SALJI DI UNIVERSITI KU

SALJI DI UNIVERSITI KU

AWE-DONDE

AWE-DONDE

جامعه مؤته

جامعه مؤته

KULIAH SYARIAH MU'TAH

KULIAH SYARIAH MU'TAH

Seribu Kenangan di Tanah Suci PART 2

Friday, November 26, 2010





atas tndas pun jadi la


Hikmah daripada Allah…..

Kadang-kadang aku terfikir kenapa Allah mewajibkan umat Islam untuk mengejarkan haji??Kalau nak diikutkan ibadat haji yang paling penat..Kudratku yang muda dan aktif bersukan pun hampir lembik dek kerana letih berjalan ke sana ke mari..Mental fizikal ‘didera’…Sebagaimana yang anda pernah terbaca di artikel ku sebelum ini..
Inilah hikmah Allah yang terbesar aku rasakan….Berdasarkan anjuran nabi supaya umat Islam mesti KUAT bukan sahaja dari segi mental tetapi fizikal..
Sabda Rasulullah:”Mukmin yang KUAT itu lebih dikasihi oleh Allah berbanding mukmin yang lemah”

Berdasarkan firman Allah Surah Al-Qashas ayat 26,”Sesungguhnya orang yang paling baik untuk kamu ambil bekerja ialah orang yang KUAT lagi amanah.
Yes!!STRENGHT perlu ada dalam diri umat Islam….Kekuatan fizikal sama sekali tidak boleh diabaikan oleh Umat Islam…Melalui haji ataupun umrah anda perlu tawaf kaabah sebanyak 7 pusingan,kemudian sa’ie dari bukit Sofa ke Marwah kira2 satu pusingan jaraknya lebih kurang 400 meter lebih..Kalau 7 Pusingan?Berapa?Memerlukan stamina dan kekuatan fizikal bukan?…Kalau haji dari masjidil haram ke Arafah memerlukan berjalan kaki sepanjang 21.5 km……(kalau dengan tabung haji dengan bas)…

MAHRAM

Di Malaysia pihak tabung haji tidak membenarkan wanita menunaikan ibadah haji tanpa mahramnya.Begitu juga di Jordan qarar tidak membenarkan akhwat-akhwat menunaikan ibadah umrah dan haji tanpa mahramnya.Saya tidak mahu menyentuh tentang permasalahan fiqh di sini tetapi sekadar memberikan hadis:

Dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma bahwasanya ia mendengar Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda : “Janganlah seorang wanita melakukan safar kecuali bersama mahramnya dan janganlah seorang laki-laki masuk menjumpainya kecuali disertai mahramnya.” Kemudian seseorang bertanya : “Wahai Rasulullah ! Sungguh aku ingin keluar bersama pasukan ini dan itu sedangkan isteriku ingin menunaikan haji.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Keluarlah bersama isterimu (menunaikan haji).” (Dikeluarkan hadits ini oleh Muslim dan Ahmad)

Mungkin segelintir akhwat di Jordan ataupun Muktah khususnya berasa kecewa kerana tidak dapat pergi menunaikan haji mahupun umrah…Lapangkan dada di sana ada hikmah yang sangat besar..Membuat ibadah haji ini bukanya perkara senang dan remeh.Memerlukan seseorang mahram yang dapat menjaga anda..Sehingga kan wanita-wanita arab sendiri pun keluar pergi haji sekurang-kurangnya 2 orang lelaki mahram yang dapat menjaga mereka!!Sedangkan kudrat arab jauh lebih kuat daripada orang melayu….Besar la hikmahnya kenapa Allah dan Rasul melarang wanita pergi haji tanpa mahram.Saya sendiri secara jujur akui jika ada kakak ataupun seorang adik wanita yang perlu saya jaga semasa haji memang tidak larat dan tidak mampu secara 100% untuk menjaga mereka....Jesteru,usahlah bersedih yer..~Ibadat seorang wanita menjaga makan minum suami pahalanya sama dengan orang pergi berjihad dan mengerjakan haji..Allah sudah bagi altenatif yang lain kepada kaum kamu untuk beribadat…Usah fikir benda yang tidak mampu kamu lakukan…

Sekadar selingan untuk sahabat-sahabatku yang tidak punya lagi rezeki untuk ke tanah suci….

