Islamic Finance merupakan satu industri yang berkembang pesat dan membangun sekarang ini. Dengan perkembangan yang sangat pesat dengan kadar (15-20%) setiap tahun bukan sahaja femomena ini berlaku di Negara Timur Tengah, tetapi juga Islamic Finance mula berkembang di negara Majoriti Muslim. Dengan kesedaran Umat Islam tentang bahayanya riba setelah melihat kejatuhan Sistem Ekonomi Kapitalis yang diperkenalkan oleh barat membawa kepada keruntuhan Institusi Kewangangan berasaskan riba dan muflisnya Bank-bank besar di Barat seperti Washington Mutual, HBOS, Lloyds TSB, Standard Chartered, Abbey dan Nationwide Building Society dan lain-lain lagi.. Sekarang Industri Kewangan Islam sudah mula memasuki dunia Eropah seperti British, French dan German. Dan mula mengorak langkah ke negara China dengan transaksi kewangan di sana bernilai beratus juta dalam sehari. Dan juga India merupakan Negara ke 2 terbesar Umat Islam di dunia selepas Indonesia dengan anggaran 150 million orang penduduk. Dari segi kekuatan ekonomi negara India merupakan negara yang paling pesat kadar pertumbuhan Ekonomi di dunia dengan populasi melebihi 1.3 Billion.
Bank-bank konvesioanal pula sudah membuka “window” Islamic. Walaupun konvesional tetapi membuka satu cabang Islamic Bank dan menawarkan produk Islamic Bank dalam bank mereka. Faktor inilah yang memerlukan tenaga pakar Syariah yang mahir mampu membantu di dalam dunia Perbankan Islam.
Keperluan Pakar Shariah
Itulah hakikatnya walaupun dikritik oleh sesetangah pihak mengatakan Bank Islam menindas, sama sahaja dengan konvesional dan bermacam-macam lagi.Tetapi bagi saya apa guna kritikan tanpa membina? Apa guna menghalang tanpa memberikan jalan keluar atau dalam istilah fiqh “fiqh badil” yang bermaksud Alternatif. Teringat lagi ketika mula hendak memasuki dunia bank Islam ramai yang menghalang saya dengan mengatakan jangan menjerumuskan diri kepada dosa….
Apa yang saya ingin sebut di sini ialah dengan perkembangan pesat industri kewangan Islam ini, secara tidak langsung memerlukan cendiakawan yang memahami Fiqh Muamalat secara mendalam. Memang betul, betapa ramainya graduan berijazah Syariah Fiqh pada tiap-tiap semester. Tetapi berapa ramaikah yang betul-betul memahami dan mampu praktik apa yang dibelajar? Jika ramai pun, lahir juga pelajar yang ‘kaki’ menghafal tanpa faham, tidak kreatif serta kurang dinamik di medan universiti dan tidak efisyen di dalam dunia kerjaya. Hasilnya, berterusan Malaysia menghadapi masalah kekurangan tenaga mahir, kreatif, inovatif dalam pelbagai bidang, sama ada agama, sains dan teknologi, ekonomi dan sebagainya.
Kebimbangan ini disuarakan oleh Executive Director of the Malaysia –Based International Shariah Research Academy for Islamic Finance.
“Kita kekurangan Pakar Syariah yang mampu mengisarkan di antara Teori Usul Fiqh dan pengetahuan Fiqh dan dari Segi Aspek Praktikal."
Apakah Persediaan?
Mungkin tidak layak untuk saya menyenaraikan apakah kritiria-kritiria yang perlu ada dan sebagainya. Kerana saya bukanlah seperti otai-otai Industri Bank Islam seperti Ustaz Zaharudin, Dr Ahmad Ludin, Dr Halim, Dr Daud Bakar Ustaz Suhaimi dan lain-lain nama-nama besar dalam Penasihat Syariah kerana saya hanyalah insan lulusan Ijazah Shariah mentah lagi dalam dunia bank.
