Jodoh
-
Dimana saya bercerita dengan IBU.., "ibu, ada seorang kakak ni lawaaaa
sangat. Tapi tak kawin lagi. Umurnya dah 30 tahun. Alim, baik, dah macam
macam usa...
BERKAPEL SATU KEPERLUAN ATAU KEHENDAK??
Wednesday, April 8, 2009
Tidak mempunyai teman wanita (girlfriend) adalah LEBIH SELAMAT bagi lelaki kerana boleh mengelakkan zina. Maaf kerana terpaksa menghebahkan walaupun melawan arus bahawa teman wanita (girlfriend) bukan dari budaya kita. Budaya girlfriend di mana saja hanya menjatuhkan martabat dan maruah kaum perempuan. Hanya berpegang kepada agama kita akan selamat sepanjang hidup dunia akhirat.
adakah berkapel satu keperluan@hanya keperluan@sajer2?jom kita pakat tengok...
antara perkara 'keburukan' berkapel..
1.PERSAHABATAN HANCUR DISEBABKAN CINTA...MENGAPA??
-prknalan atas dasar shbat berubah kpada cinta
-sesetengah drpada kita rela bergaduh dengan geng sendiri kerana cinta samaada merebut pasangan kekasih@mgkir janji dengan kwan koz dah janji ngan kekasih dll.
2.MEMBAZIR MASA@WANG KERANA MELABUR KEPADA BENDA YANG BELUM TENTU LAGI MENJADI MILIK KITA
-melaburkan wang@masa kepada pasangan kekasih samaada membeli hadiah mahal2..sedangkan kita sndri bnyak hutang@pokai...
-membeli prepaid sekurang2 rm10 smggu@lebih lagi..kalau duit tuh cube sedekahkan kat masjid ke..tentu berat tangan nak hulur..tp,kalau nak beli topup nak hulur kat akak kedai prepaid koz nak kol awek malam neh..pergh~tentu ringan jer rm10 tuh kan?
-membazir 'masa' lapang dengan ber sms benda2 yang xberfaedah seperti; 'syg dah mkn?'@'abg sihat?'(benda yg xsepatut dipersoalkan)
-membazir ‘PERASAAN’ menyayangi kekasih lebih drpada sepatutnya..kerana sepatutnya kasih perasaan kita tu kena bagi kepada allah,rasulullah,ibu bapa..bukan kepada buah hati kita..yang menyebabkan apabila berpisah@clash jadilah perkara2 berikut….
*emosi xstabil mungkin mejejaskan pelajaran,
*menjadi murung
*menangis sendirian(bazir masa)
*xlalu makan dll…sehingga menyeksa diri..ada kes sampai bunuh diri sebab putus cinta..xke seksa diri camni?
*sedih sampai lupa kpada allah
3.BANYAK TERMENUNG INGATKAN PASANGAN KITA
-sepatutnya banyak ingatkan mati,bukan awek ke balak ke?…memang lah senyum itu sedekahkan?tp kalau snyum sorang2 depan henfon bkan sedekah,tp padah..(sbab org kata giler ke bdak ni?snyum2 depan cermin@henfon sebab perasaan cntk ke,ape ke)…hehe
4.TERJADINYA ZINA!!
-bile dah keluar dating pegang2 tangan..ape lagi kan?dah mula naik minyak r..yg jantan macam kerbau hilang anak,yang betina plak macam ular sawa nak bertelur,berbelit2..dah nak mengatal…(xsume tp sesetengah jerk kan?)..lpas tuh??pergh…lu pikey lah sendri..hak8
-terjadi kes buang anak,tengah2 belajar dah mengandung macam2…
-terjadi zina telinga,mata,hati dan lain2..
-kalau kite baca surah al-israk ayat 32,juzuk 15.allah melarang jangan kita hampiri zina..kalau bagi alasan camni; (‘I kapel gitu jer,mana ada zina..panas2 camni jer,xbuleh ker??’)(‘alaa,skadar kiss bukanye ape,korang kolot laa??’)yang baik sikit,(saya xsentuh ape2 pun..cume skadar tgk2 dia jer,borak2 kosong..kalau pegang pun sikit jer’)…..Emm,alasan2 macam tuh seringkali kite dengar..tp,diorang xbaca quran ker?jangan hampiri,bukan berzina..bahkan nak hampiri pun dah xbuleh..kalau panas2,kiss sajer2 ker…dah termasuk larangan allah ker neh?emm..rasa2 budak Pra,tadika buleh jwab…hehe
TAPI,saya xkatakan berkapel nix de manfaat..ada jgk kan?kerana setiap keburukan ada kebaikan jgk kan..(xtawu r btul x statement ni)..ok,kita cube senaraikan..
Antara perkara yang ber'manfaat' bila ber'couple':
1) Seronok (dapat fitnah)...
2) Seronok (dapat dosa)...
3) Seronok (dapat geng dengan syaitan)...
4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH kan ada)...
5) banyak habis duit (lebih baik guna untuk bersedekah)...tak kurang juga yang habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yang melambung setiap bulan...
6) Banyak risau (takut awek org lain kebas...berapa kali dah miss solat pasal asyik berdating...tak pulak risau!)...
7) Banyak termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dengan awek...kita sebagai muslim patutnya banyak mengingati MATI yang boleh datang pada bila-bila masa)...
Lebih mengutamakan awek daripada org lain (hidup dalam dunia sendiri, dia dan awek dia sahaja....yang lain dah tak kisah.)...
9) Menepati masa dan janji (takut awek marah...sembahyang fardhu lewat tak takut pulak)...
10) Lain-lain lagi yang memberikan faedah dalam menambah saham DOSA daripada saham PAHALA...
KESIMPULANYA……kebaikanya lebih baik daripada keburukan kan?boleh tak saya kiaskan perkara ni sama sperti allah haramkan arak..tidak dinafikan,arak ni ada gak kebaikan,seprti dapat panaskan badan musim sejuk,dll lagi..sbgaimana allah berfirman lebih kurang maksdnye,’KATAKANLAH WAHAI(MUHAMMAHAD) PADANYA ARAK ADA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KEPADA MANUSIA.TP,KEBURUKANYA LEBIH BNYAK DARIPADA KEBAIKAN’..sebab itulah arak diharamkan oleh allah s.w.t
So,kalau kite dapat fikir sndri kiasakan kapel ni sama ke x dengan pengharaman arak,iaitu keburukan lebih bnyak drpda kebaikan?camne??kata nabil,lu pikey lah sendiri dengan aqal dan fikiran waras,bukan dengan topi keledar.hehe..ingatlah orang tersayang…(bukan kekasih,tp nabi Muhammad s.a.w)..salam~
Related Posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam,.
May 12, 2009 at 7:40 AMbagus3!~
i like this post!
keep it up..:)
td baru ingat nak buat tajuk ni,tp bila search google,dh ade org buat rupenye.keep it up:)
October 12, 2011 at 4:15 AMPost a Comment