MINA

Perjalanan ke Mina semakin kurang peritnya…Tetapi kudrat kami sahaja yang tinggal beberapa kerat.Kalau ibarat telefon bimbit baterinya sudah empty…Melihat sign board ke Mina 5Km-Jamarat 8km mematikan semangat kami..Seolah-olah tubuh ku perlu di charge kembali…Akhirnya tanpa diminta untuk charge kesemua rombongan kami tertidur…Sehinggakan kesemua rombongan kami tidak sedar tidur di tepi jalan laluan bas dan longkang yang dipenuhi dengan sampah..(nasib baik xberbau)
Tersedar azan Subuh,selepas solat kami meneruskan baki-baki perjalanan di celahan orang ramai.Ketika itu semua jemaah kelihatan bersemangat untuk ke ‘check point’ yang terakhir iaitu ke Jamarat…..Tidak sabar untuk menyelesaikan tahlul awal menghabiskan ‘penderitaan’……

Tidak banyak ku ingin ceritakan di sini.Tetapi apa yang ku kagumi kesungguhan umat Islam berjalan untuk menunaikan ibadah masing-masing tanpa menghiraukan penat lelah berjalan sejauh beberapa KM..Tetapi adakah selepas menunaikan haji masih lagi bersemangat untuk berjalan menunaikan solat jemaah di masjid??(peringatan kpada para haji yer)

JAMARAT


Simbolik merejam batu kepada syaitan dan juga simbolik kemenangan kita melawan syaitan…Kudrat untuk membaling batu sangat lemah..Tetapi dalam hati meloncat-loncat kegembiraan..Kesemua jemaah haji tampak gembira tatkala ada liputan live daripada TV Saudi..Semua jemaah sesudah melontar melambai-lambai kearah kamera menumpang glemor masuk TV…Kalau lah ada live daripada Astro dah lama ku meloncat-loncat ke arah kamera..~

Ku sangkakan penderitaan sudah berakhir…Rupa-rupanya ada lagi satu cabaran perlu ku tempuhi..Balik ke hotel ku sejauh 7KM….”Aduuh~Berjalan kaki lagii???Luruh dah daging paha ni..”

Kenderaan pada waktu ini di Mekah sangat sesak…Tambang di waktu ini sangat mahal berlipat2 kali ganda kerana penduduk Mekah mengambil kesempatan kepada jemaah Haji..Hari biasa tambang 10 riyal menjadi 30-50 riyal dan ada mencecah sehingga 100 riyal…Masih lagi perangai jahililah berlaku zalim kepada para hujjaj..Bermula daripada pemerintah hinggalah rakyatnya….Kalau lah nabi ada pada masa ini…Mungkin nabi menangis melihat umatnya……….=(

Menaiki lori kecik yang tambangnya sangat mahal bersesak-sesak berebut dengan jemaah haji lain di samping matahari terik di atas kepala..Kepala ku terasa sekali dipijak oleh Bangla yang cuba menaiki lori.Bayangkan dengan penuh orang di atas lori itu aku yang duduk mencangkung pun masih lagi ada orang duduk atas kaki ku.Tetapi semua itu tidak hiraukan kerana matlamat ku sekarang iaitu mandi dan tido!!Hanya 2 jam tido dan makan biskut dan buah-buah sahaja sangat memeritkan…

MINA

Seperti hari biasa kami mencari tempat untuk tidur..Bukan di khemah yang siap dengan air-cond sebagaimana jemaah Malaysia kita..Tetapi tempat orang lalu lalang di tempat laluan pejalankaki…Bersama dengan jemaah Negara lain yang miskin tidur di tepi-tepi jalan memang kurang sedikit tebal muka kami apabila jemaah Malaysia lalu berjalan kaki di situ…Habuk-habuk laluan jalan kaki terpaksa telan ataupun sekali sekala memakai topeng penutup muka..

Sekali sahaja bertekak dengan arab yang tidak mahu kami tidur di depan keluarga dia..Katanya haram kerana dia ada bawa emaknya yang sudah berumur 50-an itu..Setelah bergaduh merebut tempat akhirnya arab mengalah dengan hujah-hujah ku..Ingat nak tengok sangat ke makcik tu?kata sahabat ku dalam bahasa melayu..Kami tergelak kecil dengan karenah arab yang berlebih-lebihan jaga ‘mahram’ mereka…’Nak tidak bagi orang lain tengok sila letak di hotel ataupun rumah bukanya di tempat awam ini ye’..Dengus ku dalam hati…

HUJAN RAHMAT

Hujan rahmat membasahi bumi gersang Mekah..Bumi yang jarang sekali menerima hujan..Setelah aku selesai menunaikan sa’ie haji,hujan turun bersama guruh…Pemandangan di depan kaabah masih lagi seperti sedia kala seolah-olah hujan tidak berlaku..Masing-masing tekun tawaf baitullah…Masyaallah pemandangan yang sukar untuk digambarkan..
Keesokan harinya bukan sahaja hujan biasa malah turun hujan frozz…Sangat sejuk pada waktu malam tu..

