SALJI DI UNIVERSITI KU

SALJI DI UNIVERSITI KU

AWE-DONDE

AWE-DONDE

جامعه مؤته

جامعه مؤته

KULIAH SYARIAH MU'TAH

KULIAH SYARIAH MU'TAH

Hukum Buruk Siku Dalam Pinjaman..Meminta Semula Hutang Yang Telah di Halalkan

Thursday, January 6, 2011



Sudah lama ku tidak men update Blog ini..Walaupun keinginan dan idea sudah pun ada..Cuma,kebatasan masa sibuk dek exam yang berderet memaksa ku untuk membiarkan blog ini berhabuk…..

Perkara ini mungkin secara tidak langsung berlaku dalam kalangan kita…Iaitu: (contoh modus operandi masalah)

Azmir telah berhutang dengan si Azri sebanyak RM100….Kemudian Azri dengan baik hatinya telah menghalalkan hutangnya pada Azmir……..Dan setelah beberapa lama kemudian,Azri telah mengubah fikiranya..Dan meminta balik dengan Azmir duit yang telah dia berikan kepadanya…Walaupun pada masa dahulu Azri telah menghalalkan hutangnya…Azmir pula tidak mahu memberikan balik duit hutang yang telah dihalalkan oleh Azri pada masa dahulu..


Jadi 1.Apakah HUKUM AZRI MEMINTA SEMULA HUTANG YANG TELAH DIHALALKANYA?
2.Apakah HUKUM AZMIR TIDAK MAHU MEMBERIKAN DUIT AZRI?


JAWAPAN:

Dalam konteks Islam hutang yang telah dihalalkan oleh si pemberi hutang secara lafaz atau SMS dan sebagainya ini bermakna pemberi hutang telah memberikan sedekah kepada anda..Dan perkara itu dipuji oleh Allah didalam Surah AL-Baqarah 2:280 mafhumnya:

“Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”

Malah pahala nya juga disebut oleh Ulama’ lebih besar daripada pahala sedekah..Oleh kerana kita menolong orang dalam memerlukan..Wallahu Alam..Tetapi perkara itu merupakan benda yang terpuji dalam Islam…

JesterU,ketika ia telah menghalalkan hutang itu,akad hibah telah sempurna..Kerana syarat utama sah hibah dan sedekah adalah qabdh yakni selepas penerimaan dan dipegang oleh penerima hadiah..Atau contoh lain ialah jika saya ingin sedekahkan duit saya kepada anak-anak yatim sebanyak RM10 juta tetapi tiba-tiba saya batalkan balik untuk sedekah itu.Jika sebelum saya berikan duit itu maka boleh batalkan balik kerana syarat akad hibah belum sempurna.Dan pihak anak yatim tidak boleh menuntut duit itu.Tetapi jika saya telah masukan duit sebnyak RM10 juta itu kedalam akaun persatuan anak yatim dan saya ingin mengambil balik duit itu adalah tidak boleh kerana syarat akad hibah telah sempurna…Dan pihak anak yatim boleh menuntut duit tersebut..

Dalam kes tersebut,peminjam telah pun qabdh wang itu kerana ia pada asalnya adalah hutang.Tatkala itu penerimaan hadiah telah sempurna dan akad telah termeterai…….

Adapan dalam kes modus operandi yang saya ceritakan di atas apakah pendirian Islam tentang jika Si Azri menarik balik hutang yang telah dihalalkanya dan meminta wangnya kembali?Atau dalam peribahasa ibunda kita ‘buruk siku’..

Sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam hadis riwayat AL-Bukhari ,2/914:

"العائد في صدقته كالكلب يعود في قيئه"


Maksudnya:"Orang yang meminta kembali hadiah(sedekahnya) adalah seperti anjing yang menjilat muntahnya"

Imam Ibnu Hajar menyimpulkan bahwa hadis ini menjelelaskan betapa kebencian melampau Islam bagi sesiapa yang bertindak menuntut kembali sedekahya sehingga menyamakan dengan anjing yang menjilat balik muntahnya...

Nabi juga bersabda mafhumnya:

"Tiada sesiapa pun apabila ia telah memberikan sesuatu hadiah kemudian ia menuntutnya kembali kecuali bagi bapa yang memberikan sesuatu hadiah kepada anaknya"

Riwayat Tirmizi Hadis Hasan

Jadi hukum bagi si Azri(pemiutang yang menghalakan hutangnya dan menuntut kembali) adalah haram kerana memakan harta orang lain secara tanpa haq dan iaitu makan secara batil.

Bagi si Azmir yang tidak ingin memberikan wang ataupun "hutang yang telah dihalalkan" adalah harus..Kerana telah menjadi miliknya..Tetapi dalam situasi contohnya jika anda mampu maka bagilah balik duit tersebut..Mungkin oleh si pemberi hutang itu berada dalam keadaan tidak mampu..Menolong saudara dan mengelakan perbalahan adalah perkara yang terpuji dalam Islam...

HUKUM DI MAHKAMAH


Tetapi ada beberapa perkara yang saya ingin selitkan jika permasalahan ini di bawa kepada mahkamah qadhi:

1.Jika si pemberi hutang mendakwa bahawa si penghutang belum membayar hutang dan tiada bukti bahawa si pemberi hutang telah menghalalkanya seperti ada saksi mahupun SMS maka qadhi akan memberi kebenaran kepada si pemberi hutang...


2.Jika ada bukti yang jelas seperti saksi dan ada tulisan berbentuk SMS bahawa dia telah menghalalkan hutangnya maka qadhi akan menghukum kebenaran memihak kepada penghutang..Kerada kaeadah dalam Islam "bukti bagi pendakwa dan sumpah(yamin) bagi yang ingkar".


3.Jika sesorang menuduh kamu bahawa kamu telah berhutang dengan dia..Maka qadhi akan menghukum kamu bebas daripada segala hutang..Kerana kaedah (لأصل براءة الزمه) asal setiap manusia ialah bebas dari segala tanggungan(tuduhan)..


Kesimpulanya,mungkin perkara ini akan berlaku dalam kehidupan kita..Biasanya jika jumlah yang kecil tiada masalah..Tetapi jika melibatkan jumlah yang sangat besar maka biasanya akan membawa kepada pergaduhan...Ada segelinti di Malaysia berlaku kes seperti ini sehingga membawa pergaduhan sesama Muslim..Jadi dengan tahunya hukum ini maka boleh mengelakan pergaduhan dalam masalah bab pinjaman..Wallahualam...Semoga semua dapat manfaat~

Seribu Kenangan di Tanah Suci PART 2

Friday, November 26, 2010





atas tndas pun jadi la


Hikmah daripada Allah…..