Tetapi setelah saya sendiri menceburkan diri di dalam industri perbankan ini saya dapati kelemahan yang ada pada saya dan beberapa feedback dan komen daripada Mentor-mentor dan Boss saya yang telah lama dalam Industri Perbankan ini. Berikut merupakan persedian-persediaan kecil bagi sahabat-sahabat saya berijazah Syariah yang berminat memasuki Dunia Perbankan Islam:
1. Kemahiran Komunikasi (Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab)
Kelemahan utama Pelajar Syariah ialah kemahiran Bahasa Inggeris disamping lemahnya Bahasa Arab. Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi untuk ada berurusan dengan dunia bank pada setiap hari. Disamping perlunya menguasai istilah Ekonomi tentunya dalam Bahasa Inggeris. Dan semua dokumen yang perlu di review diperiksa ialah dalam bentuk Bahasa Inggeris. Kelemahan ini merupakan satu faktor besar jika anda memasuki dunia bank. Anda akan terkapai-kapai merangkak-rangkak cuba memahami istilah-istilah dalam dunia Bank. Jika anda tidak kuasai maka memberi kesan kepada kerja anda. Kerja anda akan menjadi lebih tidak efisyen, tidak dinamik dan akan menjadi putus asa. Akhirnya anda keluar dari industri ini. Jadi bagaimana penyelesaiannya?
Mulakan cari Istilah dan fahami ekonomi sebaiknya. Contoh jika belajar Fiqh Maliah Mu’asirah. Cuba terjemahkan istilah kedalam English. Contoh mudah seperti Sukuk, Bond, Capital Market, Ijarah (lease) dan sebagainya. Cuba biasakan diri dengan istilah Finance dan buka minda anda semasa belajar Fiqh. Cuba fahami fiqh dari segi dimensi praktikal.
Bahasa Arab mungkin pelajar kita di Jordan merasa berada di Kayangan dan hebat. Iyelah kerana belajar di Jordan (ataupun Universiti Timur Tengah lain) kami kan belajar dalam bahasa arab, bercakap arab, makan makanan arab, confirm la pandai cakap arab!!! (tangan di dada mata ke atas).. Tetapi hakikatnya adakah anda betul-betul menguasai bahasa ini? Cuba uji diri anda bercakap dalam bahasa arab fasohah secara spontan? Contoh soalan ceritakan diri anda dalam Bahasa arab selama 5 minit? Cuba anda terjemah kitab turath dan kitab moden (muasirah) hanya satu muka surat? Mampukah anda? Jika anda tidak mampu sila tingkatkan bahasa arab anda! Jangan terasa anda sudah hebat bahasa arab padahal hakikatnya tidak mampu. (*minta maaf terpaksa guna dalam bentuk bahasa kasar kerana ingin menyedarkan kelemahan sesetengah daripada puak-puak kita)
2.Kerja Lebih Masa
Mungkin sudah terbiasa semasa dunia belajar waktu kita lebih fleksibel. Apabila masuk dimensi kerja waktu kita terbatas. Biasa sebagai bankers pulang lewat malam dengan kerja yang bertimbun perlu disiapkan dalam masa yang cepat. Jika lambat maka customer akan beralih ke tempat lain. Itulah tekanan perlu dihadapi. Anda perlu memahami sedikit sebanyak bagaimanakah dunia business. Tidak bertindak sebagai professor sahaja tetapi mehami kehendak dalam dunia business…. Cuba buang sikap bertangguh dan tidak memahami dunia business yang memerlukan kecekapan dan cepat dalam menentukan keputusan. (ini merupakan komen dan feedback daripada Mentor saya di Commercial Bank dan Retail and Consumer Bank)
3. Pengetahuan Am
Mempunyai pengetahuan bagus tentang Shariah Law (prinsip-prinsip Muamalat) dan sebagainya seperti Loan Documentation, Company Law or law related to Banking. the Development and Financial Institution Act (DFIA). Companies Act 1965, Anti-Money Laundering & Anti-Terrorism Financing Act 2001 and the regulatory requirements (GPs) by the Central Bank, Bank Negara Malaysia. Memahami condition didalam contract financing dan banyak lagi..
