SALJI DI UNIVERSITI KU

SALJI DI UNIVERSITI KU

AWE-DONDE

AWE-DONDE

جامعه مؤته

جامعه مؤته

KULIAH SYARIAH MU'TAH

KULIAH SYARIAH MU'TAH

Pelanggan Yang Diraikan di Masjid

Tuesday, February 2, 2010


Segar lagi dalam ingatan saya,ketika umur dalam lingkungan 7-9 tahun.Saya sembahyang di saf orang dewasa.Lalu,seorang lelaki yang berkopiah saya kira mungkin dia AJk masjid menarik saya ke belakang lalu memarahi saya kerana bersembahyang di saf hadapan bersama orang-orang dewasa.Saya yang pada masa itu masih lagi kecil berasa sungguh kecewa diperlakukan begitu.Pada umur itu,semangat untuk ke masjid berkobar-kobar lalu menjunam jatuh kerana ditegur oleh lelaki tersebut.Dan,baru-baru ini saya melawat ke salah sebuah diantara gereja tertua di dunia yang terletak di Modeba,Jordan.Di sana orang-orang kristian sangat mengalukan-alukan kedatangan kami.Pada mulanya saya juga berasa takut dan mungkin akan dihalau oleh paderi yang bertugas di situ.Sangkaan saya ternyata meleset,malah kami juga dibenarkan masuk,bergambar dan bebas memasuki gereja tersebut.Kawan saya menceritakan pengalaman beliau memasuki gereja di Sarawak.Di sana juga para paderi mengalu-alukan kedatangan pelajar yang ingin tahu pasal agama mereka.Keramahan mereka menyambut tetamu sangat dipuji.Terfikir di benak fikiran saya,begitu hebat cara Kristian berdakwah berbeza benar cara saya dilayan ketika saya kecil saya ingin sembahyang di saf hadapan tetapi dimarahi.Mungkin menyebabkan saya fed-up untuk ke masjid suatu hari nanti.

Saya tertarik dengan tulisan Dr Asri pasal masjid kita KAKU DAN TIDAK MESRA PELANGGAN.Majoriti masjid-masjid di Negara kita yang tidak mesra pelanggan menyebabkan remaja-remaja di Negara kita jemu,tidak tertarik untuk ke masjid.Mungkin kerana servis di masjid kurang menyebabkan mereka lari untuk ke kelab-kelab hiburan berbanding di Masjid?Kanak-kanak kecil dilarang untuk ke masjid,untuk bersembahyang bersama orang dewasa,malah saya juga pernah terdengar mitos mengatakan tidak sah solat jika didalam saf kita ada kanak-kanak kecil yang belum berkhatan kerana anak-anak kecil itu di bawah kulup anak kecil ada najis.Maka,anak kecil yang membawa najis itu menyebabkan batal solat dan terputus pahala jemaah dan saf orang yang bersembahyang jemaah.Hujah yang tidak berasas itu tertolak sama sekali malah tidak ada dalil langsung yang menyokong hujah tersebut,bahkan ada pula dalil yang menyatakan sebaliknya.Ketika Ibn Abbas masih kanak-kanak,Rasulullah s.a.w bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibnu Abbas agar bersolat ditepi baginda.Nah,kita dapat lihat bagaimana Nabi yang mesra melayan kanak-kanak supaya berminat untuk dating ke masjid.

Pernah juga digambarkan di dalam hadis,Nabi mendukung anak kecil ketika solat,bahkan pernah juga nabi turun dari mimbar mengangkat cucunya yang terjatuh.Di dalam hadis lain,seorang arab Badwi yang kencing di dalam masjid,tatkala para sahabat ingin memarahi Badwi tersebut,Nabi SAW hanya mengarahkan untuk membersihkanya dan memaafkan si pelaku atas kejahilanya.Begitu tinggi peribadi Rasulullah yang mengajarkan kita bagaimana cara berdakwah yang betul.Masjid perlu mesra pelanggan bukan kaku sehingga masyarakat fed-up untuk ke Masjid!
Kita juga perlu luaskan skop fungsi masjid.Bukan hanya untuk solat kemudian balik.Saya ingin memetik hadis dimana didalam hadis tersebut digambarkan orang-orang Habsyah bermain senjata di dalam masjid,malah nabi tidak melarangnya.Ini semua menunjukkan masjid pada zaman Rasulullah tidak kaku sebagaimana masjid kita pada hari ini.

Kesimpulanya,kita perlu merubah budaya masyarakat kita yang taksub dan taqlid pada sesuatu yang tidak berasas.Kita boleh mengambil pengajaran daripada cerita-cerita dari hadis pada Zaman Nabi SAW mengamalkan sikap mesra pelanggan,menarik kanak-kanak untuk ke masjid.Mungkin lama-kelamaan selepas hati anak-anak kecil ini tertambat dengan masjid,pada masa hadapan mereka merasa selesa untuk ke masjid berbanding tempat-tempat lain.Kerana kata pepatah,‘Merentung Buluh,Biarlah Sampai Ke Rebungnya’.Mungkin remaja masa kini lebih selesa untuk ke pusat hiburan berbanding ke masjid kerana sikap masjid kita yang tidak mesra?Dengan mengubah sikap kita,Insyaallah kita dapat menarik golongan remaja malahan orang bukan Islam untuk ke Masjid suatu hari nanti.Wallahualam.

3 comments:

azlin alisa said...

masjid di malaysia je yg x mesra kanak2...sepatutnya, galakkan anak2ke masjid sejak dari kecil lagi...sepatutnya dari kecik, biar dia biasa jejak kaki ke masjid, tgk org berjemaah...bila dah remaja, liat dah nak disuruh ke masjid..apatah lg bila dh besar...time tu nk salah kan sape? dari kecik, klu nk gi masjid, org2 masjid x benarkan..kononnya takut ganggu jemaah2 lain nk solat...

February 6, 2010 at 4:03 AM
awe-donde said...

betul tuh....kesian ibu-ibu yang ingin membawa anak2 mereka yang kecil..tetapi,tidak dapat....merentung buluh biarlah dari rebungnya..

February 7, 2010 at 11:47 PM
CheKgu Tiah said...

ibu bapa seharusnye ajar anak-anak dr kecil ag care beradab dalam masjid..
saye x rase bukan salah org dewasa yang melarang kanak-kanak untuk pergi masjid. cbe kanak-kanak tersebut bersopan dan beradab, mesti mereka dialu-alukan..
btw our malaysian mind set need be change.

March 16, 2010 at 3:08 PM

Post a Comment

 

2009 ·AWE-DONDE by TNB