PENGAJARAN

Sengaja ku datangkan pengalaman ku ini walaupun seolah-olah cerita rekaan untuk menagih simpati..Tetapi bukan niatku untuk menagih simpati mahupun menakutkan-nakutkan para bakal jemaah haji….Demi Allah,bahawa cerita ini hanyalah satu perkongsian pengalamanku untuk diambil pengajaran.Dengan merasa duduk bersama jemaah yang kurang kelengkapan,tidak ada hotel,makanan mewah-mewah,kain ihram yang mahal tetapi meraka tetap menyambut seruan Ilahi tidak kira apapun kekurangan mereka.Aku berasa sangat insaf dan bersyukur melihat rakyat Malaysia dapat mengerjakan haji secara mewah yang aku kirakan berbanding dengan Negara India hanya berlapikan surat khabar untuk tidur..Anak-anak kecil mereka bawa menangis kerana lapar dan panas.Mereka tetap dapat menunaikan haji dengan sempurna sekali.Mereka rela tido atas atap tandas awam,di celahan bas-bas demi melaksanakan tuntutan haji.Alhamdulillah…

Aku sangat tidak bersetuju dengan sesetangah majalah di Malaysia mendatangkan cerita-cerita seperti sesat di Mekah,tidak Nampak Kaabah,gila di Mekah kerana menanggung perbuatan dosa mereka masa lampau…Ini menyebabkan menyekat peluang orang yang ingin bertaubat di Mekah.Tidak ingin pergi ke Mekah kerana takut dosa lampau!!Ini bercanggah dengan sifat Allah yang Maha Pemurah,Maha Pengampun,Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya…Kenapa Allah datangkan azab terlalu cepat hanya kerana ada hambanya ingin bertaubat?Yakin lah bahawa Allah itu Maha Pengampun..Adakah di sana ada hikmah Allah menghilangkan kaabah di mata hambanya yang ingin bertaubat?Bagi saya tidak sama sekali!Ini menakut-nakutkan para jemaah bukanya menginsafkan bakal jemaah ke Tanah Suci..

SELAMAT TINGGAL TANAH SUCI

Tidak sedar air mata menitis ketika sembahyang Isya’ untuk kali terakhir sebelum meninggalkan Mekah,bumi Rasulullah…Suara Imam mendayu-dayu dan berhenti menangis ketika mengalunkan bacaan ayat suci Al-quran pada ayat yang bermaksud:{Dan setiap dosa kecil dan dosa besar semuanya tercatit di kitab}..Tangisan imam disambut dengan tangisan juga daripada para jemaah yang menjadi makmum membuatkan suasana menjadi hening dan syahdu seketika…

Teringat dengan sabda Rasulullah tentang sesiapa yang menangis kerana teringat akan dosanya maka berguguran la dosanya…

Semoga dengan titisan air mata ini yang berguguran di bumi Rasulullah di mana tempat junjungan besar Nabi Muhammad berpijak akan menjadi saksi bahawa mata ini pernah menangis teringat akan azab Mu Ya ALLAH…

Kepada pembaca yang belum lagi menjejaki ke Tanah Suci..Tanamkan niat,azam dan berdoalah supaya dipermudahkan ke sana…Kerana suasana di Mekah dan Madinah tidak ada di tempat lain…Kesanya ke atas jiwa sangat mendalam sukar untuk diterjemahkan...Jika anda sekali ke sana..Pasti rindu yang sangat mendalam tercampak di dalam hati kamu untuk ke sana lagi…

“YA ALLAH PAUTKANLAH RASA RINDU KU KEPADA BAITULLAH….JEJAK KANLAH KAKI KAMI KE SANA YA ALLAH…..SAMPAIKANLAH KAMI KE SANA YA ALLAH…….CEPAT ATAU LEMBAT ITU URUSAN MU YA ALLAH….”
Semoga doa kita semua untuk ke tanah suci dimakbulkan oleh Allah dan terus diaminkan oleh para malaikat muqorrobin….Amiiiiin Ya RABB!!!~~~

1 comments:

Anonymous said...

allahumma ameen, ameen ya raBB~~

November 26, 2010 at 8:11 PM

Post a Comment

 

2009 ·AWE-DONDE by TNB