramah-ceramah ataupun kuliah-kuliah maghrib ada  dalam kalangan mereka mengkritik, mencela, menakut-nakutkan orang ramai tentang Islamic Banking. Sangat sedih malahan kecewa tatkala pembela Islamic banking bersusah-payah menyedarkan orang awam, mereka yang berilmu pula menyebarkan dakyah menyebabkan orang awam terus bergelumang dengan dosa riba. Pantauan pematuhan Shariah (Shariah Compliance) oleh pegawai-pegawai Shariah yang berkelulusan, dimantapkan pula oleh piawaian daripada Bank Negara (Shariah Governance Framework) dan lain-lain lagi sudah cukup untuk kita yakin bahawa Islamic Banking yang ada sangat terbaik dan merupakan satu jalan alternatif yang jitu daripada menjerumuskan diri kita kepada dosa RIBA.


Pembukaan

Maklumat ini saya update sebagai ilmu tambahan kepada pelajar Syariah Fiqh Wa usul khususnya di Muktah kerana saya pasti apakah sukatan pelajaran bagi Universiti lain seperti di Universti Yarmpuk dan lain-lain.Sengaja saya kongsikan maklumat dari segi istilah sahaja tanpa perbahasan Ulama’ secara terperinci kerana ingin memberikan peluang dengan kesungguhan cintakan ilmu mencari sendiri dari kitab-kitab disamping bertanya kepada pensyarah-pensyarah di Jamiah. Diharap juga Kelab Darul Ifta’ di Muktah juga membuka tajuk Maliah Muasirah sebagai perbincangan akademik sebagai salah satu acara perbincangan. Ini kerana tujuan saya ingin menampung lompong-lompong sukatan pelajaran yang tiada di Universiti Muktah supaya kalian yang ingin terjun sebagai Pegawai Shariah tidak merasa terkejut dengan maklumat-maklumat baru yang mungkin tidak diupdate.
Kemungkinan artikel ini lebih akademik, dan sebahagian pembaca akan kurang memahami. Produk ini sebenarnya merupakan altanetif / jalan keluar setelah Jumhur Ulama’ mengaramkan Bai’ Innah. Produk ini merupakan satu produk yg sangat penting untuk pelanggan yang memerlukan cash.

Apa itu Murabahah Tawarruq?

Tawarruq berasal daripada perkataan “wariq” yang bermaksud kertas ataupun dirham yang diperbuat daripada perak.Jika dirujuk kepada istilah penggunaan sekarang bermaksud duit kertas yang diguna pakai sekarang sebagai medium pertukaran zaman ini.

Transaksi ini dipanggil Tawarruq kerana ketika membeli aset tersebut secara kredit, pembeli tidak berniat untuk menggunakan atau memanfaatkannya, tetapi hanya ingin menjualnya semula bagi memperoleh wang tunai (to obtain cash)

Pelanggan pula terbahagi kepada dua iaitu :

1. Pelanggan individu 

2. Pelanggan Syarikah Korporat


Apakah Pembahagian Tawarruq?

Ada tiga pembahagian jenis Tawarruq :

1. Al-Tawarruq Al-Fardhi (Tawarruq on an individual basis)
2. Al-Tawarruq Al-Munazzam (Organised Tawarruq)
3. Al-Tawarruq Al-Masrafi (Banking Tawarruq)


Bagaimanakah konsep Tawarruq dari segi aplikasi Institusi Kewangan Islam (IFI)  Islamic Financial Institution?

Ianya terbahagi kepada dua iaitu :

1. Deposit :Pelanggan meletakan duitnya di bank.
2. Pembiayaan (Financing) :Pembiayaan sesuatu projek,ataupun pelanggan memerlukan cash daripada bank.
*Tafsiran bukan dari segi akademik tetapi sekadar untuk menyenangkan pembaca =P


Produk Deposit Berasaskan Tawarruq

Mekanisme deposit Murabahah Tawarruq yang dicadangkan adalah seperti berikut:

1. Pelanggan melantik Institusi Kewangan (bank) sebagai wakil untuk membeli komuditi logam daripada peniaga logam A pada harga tunai mengikut harga pasaran.

2. Institusi Kewangan Islam kemudianya membeli daripada pelanggan komuditi logam tersebut secara belian tangguh pada harga kos ditambah dengan margin keuntungan dan

3.  Selepas itu,Institusi kewangan Islam kemudian menjual semula komuditi logam tersebut kepada peniaga logam B pada harga tunai dalam pasaran komoditi logam.