Kadang-kadang aku terfikir kenapa Allah mewajibkan umat Islam untuk mengejarkan haji??Kalau nak diikutkan ibadat haji yang paling penat..Kudratku yang muda dan aktif bersukan pun hampir lembik dek kerana letih berjalan ke sana ke mari..Mental fizikal ‘didera’…Sebagaimana yang anda pernah terbaca di artikel ku sebelum ini..
Inilah hikmah Allah yang terbesar aku rasakan….Berdasarkan anjuran nabi supaya umat Islam mesti KUAT bukan sahaja dari segi mental tetapi fizikal..
Sabda Rasulullah:”Mukmin yang KUAT itu lebih dikasihi oleh Allah berbanding mukmin yang lemah”

Berdasarkan firman Allah Surah Al-Qashas ayat 26,”Sesungguhnya orang yang paling baik untuk kamu ambil bekerja ialah orang yang KUAT lagi amanah.
Yes!!STRENGHT perlu ada dalam diri umat Islam….Kekuatan fizikal sama sekali tidak boleh diabaikan oleh Umat Islam…Melalui haji ataupun umrah anda perlu tawaf kaabah sebanyak 7 pusingan,kemudian sa’ie dari bukit Sofa ke Marwah kira2 satu pusingan jaraknya lebih kurang 400 meter lebih..Kalau 7 Pusingan?Berapa?Memerlukan stamina dan kekuatan fizikal bukan?…Kalau haji dari masjidil haram ke Arafah memerlukan berjalan kaki sepanjang 21.5 km……(kalau dengan tabung haji dengan bas)…

MAHRAM

Di Malaysia pihak tabung haji tidak membenarkan wanita menunaikan ibadah haji tanpa mahramnya.Begitu juga di Jordan qarar tidak membenarkan akhwat-akhwat menunaikan ibadah umrah dan haji tanpa mahramnya.Saya tidak mahu menyentuh tentang permasalahan fiqh di sini tetapi sekadar memberikan hadis:

Dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma bahwasanya ia mendengar Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda : “Janganlah seorang wanita melakukan safar kecuali bersama mahramnya dan janganlah seorang laki-laki masuk menjumpainya kecuali disertai mahramnya.” Kemudian seseorang bertanya : “Wahai Rasulullah ! Sungguh aku ingin keluar bersama pasukan ini dan itu sedangkan isteriku ingin menunaikan haji.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Keluarlah bersama isterimu (menunaikan haji).” (Dikeluarkan hadits ini oleh Muslim dan Ahmad)

Mungkin segelintir akhwat di Jordan ataupun Muktah khususnya berasa kecewa kerana tidak dapat pergi menunaikan haji mahupun umrah…Lapangkan dada di sana ada hikmah yang sangat besar..Membuat ibadah haji ini bukanya perkara senang dan remeh.Memerlukan seseorang mahram yang dapat menjaga anda..Sehingga kan wanita-wanita arab sendiri pun keluar pergi haji sekurang-kurangnya 2 orang lelaki mahram yang dapat menjaga mereka!!Sedangkan kudrat arab jauh lebih kuat daripada orang melayu….Besar la hikmahnya kenapa Allah dan Rasul melarang wanita pergi haji tanpa mahram.Saya sendiri secara jujur akui jika ada kakak ataupun seorang adik wanita yang perlu saya jaga semasa haji memang tidak larat dan tidak mampu secara 100% untuk menjaga mereka....Jesteru,usahlah bersedih yer..~Ibadat seorang wanita menjaga makan minum suami pahalanya sama dengan orang pergi berjihad dan mengerjakan haji..Allah sudah bagi altenatif yang lain kepada kaum kamu untuk beribadat…Usah fikir benda yang tidak mampu kamu lakukan…

Sekadar selingan untuk sahabat-sahabatku yang tidak punya lagi rezeki untuk ke tanah suci….

MINA

Perjalanan ke Mina semakin kurang peritnya…Tetapi kudrat kami sahaja yang tinggal beberapa kerat.Kalau ibarat telefon bimbit baterinya sudah empty…Melihat sign board ke Mina 5Km-Jamarat 8km mematikan semangat kami..Seolah-olah tubuh ku perlu di charge kembali…Akhirnya tanpa diminta untuk charge kesemua rombongan kami tertidur…Sehinggakan kesemua rombongan kami tidak sedar tidur di tepi jalan laluan bas dan longkang yang dipenuhi dengan sampah..(nasib baik xberbau)
Tersedar azan Subuh,selepas solat kami meneruskan baki-baki perjalanan di celahan orang ramai.Ketika itu semua jemaah kelihatan bersemangat untuk ke ‘check point’ yang terakhir iaitu ke Jamarat…..Tidak sabar untuk menyelesaikan tahlul awal menghabiskan ‘penderitaan’……

Tidak banyak ku ingin ceritakan di sini.Tetapi apa yang ku kagumi kesungguhan umat Islam berjalan untuk menunaikan ibadah masing-masing tanpa menghiraukan penat lelah berjalan sejauh beberapa KM..Tetapi adakah selepas menunaikan haji masih lagi bersemangat untuk berjalan menunaikan solat jemaah di masjid??(peringatan kpada para haji yer)

JAMARAT


Simbolik merejam batu kepada syaitan dan juga simbolik kemenangan kita melawan syaitan…Kudrat untuk membaling batu sangat lemah..Tetapi dalam hati meloncat-loncat kegembiraan..Kesemua jemaah haji tampak gembira tatkala ada liputan live daripada TV Saudi..Semua jemaah sesudah melontar melambai-lambai kearah kamera menumpang glemor masuk TV…Kalau lah ada live daripada Astro dah lama ku meloncat-loncat ke arah kamera..~

Ku sangkakan penderitaan sudah berakhir…Rupa-rupanya ada lagi satu cabaran perlu ku tempuhi..Balik ke hotel ku sejauh 7KM….”Aduuh~Berjalan kaki lagii???Luruh dah daging paha ni..”