Untuk memahami semua itu memerlukan masa bagi kita kerana tidak mempunyai latarbelakang bank. Tetapi dengan bantuan “pakcik Google” Insyaallah dapat sedikit membantu anda. Dan yang paling penting anda perlu tahu secara am rujukan kitab-kitab fiqh samaada turath dan kotemporari. Sebagai contoh rujukan daripada kitab Syafie apa, Hahafi apa? Kitab Usul fiqh apa? Bukan hanya tahu kitab ‘Fiqh Adilah” oleh dr Wahbah Zuhaili sahaja ye? Rujukan-rujukan asas perlu diketahui dengan rajin-rajinlah singgah ke Maktabah. Paling malas pun pergi tempat carian kitab. Cari, salin dan hafal nama-nama kitab bersama pengarangnya. Itu sudah memadai. Ini saya buat semasa zaman belajar dahulu. Mengenali kitab, tanam dalam hati perasaan cintakan kitab. Pergi maktabah sekurang-kurangnya anda membelek isi kandungan di M/S belakang. (Fahros) sudah mencukupi. Hafalah Qawaid-qawaid fiqhiah berkaitan dengan muamalat sebagai contoh “Qardh Jarra fihi Manfa’ah Fahuwa Riba” dan lain-lain.
Lagi baik jika persatuan-persatuan Mahasiswa seperti PERMATA menganjurkan Seminar Kewangan Islam dan memberikan sijil kepada peserta-peserta.Ini dapat membantu anda meyakinkan bank untuk melantik anda sebagai pegawai Syariah mereka. *cdangan kepada kepimpinan PERMATA
5. PERANCANGAN TELITI DAN KEMAS
Sangat penting perancangan hala tuju anda selepas ini. Bukan hanya merancang untuk berkahwin sahaja ye?!! Rancanglah halatuju masa depan anda. Anda tidak boleh menyatakan "...alaa xpe belajar dulu… Rilexla, nanti dah habis baru nak pikey..." Sikap ini merupakan sikap orang yang gagal. Gagal merancang bermakna anda sudah kalah!! Ini berdasarkan pengalaman saya dan kawan-kawan saya yang menyatakan sikap demikian. Sebagai contoh rancangan yang mudah sentiasa kemaskinikan “resume” anda. Cuba fikir hala tuju selepas tamat belajar. Jika ingin menjadi peniaga fikirkan apakah perniagaan itu, modal berapa? Jika ada masa saya akan tulis bagaimana perancangan yang kita perlu….
6.CONFIDENT DAN POINTER YANG TINGGI
Faktor mempuanyai pointer (muaddal) yang tinggi hanyalah faktor tambahan untuk bersaing merebut tempat didalam Bank. Kerana ketika temuduga ini hanyalah advantage anda berbanding calon temuduga yang lain. Saya kongsikan pengalaman bagaimana saya terpaksa bersaing dengan calon-calon temuduga lulusan daripada Amerika, UK dan tidak kurang juga saingan daripada Universiti Tempatan yang kebanyakan mempunyai sijil latihan daripada Bank Negara. Jadi kepada sahabat-sahabat yang masih ada peluang untuk menaikan pointer (muadal) anda usahalah dengan lebih gigih!! Pastikan subjek-subjek seperti Muamalat, Maliah Muasirah dan Qadhaya Fiqhiah Muasirah dan subjek-subjek Usul Fiqh yang lain anda kuasai dengan komprehensif confident dan tenang ketika menjawab soalan penemuduga seperti diajukan soalan-soalan provokasi. Saya disoal lebih kurang begini: “Saya merupakan boss di sini. Jika saya buat salah dan menyalahi prinsip Syariah Muamalah dan adakah anda ingin menegur saya? Walaupun risiko dibuang kerja? Walaupun Financing yang dibuat berjuta-juta dan akan membuat bank kerugian apakah anda masih teguh dengan prinsip anda? Jawapan anda bagaimana?? ”Saya memilih untuk teguh mengatakan haram jika haram. Walaupun dibuang kerja.." Itulah jwapan saya rasa terbaik untuk jawab…
Penutup
Jika ditulis kesemua ciri-ciri mungkin tidak mencukupi.Tetapi hanya sekadar berkongsi pengalaman dengan sahabat-sahabat. Walaupun rindukan balik Jordan, merasai suasana belajar tetapi itulah kehendak kadang-kadang tidak semua dapat dipenuhi. Berharap dapat membantu sahabat-sahabat terutamanya yang baru tamat dan bergelar Graduan Ijazah!!! Selamat Berjaya ~weee~
Semoga ini dapat memberikan motivasi dan pengalaman kepada adik-adik sahabat sahabat saya di Jordan tertumanya. Dan kepada sahabat-sahabat saya yang berminat menjadi pegawai Eksekutif Syariah di sektor perbankan Islam tetapi terkapai-kapai bagaimana ingin terjun bidang tersebut.