Hasil daripada urus niaga di atas, institusi kewangan Islam akan menanggung liability (amaun kos komoditi ditambah margin keuntungan) untuk dibayar kepada pelanggan pada tempoh matang (maturity). Harga komoditi yang dibeli daripada peniaga logam A dan harga  dijual kepada peniaga logam B adalah sama.


Produk Pembiayaan(FINANCING) berasaskan Tawarruq?

1. Institusi kewangan Islam membeli komoditi logam daripada peniaga logam A secara tunai dalam pasaran komuditi logam yang diiktiraf.

2. Institusi kewangan Islam menjual komoditi logam tersebut secara kredit  pada harga kos ditambah dengan margin keuntungan dan ;

3. Pelanggan melantik Institusi Kewangan Islam sebagai wakil untuk menjual komoditi logam tersebut kepada peniaga logam B secara tunai dalam pasaran komoditi logam.

Ringkasanya: Jualan secara tunai daripada pelanggan kepada peniaga logam B akan membolehkan pelanggan mendapatkan amaun untuk tujuan pembiayaan.

Manakalah jualan secara tangguh daripada Institusi kewangan Islam kepada pelanggan akan mewujudkan obligasi (wajib dibayar kpd bank) kewangan yang perlu dibayar oleh pelanggan kepada bank  dalam tempoh yang dipersetujui.


Siapakah yang terlibat dalam transaksi Murabahah Tawarruq?

1. Customer (pelanggan)
2. IFI(Islamic Financial Institution) :Bank, Syarikat Takaful dan sebagainya
3. Penjual Komoditi Logam A dan B.

Jadi, di sana ada tiga pihak yang terlibat dalam transaksi ini.


Apakah keputusan Majlis Penasihat Syariah(MPS)?

Keputusan mesyuarat MPS ke-51 bertarikh 28 Julai 2005 konsep Murabahah Tawarruq adalah dibenarkan.


Apakah dalil dan perbahasan Ulama’?

Pelajar-pelajar yang mencintai Ilmu boleh la merujuk kitab-kitab dan dalil-dalil dan fatwa seperti Syeikh Abdullah b Sulaiman AL-Mani’, Dr Musa Adam Isa, Dr Usamah Bahr, Dar Sulaiman Nasil Al-Ulwan, Dr Rafik Yunus Al-Misri.


Penutup

Sebenarnya, perbahasan tentang tawarruq sudah lama diperbahaskan dan dipraktikan oleh IFI Institusi Kewangan Islam sejak tahun 2005 lagi. Tapi,rujukan ini sengaja dimasukan di dalam blog ini kerana sukatan pembelajaran saya dalam kitab Muamalah Maliah Al-Masrofiah tidak diperbahaskan secara teperinci konsep Murabahah Tawarruq.


Berikut tajuk-tajuk akan saya ulaskan selepas ini jika berkempatan.Wallahualam:

1. Murabahah Tawarruq
2. Ibra’
3. Sukuk
4. Ijarah Mausufah Fi  ZImmah
5. Hibah(Ijarah Thummal Hibah)
6. Ta’widh
7. Wa’adh
8. Gold account
9. Bai’ Urbun


RUJUKAN

1. Resolusi shariah dalam kewangan islam oleh bank Negara
2. Mu’jam Mustalahat almuamalat maliah masrofiah
3. Islamic financial system principles and operations

Azmir Azri Ahmad

Shariah Advisory and Development.

p/s : Maklumat di atas mungkin sama sahaja dengan website-website lain sama ada berbahasa Inggeris ataupun Bahasa Arab.

2 comments:

jay said...

I've seen your blog using google and i must say, this is probably one of the best well prepared articles i have come across in a long time. I have bookmarked your site for more post

Feel free to surf my site
:

Ashafeeq Network dot kom dot mai

February 11, 2014 at 6:08 AM
Unknown said...

Assalamualaikum. Saya nak tanya mengenai aplikasi modal kerja-i (working capital i). Adakah menggunakan konsep tawarruq lebih baik berbanding murabahah atau sebenarnya penggunaan konsep bergantung kepada situasi?

April 25, 2019 at 6:26 AM

Post a Comment

 

2009 ·AWE-DONDE by TNB