Kenderaan pada waktu ini di Mekah sangat sesak…Tambang di waktu ini sangat mahal berlipat2 kali ganda kerana penduduk Mekah mengambil kesempatan kepada jemaah Haji..Hari biasa tambang 10 riyal menjadi 30-50 riyal dan ada mencecah sehingga 100 riyal…Masih lagi perangai jahililah berlaku zalim kepada para hujjaj..Bermula daripada pemerintah hinggalah rakyatnya….Kalau lah nabi ada pada masa ini…Mungkin nabi menangis melihat umatnya……….=(

Menaiki lori kecik yang tambangnya sangat mahal bersesak-sesak berebut dengan jemaah haji lain di samping matahari terik di atas kepala..Kepala ku terasa sekali dipijak oleh Bangla yang cuba menaiki lori.Bayangkan dengan penuh orang di atas lori itu aku yang duduk mencangkung pun masih lagi ada orang duduk atas kaki ku.Tetapi semua itu tidak hiraukan kerana matlamat ku sekarang iaitu mandi dan tido!!Hanya 2 jam tido dan makan biskut dan buah-buah sahaja sangat memeritkan…

MINA

Seperti hari biasa kami mencari tempat untuk tidur..Bukan di khemah yang siap dengan air-cond sebagaimana jemaah Malaysia kita..Tetapi tempat orang lalu lalang di tempat laluan pejalankaki…Bersama dengan jemaah Negara lain yang miskin tidur di tepi-tepi jalan memang kurang sedikit tebal muka kami apabila jemaah Malaysia lalu berjalan kaki di situ…Habuk-habuk laluan jalan kaki terpaksa telan ataupun sekali sekala memakai topeng penutup muka..

Sekali sahaja bertekak dengan arab yang tidak mahu kami tidur di depan keluarga dia..Katanya haram kerana dia ada bawa emaknya yang sudah berumur 50-an itu..Setelah bergaduh merebut tempat akhirnya arab mengalah dengan hujah-hujah ku..Ingat nak tengok sangat ke makcik tu?kata sahabat ku dalam bahasa melayu..Kami tergelak kecil dengan karenah arab yang berlebih-lebihan jaga ‘mahram’ mereka…’Nak tidak bagi orang lain tengok sila letak di hotel ataupun rumah bukanya di tempat awam ini ye’..Dengus ku dalam hati…

HUJAN RAHMAT

Hujan rahmat membasahi bumi gersang Mekah..Bumi yang jarang sekali menerima hujan..Setelah aku selesai menunaikan sa’ie haji,hujan turun bersama guruh…Pemandangan di depan kaabah masih lagi seperti sedia kala seolah-olah hujan tidak berlaku..Masing-masing tekun tawaf baitullah…Masyaallah pemandangan yang sukar untuk digambarkan..
Keesokan harinya bukan sahaja hujan biasa malah turun hujan frozz…Sangat sejuk pada waktu malam tu..

PENGAJARAN

Sengaja ku datangkan pengalaman ku ini walaupun seolah-olah cerita rekaan untuk menagih simpati..Tetapi bukan niatku untuk menagih simpati mahupun menakutkan-nakutkan para bakal jemaah haji….Demi Allah,bahawa cerita ini hanyalah satu perkongsian pengalamanku untuk diambil pengajaran.Dengan merasa duduk bersama jemaah yang kurang kelengkapan,tidak ada hotel,makanan mewah-mewah,kain ihram yang mahal tetapi meraka tetap menyambut seruan Ilahi tidak kira apapun kekurangan mereka.Aku berasa sangat insaf dan bersyukur melihat rakyat Malaysia dapat mengerjakan haji secara mewah yang aku kirakan berbanding dengan Negara India hanya berlapikan surat khabar untuk tidur..Anak-anak kecil mereka bawa menangis kerana lapar dan panas.Mereka tetap dapat menunaikan haji dengan sempurna sekali.Mereka rela tido atas atap tandas awam,di celahan bas-bas demi melaksanakan tuntutan haji.Alhamdulillah…

Aku sangat tidak bersetuju dengan sesetangah majalah di Malaysia mendatangkan cerita-cerita seperti sesat di Mekah,tidak Nampak Kaabah,gila di Mekah kerana menanggung perbuatan dosa mereka masa lampau…Ini menyebabkan menyekat peluang orang yang ingin bertaubat di Mekah.Tidak ingin pergi ke Mekah kerana takut dosa lampau!!Ini bercanggah dengan sifat Allah yang Maha Pemurah,Maha Pengampun,Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya…Kenapa Allah datangkan azab terlalu cepat hanya kerana ada hambanya ingin bertaubat?Yakin lah bahawa Allah itu Maha Pengampun..Adakah di sana ada hikmah Allah menghilangkan kaabah di mata hambanya yang ingin bertaubat?Bagi saya tidak sama sekali!Ini menakut-nakutkan para jemaah bukanya menginsafkan bakal jemaah ke Tanah Suci..

SELAMAT TINGGAL TANAH SUCI

Tidak sedar air mata menitis ketika sembahyang Isya’ untuk kali terakhir sebelum meninggalkan Mekah,bumi Rasulullah…Suara Imam mendayu-dayu dan berhenti menangis ketika mengalunkan bacaan ayat suci Al-quran pada ayat yang bermaksud:{Dan setiap dosa kecil dan dosa besar semuanya tercatit di kitab}..Tangisan imam disambut dengan tangisan juga daripada para jemaah yang menjadi makmum membuatkan suasana menjadi hening dan syahdu seketika…

Teringat dengan sabda Rasulullah tentang sesiapa yang menangis kerana teringat akan dosanya maka berguguran la dosanya…

Semoga dengan titisan air mata ini yang berguguran di bumi Rasulullah di mana tempat junjungan besar Nabi Muhammad berpijak akan menjadi saksi bahawa mata ini pernah menangis teringat akan azab Mu Ya ALLAH…

Kepada pembaca yang belum lagi menjejaki ke Tanah Suci..Tanamkan niat,azam dan berdoalah supaya dipermudahkan ke sana…Kerana suasana di Mekah dan Madinah tidak ada di tempat lain…Kesanya ke atas jiwa sangat mendalam sukar untuk diterjemahkan...Jika anda sekali ke sana..Pasti rindu yang sangat mendalam tercampak di dalam hati kamu untuk ke sana lagi…

“YA ALLAH PAUTKANLAH RASA RINDU KU KEPADA BAITULLAH….JEJAK KANLAH KAKI KAMI KE SANA YA ALLAH…..SAMPAIKANLAH KAMI KE SANA YA ALLAH…….CEPAT ATAU LEMBAT ITU URUSAN MU YA ALLAH….”
Semoga doa kita semua untuk ke tanah suci dimakbulkan oleh Allah dan terus diaminkan oleh para malaikat muqorrobin….Amiiiiin Ya RABB!!!~~~