Saya tutup tulisan saya dengan hadis:
Nabi Muhammad s.a.w bersabda :-
إن الله عز وجل يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه
Ertinya : Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai seseorang kamu apabila ia melakukan sesuatu kerja, ia sentiasa memperkemas dan menekuninya" (Riwayat At-Tabrani, terdapat komentar terhadap seorang perawinya iaitu Mus'ab bin Thabit, Ibn Hibban men ‘thiqahi'nya , dan majority melemahkannya)
Menurut sebuah hadis sohih pula :-
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ على كل شَيْءٍ فإذا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وإذا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أحدكم شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
Ertinya : "Sesungguhnya Allah s.w.t telah mewajibkan al-ihsan (professional, ketekunan dan ketepatan) dalam semua kerja, maka apabila kamu ingin berburu maka perkemaskan perburuanmu, apabila kamu ingin menyembelih maka perelokkanlah cara pemyembelihanmu, hendaklah ditajamkan alat sembelihanmu agar dapat merehatkan binatang yang disembelih" ( Riwayat Muslim, 3/1548 )
Sekian, Wassalam. Wallahualam.
Best Regards,
AZMIR AZRI BIN AHMAD
Shariah Division
Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
e-mail: azmir.azri@kfh.com.my
9 comments:
perkongsian y sgt menarik buat student syariah!
January 13, 2012 at 3:16 PMsyukran akh..
subhanallah...ya salam mabruk ya ustaz azmir..
January 13, 2012 at 6:22 PMperkongsian yang bagus..syabas azmir
February 6, 2012 at 12:00 PMwahhh , syukran akhi , baru terbuke sket dade nie na plih bidang ape if ade rezeki pg jordan nnt , huhu
April 7, 2012 at 8:11 AMsalam. tumpang tanya. sy baru sudah tamat degree dalam perakaunan, concentration in islamic accounting. dalam masa terdekat ni insyaAllah sy ada interview d KFH. Boleh sy tau sdkt sebanyak prosedur sesi temuduga,& memang kena cakap arab ke masa interview?
August 26, 2012 at 1:22 PMsalam nak tanya..saya dpt smbg blajar kos kewangan dan perbankan islam.adakah bemaksud sya perlu tahu bahasa arab.??
July 11, 2013 at 4:31 PM(Viral). Terbukti. Duduk Diam Dapat Duit. Peluang Pelaburan International Platform. Modal RM 4,600 Potensi Pendapatan RM 600,000
May 24, 2017 at 6:34 AMProfit Investment USD 1,000,000 Dalam 6 Bulan. WhatsApp utk Bukti.
Assalamualaikum,
Channel dicipta untuk sesiapa yang berminat untuk Short Term Investment ( Min. 3 Tahun) walaubagaimanapapun withdrawal boleh dilakukan pada bila2 masa.
Mengapa saya sarankan Minima 3 tahun?
Mari lihat potensi investment anda....
>> Investment at joining USD1,000 ....
>> Investment grow by 2 times within 6 months (USD 2,000)
>> Investment grow by 4.65 times within 12 months (USD 4,650)
>> Investment grow by 10.76 times within 18 months (USD 10,760)
>> Investment grow by 24.89 times within 24 months (USD 24,890)
>> Investment grow by 57.57 times within 30 months (USD 57,570)
>> Investment grow by 153.15 times within 36 months (USD 153,150)
Bayangkan....USD1000 pada bulan permulaan menjadi USD 1000 x 153.15 pada bulan 36 = USD153,150 = RM658,545
Pelaburan adalah berasaskan Forex Trading Platform.
Bagi sesiapa yang selalu LOSS dalam berdagang FOREX, Ini peluang terbaik untuk anda. Dengan Follow Trader Profesional ,anda meminimumkan LOSS dalam berdagang dan Profit 15% ke 25% Sebulan.
Trader ini adalah Professional Trader dari Rusia yang telah trade dengan profit keuntungan 15% ke 25% sebulan sejak tahun 2014 lagi. Ramai yang telah jadi jutawan dengan hanya melakukan Copy Trade bersama trader ini.