Syair Imam Asyafie-دع الأيام تفعل ما تشاء

Monday, November 22, 2010


دع الأيام تفعــــــــل ما تشــاء ..... وطب نفسا إذا حكم القضاء

Biarkan masa berlaku semahunya....Murnikan jiwa tatkala berlaku ketentuan

ولا تجــــــــزع لحادثة الليالي ..... فما لحـــوادث الدنيا بقـــــاء


Bersabarlah dengan musibah semalam......Musibah dunia ini bukan selamanya


وكن رجلا على الأهوال جلدا ..... وشيمتك السماحة والوفـــاء

Teguhlah menghadapi segala kesengsaraan....Dan lagakmu penuh toleransi dan ketekunan

وإن كثرت عيوبك في البرايا ..... وسرك أن يكون لها غطـاء


Sekalipun banyak kekurangan mu pada manusia.....Maka rahsiamu akan menjadai tersirat



تستر بالسخاء فكـل عيــــــب ..... يغطيه كمـا قــيــل السخـــاء


Tadbirlah dengan kedermawan maka segala kekurangan...Menutupinya sprti mana dikatakan dermawan

ولا ترج السماحة مــن بخيل ..... فما في النــــــار للظمآن ماء

Janganlah mnghrap belas dari si bakhil...Tiadalah di neraka itu air buat si kehausan

ورزقك ليـــس ينقصه التأني ..... وليس يزيد في الرزق العناء

Rezekimu walaupun lambat pasti tidak berkurangan...Juga tidak bertmbah wlpun ditekuni


ولا حزن يــدوم ولا ســرور ..... ولا بؤس عليك ولا رخــــاء

Bukanlah kesdihan itu selamanya....Mahupun kesengsaraan dan juga kesenangan


إذا ما كنــــت ذا قـلب قنـوع ..... فأنت ومالك الدنيا ســــــــواء

Jika kau miliki hati yang berpada(merasa cukup apa yg ada)...Nescaya kau akan setanding dengan si pemilik dunia....

ومــــن نزلت بساحته المنايا ..... فلا أرض تقيه ولا سمــــــاء

Sesiapa yang disapa dengan ajal...Tiadalah langit dan bumi dpat melindunginya

وأرض الله واسعة ولــــكــن ..... إذا نزل القضا ضاق الفضاء

Bumi Allah itu luas terbentang tetapi...Apabila tiba ajalNYA,sempitlah kelapangan..

دع الأيام تغـــــدر كل حيــن ..... فما يغني عن المــوت الدواء

Biarkan hari mengkhianati sepanjang masa....Tidak ada ubat untuk setiap kematian#

*الإمام الشافعي

Tersentuh apabila aku mendengar lagu yang asalnya adalah syair Imam As-syafie....

Marilah kita hayati sama-sama syair Imam As-syafie...Banyak motivasi dan pengajaran untuk mengubati hati kita yang membusuk....

Rangkap yang paling aku suka ialah "jgnlah mnghrap belas dari si bakhil#tiadalah di neraka itu air buat si kehausan"

Bermakna janganlah kita menjadi kedekut kerana apabila di neraka air untuk hilangkan kehausan pun tiada..Dan jika bila kita diherdik,dihina oleh orang yang lebih kuat daripada kita,maka bersabarlah..Kerana di neraka dia tidak akan mendapat sedikit pun pertolongan.....


Rangkap yang aku suka lagi "jika kau miliki hati yang berpada(merasa cukup apa yg ada)...Nescaya kau akan setanding dengan si pemilik dunia"

Bermakna:Jika kita memiliki hati yang sentiasa bersyukur dan cukup apa yang ada,maka kita akan menjadi tenang dan seolah-olah kita miliki segala apa yang ada dimuka bumi ini...Bersikap tidak cukup apa yang ada menyebabkan hati tidak cukup walaupun memiliki segala benda di dunia ini....


Masyaallah...Sungguh hebat syair beliau....Semoga semua dapat manfaat....

Seribu Kenangan di Tanah Suci

Saturday, November 20, 2010


Sungguh banyak kenangan dan dugaan jika ingin ku nukilkan di dalam blog ini semasa pemergian ku ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji..Tetapi,inilah kenangan yang mungkin sukar sekali dibayar dengan wang ringgit yang ingin aku kongsikan sedikit sebanyak di dalam blog ini.

Pada awalnya aku dilanda demam sebelum bertolak ke tanah suci..Namun,Alhamdulillah bila kaki menjejak ke Madinah demam ku mula beransur hilang begitu sahaja..Berkat doa daripada Keluarga dan juga rakan-rakan...

11 Nov 2010


Bermulanya cabaran pertama rombongan kami..Pada awalnya kami agak gembira kerana melalui proses di imigresen dengan sangat lancar.Pada check-point yang terakhir,kami agak terkesima kerana perlu membayar sebanyak 120JD iaitu bersamaan 580 Riyal Saudi.Kami dipaksa bayar oleh kerajaan Saudi yangku kira kerajaan saudi mengambil kesempatan kepada para hujjaj,dengan alasan membayar khidmat mereka dan juga khemah di Arafah!Kanun yang menyeksakan dan sangat mahal bagi pelajar seperti kami.Mula rasa tertipu oleh agensi haji di Jordan dan juga Kerajaan Saudi..Perasaan hampa itu cubaku telan dengan istighfar banyak-banyak kepada Allah.Kemudian dengan perasaan nekad aku terpaksa menebalkan muka bersama Jija(bkn nama sbnr) merayu kepada ketua yang bertugas supaya mendapat pengecualian daripada membayar duit itu.KAMI DIZALIMI OLEH PEMERAS UGUT YANG BERLESEN!!!


Tetapi kami hampa..Apa yang aku dapat ialah maki hamun daripada petugas itu tanpa menatap pun muka kami..Aku masih ingat lagi dialog yang dilemparkan kepada ku..

“Kamu jangan membazir masa kamu!Keluar daripada sini!!!Tidak ada pertolongan daripada kami!!Keluar!!”

Kami tetap merayu dengan mengatakan kami tiada duit dan bahawa kami hanyalah pelajar Malaysia tiada duit yang banyak untuk membayar..Tetapi itu lah jawapan yang aku dan Jija dapat..PERGI!!!

Merasa dimaki hamun dan dihalau sungguh memeritkan..Rasa muka ku sangat malu apabila ditengking oleh petugas yang bongkak…Aku menjerit kalimah LAILAHAILLAH ALLAH dengan kuat untuk melepaskan geram ku..

Akhirnya kami mendapat pertolongan daripada Allah..Apabila ada seorang hamba Allah yang kasihan melihat kami merayu dengan menolong membayar sebanyak JD480=RM2400…Subhanallah..Semoga Allah mengangkat darjat beliau…



ARAFAH



Di Arafah kami agak bernasib baik kerana sampai awal malam berbanding dengan jemaah lain..Walaupun berlapikkan tikar dan berbumbungkan langit kami tidur dengan lena pada malam itu.Episod cabaran bermula pada keesokan hari nya..Cuaca panas terik dan kering di Arafah memaksa kami mencipta khemah buatan sendiri dengan membina atap untuk kami berteduh daripada panas terik dengan menggunakan kain selimut dan kain ihram.Dapat berteduh pun kira jadi lah…~

Tetapi kebanjiran manusia dianggarkan seramai 6 juta memang keluasan di arafah tidak dapat dibendung.Di kawasan kami pada mulanya hanya muat untuk 4 org menjadi 10 orang yang menumpang tempat.Pelbagai bangsa berada di kwasan kami antaranya Indonesia,India,Saudi,Palestin,Sudan..Duduk dalam keadaan sempit,panas dan lapar seharian tidak makan.Hanya berbekalkan sedikit roti yang kami bawa.Segala benda kami kongsi,hatta ada sebiji epal pun kami kongsi untuk 4-5 org satu biji buah.Sungguh memeritkan tetapi itulah ukhuwah yang kami dapat pelajari di Arafah.SIkap pentingkan diri sendiri terpaksa lemparkan jauh-jauh.Biar sama-sama lapar,biar sama-sama panas dan sempit.


TANDAS


Episod di tandas memang mengajar erti sabar.Cuba anda bayangkan dengan berjuta-juta manusia beratur untuk masuk hanya lebih kurang 10 buah tndas untuk satu kawasan.Satu tandas ada 3-4 barisan..Kira-kira 200 orang beratur untuk 10 buah tandas yang disediakan.Aku beratur selama 2 jam demi untuk masuk membuang air kecil selama 3-5 minit.Lebih daripada 5 minit maka berpuluh2 orang bising di luar.Dan juga kaki berada di dalam 'air kotor' selama setengah jam.....(abes gatal2 kaki aku)..

Sikap arab yang tidak sabar sehingga sanggup bertumbuk untuk berada di depan tandas..Berkelahi bertekak sehingga masing-masing lupa sedang beribadat.Tetapi ada satu kelebihan arab boleh dipuji.Walaupun mereka bertengkar bergaduh-gaduh tetapi bila ada sahaja orang member peringatan mereka terus berubah!Masyaallah..Peristiwa ini berlaku apabila arab mesir ingin menumbuk seorang jemaah haji kerana mendakwa melintas barisan.Dengan pantas jemaah lain menyekat dan memberi peringatan bahawa kita semua dalam ibadat dan berada di Arafah..Tidak sampai 1 minit terus berubah beristighfar dan siap mendahulukan aku untuk masuk tandas..Kalau orang Melayu kita pantang ditegur,tetapi inilah contoh sikap terbuka yang perlu orang Melayu ambik iktibar.

Setelah matahari hampir terbenam,jemaah dari Saudi menderma kotak bungkusan sedikit biskut dan kek kecil.Akibat perut yang lapar sekali lagi menjadi seperti mangsa banjir ataupun bencana alam berebut-rebut demi sekotak biskut dan sebotol air….

MUDZALIFAH


PENGOTOR!!!Itulah gambaran tepat untuk diberikan kepada Umat Islam..Sedangkan Islam mengajar pentingnya menjaga kebersihan..’Kebersihan itu sebahagian daripada iman’ seolah-olah diabaikan oleh jemaah haji.Perjalanan untuk ke Mudzalifah sepanjang 5.5 km itu anda akan dapati di kaki anda bukanlah tar jalanan..Tetapi kaki anda memijak sampah sarap yang dibuang oleh umat Islam.Sehingga jika ada kenderaan lalu,seolah-olah kenderaan memecah lautan sampah sarap..Itulah hakikatnya umat Islam kita..Mengejar ibadat besar sehingga ibadat kecil dipandang remeh…..

KEMUNCAK KEPERITAN

Kemuncak keperitan bermula apabila 1km nak sampai ke Mudzalifah.Jutaan jemaah haji sedang tidur di tepi jalan,atas bukit atas dan juga atas tandas pun ada!!Kalau di Malaysia jem hanya berlaku di jalan raya tetapi di sini jem untuk pejalan kaki…Lebih kurang 5 minit untuk satu langkahan kecil untuk bergerak…100meter mengambil masa berjam-jam berjalan..Tatkala itu penat+lapar+busuk +karenah arab dan Bangla minda ku terpaksa menahan sabar dengan semua itu.Tandas di sana juga hanya disediakan sebanyak 8 buah sehingga ada yang sanggup berak di tepi-tepi jalan sahaja.Bukan hanya perlu mengelak dengan kepala manusia yang tidur di tepi jalan,tetapi najis manusia yang ditinggalkan oleh jemaah haji yang tidak bertanggungjawab.

Akhirnya kami tiba juga di Mina pada pukul 4 pagi.Akibat keletihan yang amat pada mulanya hanya bercadanag untuk berhenti rehat kami semua tertidur di tepi longkang dan juga jalan raya tempat laluan bas.Walaupun berlantaikan sekeping tikar dan bertemakan sampah dan asap bas kesemua group kami lena tidur….Dalam hati kecilku kalau masuk lam Utusan Malaysia ni,malu Tabung Haji..hehe…

TABUNG HAJI

Pengalaman sukar dicari ganti..Mungkin pengalaman ini tidak akan dapat jika anda megikuti jemaah tabung haji Malaysia yang saya kira paling terbaik di dunia!Patutlah Arab Saudi tidak putus-putus puji Malaysia BAGUS!!Ini kerana sepanjang perjalanan ku tidak Nampak walaupun seorang jemaah haji daripada Malaysia daripada tabung haji melalui perjalanan sukar seperti kami..

Sambungan pengalamanku di artikel seterusnya……………………………………………………………………………….
BERSAMBUNG~

RINDU KEPADA TANAH SUCI

Friday, October 29, 2010


"Tok ayoh...Ore mimpi napok Ka'abah g Mekoh"

Allahyarham atuk ku hanya tersenyum..."Tak lama lagi boleh gi Mekoh laa cucu aku neh..Tanda-tanda buleh g Mekah awal"

Alhamdulillah...Dengan izin Allah aku aku dapat mengerjakan umrah pada umur 19 tahun ketika ku berada di tahun 1.....Tidak menjangka kata-kata Allahyarham datuk ku itu benar...