Berikut adalah catatan keuntungan trader ini sejak 2014. Beliau berjaya kembangkan Modal USD5,000 ke USD255,000 dengan pengetahuan Teknikal Trading yang dimiliki oleh beliau :-
Feb 2014 : 21.35%
Mar 2014 : 18.47%
Apr 2014 : 18.18%
Mei 2014 : 20.01%
Jun 2014 : 16.38%
Jul 2014 : 21.35%
Aug 2014 : 19.31%
Sept 2014 : 18.78%
Okt 2014 : 21.19%
Nov 2014 : 30.00%
Dec 2014 : 25.13%
Jan 2015 : 22.98%
Feb 2015 : 23.53%
Mar 2015 : 31.13%
Apr 2015 : 29.94%
Mei 2015 : 27.27%
Jun 2015 : 22.53%
Jul 2015 : 26.12%
Aug 2015 : 19.83%
Sept 2015 : 24.80%
Okt 2015 : 19.79%
Nov 2015 : 19.79%
Dec 2015 : 14.50%
Profit 2016 : Sila whatsapp saya untuk details.
Anda tidak perlu buat apa2. Just Deposit dan tengok akaun anda GROW setiap hari.
Bagaimanakah RM 4,600 boleh menjadi sehingga RM 600,000 dalam 3 tahun?
Unjuran Keuntungan Modal RM 4,600 = USD 1000 (15% Profit Est Setiap Bulan)
=======================================================
Bulan 0 = RM 4,600.00
Bulan 1 = RM 5,290.00
Bulan 2 = RM 6,083.50
Bulan 3 = RM 6,996.00
Bulan 4 = RM 8,045.40
.
.
.
Bulan 12 = RM 24,611.20
BULAN 13 = RM 28,302.80
Bulan 14 = RM 32,548.20
Bulan 24 : RM 131,675.80
Bulan 25 : RM 151,427.20
.
.
.
====================
Bulan 36 : RM 612,607.40
====================
Ini formula berdasarkan Profit 15% setiap bulan yang dicatatkan oleh Trader Prodesional ini:-
Bayangkan jika anda Gandakan Investment anda kepada RM 46,000 . Ia akan mebawa pulangan sehingga RM 6 JUTA.
Saya akan whatsapp Details Akaun Leader untuk copytrade. Saya juga akan forward Slide Presentation untuk maklumat details.
Whatsapp ke 013-8866725 (MJ ABDULLAH)
Whatsapp ke 013-8866725 (MJ ABDULLAH)
Whatsapp ke 013-8866725 (MJ ABDULLAH)
DAFTAR PERCUMA
IGOFX KL
http://igofx.com/?code=357423
Ramai orang Malaysia yang telah join dan mula profit setiap bulan. Join sekarang untuk masuk ke dalam Grup WhatsApp IgoFx Malaysia.
Whatsapp ke 013-8866725 (MJ ABDULLAH) untuk profit 15% ke 25% Sebulan
kalau kita mengambil diploma syariah islamiah dekat kolej dan buknnya universiti..adakah perkara sedemikian tidak menjejaskan peluang kita utk mndpatkan atau bersaing dgn org lain yg bljar di universiti dlm bidang pekrjaan ini suatu hari kelak?
June 14, 2019 at 7:50 AMadik roushima...akak jwb ya..pd pendpt akak ..tk kisahbljr kt kolej atau uni...nant masa interview depa tgok skill awak brcakap..penyampaian awak..otak awak ni full knowledge atau zero...pandai tak bawak diri...pengalman suami akak sndiri..dia hr comp besar...bila intrview..yg 4.00 dekan tiap sem tu fail tk dpt keje.sbb?masa intview sgtla pasif dan tk reti menjawab..u see??yg dpt keje tu takat 3.5 jer tp dgn skill soft penyampaian dan kmunikasi tu...itu yg dikira plus knowledge dia.....knowledge ni bukan hal dlm buku je...mest tau cmne nak aplly theory dlm buku ke real situation...sbb tu kene byk tau isu semasa..konflik dunia ekonomi dan trend semua...
March 2, 2020 at 2:25 PMsekian..kalau nak akak advice utk bidg bidg pendidikan dan commerce-silakan wsp..011-16930576
Post a Comment