RINDU KEPADA TANAH SUCI


Sungguh ku rindui suasana beribadah di Tanah Suci..Walaupun bersesak-sesak dengan ribuan manusia.Tetapi,perasaan ini kita tidak pernah dapat di tempat-tempat lain...Semua manusia berlumba-lumba mahu beribadat....


Insyaallah tahun ini aku akan menyahut seruan untuk menunaikan fardhu haji....Bersama teman-teman di Jordan...Sungguh beruntung untuk menunaikan haji ketika kudrat tenaga ku masih gagah...

YA ALLAH...AMPUNILAH HAMBA MU INI...TERIMA LAH IBADATKU...SEMOGA KU SAMPAI DI TANAH SUCI DAN DAPAT BERIBADAT DENGAN SEMPURNA...AMINNN`

Salam Ramadhan Untuk Abah

Wednesday, August 18, 2010

Kira-kira 2 minggu lagi aku mahu pulang ke Malaysia…Satu-satu ingatan ku kepada keluarga muncul di benak fikiran ku walaupun diriku semenjak ini sibuk dengan final exam dan juga kerja-kerja persatuan…Tertutama sekali ingatan ku kepada abah..


Teringat lagi kata abah ku ketika aku mahu belajar di Jordan yang kos pengajian dikira mahal”abah tidak hiraukan soal wang kerana abah bekerja dan duit ini adalah untuk anak-anak abah,bukanya untuk abah”

Terima kasih abah member peluang kepada ku untuk belajar di Jordan walaupun pada mulanya abah keberatan untuk membenarkan ku belajar di sini..

Teringat lagi kata-kata abah saat ku mula masuk sekolah Tahfiz..”Abah tidak mahu apa-apa selain abah mahukan mahkota dipakaikan oleh Allah kepada seorang bapa yang anak-anaknya ahli quran”

Ya Allah,berat sungguh amanah yang ingin daku pikul dan adik beradik ku…Rasanya sungguh tidak berdaya untuk merealisasikan amanah abah…Tetapi,kami sedaya upaya mungkin untuk memenuhi permintaan abah..

Teringat lagi kata-kata abah saat ku masih kecil..”Ahli quran akan membawa syafaat 10 orang masuk syurga,abah berharap anak-anak abah membawa syafaat abah dan semua ahli keluarga ke SYURGA”

Wahai ayah ku,diriku sendiri tidak mampu menjamin akan ke Syurga,tetapi itulah harapan abah yang besar kami semua adik beradik akan cuba penuhi Insyaallah..Di sana kita sekeluarga akan bertemu di taman-taman Syurga.

Teringat lagi ketika semua permintaan kami untuk membeli apa-apa dan segala keperluan kami abah tanpa mengeluh,memenuhi permintaan kami.Tidak ada sekelumit pun rasa lokek abah untuk memberikan kami segalanua.

Teringat lagi keluhan ikhlas dari abah yang sangat aku tidak mahu mendengarnya…”Abah tengok anak-anak kawan abah sejuk hati melihat mereka…Tapi anak-anak abah?............”

Wahai ayah ku,kami adik beradik terutamanya aku tidak mampu memberi penawar duka hati abah,menyejukan hati abah sebagaimana harapan abah kepada anak-anaknya…Tetapi,kami adik beradik sedaya upaya untuk memberi penawar dan sebagai penyejuk hati abah sebelum abah meninggalkan kami.Maafkan kami abah…Maafkan kami abah…Selama kami hidup,bermulanya kami kenal dunia sehingga lah kami berada di tahap ini sekarang….

Tidak mampu kami nukilkan dengan kata-kata lagi segala jasa abah kepada kami..Sekalipun aku diberi peluang hidup selama beribu tahun pun belum tentu dapat membalas jasa abah hatta setitik peluh yang keluar dari kulit abah………

Sekali lagi,kami memohon maaf atas segala kesilapan kami,pernah merungut,pernah tertinggi suara mahupun pernah tergores hati abah…

Insyaallah,permohonan dan harapan abah untuk melihat kita semua berjaya di dunia dan akhirat,kami akan berusaha untuk penuhi.Di syurga lah kita bertemu,mudah-mudahan insyaallah,dengan berkat doa mu abah.Biarlah Allah menjadi saksi ikrar kami.....

Kami,Azmir Azan,Azlin Alisa,Azlin Alini,Azlin Azira,Azlin Azliana,Azlin Adila,Azmir Azri,Azlin Azniza,Azmir Amirul,Azlin Amira,Azlin Amalin ingin sekali lagi memohon seribu kemaafan di bulan Ramadhan ini…

Salam Ramadhan dariku di bumi Jordan……….
Pukul 8.19 a.m waktu Jordan

Hikmah Kucing Berada di Rumahku


Terasa sungguh geram apabila lauk untuk persiapan sahur ku di curi oleh kucing.......Dah melampau kucing ni!!!Hilang kesabaran ku seketika....

Aku kembali beristighfar mengeluh...Huh~dah tidak ade rezeki kami kot...

Aku bukanya minat kepada kucing,tetapi kucing-kucing yang dibuang oleh arab menagih simpati mencari rezeki di rumah pelajar Malaysia..Kucing-kucing suka bertandang ke rumah kami,Ini kerana aku mendengar arab sangat kejam kepada kucing,sanggup memotong ekor kucing!!Dan juga makanan asasi arab ialah roti...Sebab itu kucing-kucing berkeliaran di rumah kami(bayt p.putes) bagaikan nyamuk di dalam hutan..(peribahasa baru)

HIKMAH KUCING


Aku memasak untuk sahur terlalu banyak sehingga berlebihan.....Bagaimana untuk habiskan lauk ini??

Rupa-rupanya inilah hikmah Allah menghantar kucing ke rumah kami...Sekurang-kurangnya kami tidak termasuk golongan yang disebut Allah sebagai saudara syaitan iaitu membazir....Aku memberi kesemua lauk yang lebih itu kepada kucing-kucing yang mengemis di rumahku~

Ketika inilah hati ku sayu teringat kat Malaysia...Abah ku suka memberi makan kepada kucing sehingga kucing-kucing kurap di jumpai di tepi jalan di bawa balik ke rumah.Setiap kali abah ku makan beliau akan bahagikan separuh nasi dan lauknya untuk kucing-kucing....


Hikmah yang ada pada kucing ialah sebagaimana pensyarah ku ada menyebut:
Kucing pun takut untuk membuat kesalahan!Buktinya,jika haiwan itu cuba untuk mencuri makanan,kucing akan lari dan takut-takut jika ternampak oleh manusia!!Jika kita memberi makan secara baik,kucing tidak akan lari dan dia tahu kita memberi makan kepada dia.....
Sedangkan manusia tidak tahu malu langsung untuk membuat kesalahan..Ini bermakna manusia lebih teruk daripada kucing!!!

Besarnya hikmah Allah mencipta kucing dan segala benda di sekeliling kita...Allah menyuruh kita untuk berfikir akan segala ciptaaNYA untuk dijadikan pengajaran dan pelajaran.....


P/s:X sabar untuk balik Malaysiaaa....Pesanan kepada ahli rumah loh,leng,mak we,matdin rambo,pesal jangan maroh sangat ka kalau lauk kena curi ko kucing...hehe

Selamat Tidak Berpuasa!!!!

Monday, August 16, 2010


click atas gambar utk tulisa lebih jelas

"Kepada yang berpuasa;fu*% U off".......Status Fb seorang Melayu dan beragama Islam,yang menggunakan nama FB Salleh Gregor Samsa.

Pelbagai lagi luahan dia didalam FB..."Kenapa tiap-tiap tahun aku kena terseksa untuk puasa?"

Pelbagai lagi kata-kata yang mengarut tidak sanggup aku membaca...Bukan sahaja tidak puasa malahan mengutuk orang yang berpuasa dan mempertikaikan dan mengina agama Islam...


Saya begitu sedih dengan keadaan masyarakat Malaysia sekarang ini..Setelah muncul Syiah di Malaysia,kemudian golongan Athies juga sudah wujud dan berani menghina Agama Islam secara terang-terangan........

AGAMA ISLAM AGAMA YANG MUDAH

Tidah perlu saya mengulas panjang tentang masalah ini..Tetapi,ketikaku mengambil subjek Maqosid aku tertarik dengan kata-kata dr Syuwes didalam kuliah beliau...


Allah memberi kita 24 jam di dalam sehari tetapi berapa minitkah Allah mewajibkan kita dan menyuruh kita memperuntukan masa untuk solat?Hanya setengah jam di dalam sehari(5 waktu)...

Banyak-banyak haiwan di muka dunia ini..Hanya satu Allah mengharamkan kepada manusia daripa untuk memakanya.(hanya khinzir dan baki haiwan lain khilaf)

Dalam banyak-banyak tumbuhan hanya satu Allah haramkan untuk memakanya.

Didalam muamalat hanya satu Allah haramkan iaitu riba........

Dan didalam setahun Allah bagi kepada kita 12 bulan..Hanya SEBULAN Allah menyuruh kita berpuasa!Di dalam sebulan berpuasa hanya beberapa jam kita disuruh menahan makan dan minum!Dan dibolehkan berbuka!

Nah!Betapa luasnya rahmat Allah S.W.T kepada kita....Hanya sedikit sahaja Allah mengharamkan dan selebihnya harus kepada kita,iaitu bebas kepada kita untuk melakukan apa-apa perkara mengikut kehendak kita?Adakah agama ini menyusahkan?

Adakah anda terseksa dengan adanya agama Islam?Hanya kerana agama menyuruh kita meninggalkan apa yang berlawanan dengan hawa nafsu kita?Yang pada hakikatnya apa-apa yang disuruh dan dilarang agama hanyalah untuk kemaslahatan manusia...Faedahnya kita yang dapat bukanya Allah....Dan,ingatlah Allah tidak memerlukan apa-apa pun daripada kita..Dan sekiranya tidak ada seorang pun di muka bumi ini tidak menyembahNYA,tidak menjejaskan sedikitpun kepada Allah...Kita memerlukanYA,bukan Dia memerlukan kita....

Allah tidak menyuruh dan melarang apa-apa perkara kepada manusia kecuali berdasarkan kemampuan Manusia itu sendiri....Adakah anda terseksa dengan taklif diberikan kepada Allah?Jika anda rasa tidak mampu maka pulangkanlah balik tangan,mata,perut dan segala ini kepada Allah..Janganlah anda bernafas menggunakan udara yang diberikan oleh Allah.......

Dan akhir sekali saya nasihatkan kepada golongan yang telah terlanjur menghina Agama Islam..Kembali lah bertaubat...Dan sekiranya anda tidak juga dapat menerima Agama Islam sebagai agama fitrah anda,janganlah kalian menghina Agama kami...Kami dapat menerima agama ini dengan ikhlas.Dan kami sedikitpun tidak rasa beban dengan Agama Islam!Kami bangga dengan Agama Islam agama yang kami percayai...

رضيت بالله ربّا وبالاسلام دينا وبمحمد (ص) نبيّا ورسولا

Aku telah redha Allah sebagai tuhan ku,dan Islam adalah agama ku,Dan nabi Muhammad sebagai utusan Allah......


Ya Allah berikanlah petunjuk hidayah kepada mereka...Ya Allah,tetapkanlah hati2 kami kepada Agama Mu ya Allah...Janganlah kamu goncangkan Hati-hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami.......Amin~


Untuk lebih tulisa lebih jelas...copy link ni:http://cilipedas.com/wp-content/uploads/Salleh-Gregor-Samsa1.jpg

Kaedah Umum Perkara Yang Membatalkan Puasa

Saturday, August 7, 2010


Setelah saya membaca masalah-masalah pertanyaan orang awam tentang permasalah puasa,kebanyakan mereka bertanya benda yang sama..Saya rasa perlu ada kaedah yang perlu diketahui oleh masyarakat Islam untuk menentukan samaada puasa itu batal ataupun tidak:


1. Makan dan Minum Dengan Sengaja

Allah Subhabahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan makan serta minumlah sehingga terang bagimu benang putih dan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga (datangnya) malam.” (al-Baqarah, 2: 187)

Apa-apa makan dan minum secara sengaja samaada mengeyangkan ataupun tidak,adalah membatalkan puasa.

Contoh masalah:
1.Jika anda tertelan apa-apa secara tidak sengaja maka tidak membatalkan puasa.

2.Menelan air liur didalam mulut tidak membatalkan puasa. Ibn Qudamah mengatakan bahawa perkara ini agak sukar dielakkan sepertimana debu dijalan atau dilantai (al-Mughni 3/16). Jika lidah yang mengandungi air liur terjulur keluar sebentar dan masuk kembali, ia tidak membatalkan puasa, oleh kerana pergerakan lidah dikira sebagai sebahagian dari pergerakan mulut.(Haashiyat Qalyoobi, 2/72).

- Menurut Mazhab Syafie, air liur yang diluar mulut atau berada diantara 2 bibir menelannya boleh membatalkan puasa, kerana perkara ini boleh dielakkan.
-Hukum menelan kahak dan hingus adalah sama dengan menelan air liur.

3.Muntah Dengan Sengaja

Barangsiapa yang muntah kerana terpaksa atau tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda

Ini kerana memuntahkan dengan sengaja melemahkan badan ketika berpuasa..Antara hikmahnya..

3.Haidh dan Nifas

Jika seseorang wanita haidh atau nifas, pada suatu bahagian siang tertentu (di bulan Ramadhan), sama ada di awal atau pun di akhir waktu, maka mereka harus berbuka dan mengqadhakannya. Jika mereka tetap berpuasa, maka puasa tidaklah sah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Bukankah jika haid dia tidak solat dan puasa?” Kami katakan, “Ya.” Beliau berkata, “Demikianlah kekurangan agamanya.”

-Dalam masalah haidh dan nifas jika keluarnya haidh dikira sudah membatalkan puasa.

-Digalakan perempuan yang haidh dan nifas Imsak(menahan diri dari makan dan minum)sehingga maghrib walaupun puasanya telah batal.

-Perlu membezakan antara Haidh dan darah Istihadhoh.

4.Onani
-Onani (mengeluarkan mani dengan sengaja) sama ada dengan tangannya, atau isterinya, atau orang lain, atau memeluk isterinya dengan syahwat.Jika bersetubuh di siang hari Ramadhan maka kena kaffarah.

-Jika keluar mani hanya kerana terpandang atau terfikir sesuatu yang mengghairahkan, maka hukumnya kena qadha sahaja tidak perlu kaffarah.(masalah khilaf) Bagaimanapun jika keluar air mazi, tidak batal puasanya.

5) Memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga yang terbuka. Tidak batal memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga yg tertutup seperti mata (memakai celak atau menitik ubat pada mata) dan sebagainya. Tidak batal juga memasukkan sesuatu melalui rongga terbuka jika tidak sampai ke dalam perut, seperti mengorek hidung atau mengorek telinga atau menitik ubat telinga.

7) Makan, minum atau berjimak kerana menyangka bahawa telah terbenam matahari
(masuk waktu Maghrib), tetapi sebenarnya belum. Atau belum terbit matahari (masuk waktu Subuh), tetapi sebenarnya sudah. Ini adalah pandangan jumhur.

8) Berjimak dengan sengaja
.

9) Murtad.

10) Gila, walaupun sebentar.


11) Makan atau minum ketika azan subuh dilaungkan.
Ramai menyangka masih boleh makan dan minum ketika azan dilaungkan sehinggalah tamat azan. Ini adalah pandangan yang salah, kerana muazzin tidak disyariatkan untuk azan sehinggalah terbit fajar. Sesiapa yang meneruskan makan atau minum selepas muazzin mula melaungkan azan, maka batal puasanya dan wajib qadak.


Rujukan..http://fiqhmedic.wordpress.com/2009/07/23/panduan-ringkas-sepanjang-bulan-ramadhan/

Hukum Keluar Mani dan berjunub Ketika Puasa

Friday, August 6, 2010


Soalan:Apakah hukum bermimpi basah ketika siang hari Ramadhan?

Syiekh Ibn Qudaamah menyatakan bahawa :’Jika seseorang mengalami mimpi sehingga terkeluar mani tidak membatalkan puasa, kerana ini merupakan tindakan tidak sengaja dari pihaknya; sama seperti kes sesesuatu yang yang keluar dari tekaknya semasa di sedang tidur’ (al-Mughni, 3/22). Maka hendaklah dia meneruskan puasa dan mandi (wajib) menghilangkan janabah.

Dalil:

قال رسول الله(ص):ثلاث لا يفطرن الصيام القئ والحجامة واللاحتلام

Mafhum hadis:Tiga perkara yang tidak membatalkan puasa,muntah(secara tidak sengaja),berbekam dan mimpi(basah).

Dan juga berdasarkan mahfum hadis tiga perkara yang tidak dihisab amalanya dan dinataranya ialah ketika waktu tidur..

Soalan:Apakah Hukum seorang masih lagi berjubub ketika terbitnya fajar dalam keadaan berpuasa?Adakah sah puasa dalam keadaan junub(belum mandi wajib sehingga masuk waktu subuH)?


Jawapan:Puasa masih dalam keadaan sah walaupun dalam kedaan Junub..Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh di malam hari kemuadian berada dalam kedaan junub seingga masuk waktu subuh,masih lagi sah dan meneruskan puasa..Ini berdasarkan dalil:

حِلَّ لَڪُمۡ لَيۡلَةَ ٱلصِّيَامِ ٱلرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَآٮِٕكُمۡ‌ۚ هُنَّ لِبَاسٌ۬ لَّكُمۡ وَأَنتُمۡ لِبَاسٌ۬ لَّهُنَّ‌ۗ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّڪُمۡ كُنتُمۡ تَخۡتَانُونَ أَنفُسَڪُمۡ فَتَابَ عَلَيۡكُمۡ وَعَفَا عَنكُمۡ‌ۖ فَٱلۡـَٔـٰنَ بَـٰشِرُوهُنَّ وَٱبۡتَغُواْ مَا ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمۡ‌ۚ وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلۡخَيۡطُ ٱلۡأَبۡيَضُ مِنَ ٱلۡخَيۡطِ ٱلۡأَسۡوَدِ مِنَ ٱلۡفَجۡرِ‌ۖ ثُمَّ أَتِمُّواْ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيۡلِ‌ۚ

SURAH ALBAQARAH:AYAT 187

Maksudnya:Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)

Berdasarkan dalil di atas ulamak mengeluarkan hukum berdasarkan mafhum mukhalah dan dalalah isyarat nas di atas membolehkan puasa dalam keadaan junub.Ini kerana Allah menghalalkan jimak isteri bermula dari maghrib sehingga terbit fajar.Ini bermakna mandi junub adalah selepas terbitnya fajar.Maka dibolehkan puasa dalam keadaan junub..

Dalil daripada hadis:
ن النبي كان يدركه الفجر وهو جنب من أهله ثم يغتسل و يصوم ]

Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi memasuki waktu subuh dalam berjunub kerana jima’ dengan isterinya, kemudian Baginda mandi dan berpuasa “. [HR Al-Bukhari : 1825, Muslim : 1109



p/s:Apa-apa persoalan tentang puasa boleh diajukan di kotak chat..Dalil mafhum mukhalafah adalah di bwah tajuk ilmu usul fiqh..
 

2009 ·AWE-DONDE by TNB