Jodoh
-
Dimana saya bercerita dengan IBU.., "ibu, ada seorang kakak ni lawaaaa
sangat. Tapi tak kawin lagi. Umurnya dah 30 tahun. Alim, baik, dah macam
macam usa...
Hukum Anak Patung Mainan Kanak-kanak
Thursday, June 10, 2010
Setelah saya memberi gambaran secara umum tentang masalah berkaitan dengan (taswir),saya perincikan tajuk Hukum Anak Patung.Disebabkan anak patung atau biasa dikenali ‘teady bear’ sangat digemari kanak-kanak perempuan dan biasanya ibubapa membeli anak patung untuk diberikan kepada anak-anak perempuan sebagai hadiah harijadi dan sebagainya.
Para Ulama telah berbeza pandangan tentang hukum anak patung permainan kanak-kanak kepada 2 pendapat.Ulamak membahagikan kepada 2 bentuk jenis anak patung.
1.Hukum anak patung diperbuat daripada plastik.
2.Hukum anak patung diperbuat daripada patcher.
HUKUM ANAK PATUNG KANAK-KANAK DAN DALIL-DALILNYA
Ulamak kotemporari khilaf kepada 2 pendapat tentang hukum patung mainan:
1.HARAM
Pendapat Imam Manzuri,Baihaqi,Halimi,dan IBnu Jauri
Dalil:
A)Haram kerana illah(sebab) patung yang berbentuk ada ruh(seperti manusia dan haiwan).
B)Menyerupai ciptaan Allah
C)Mungkin boleh menyebabkan fitnah dan khasnya patung-patung yang besar dan sesetangahnya mempunyai suara,bergerak dan sebagainya,
D)Dalil-dalil daripada hadis tentang pengharaman patuh.Antaranya:
ان الملائكة لا تدخل الى بيتا فيها صورة:حديث
Mafhumnya:”Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah padanya patung”
2.HARUS
Pendapat Imam Abdul Rahman Abdul Khalaq,Syeikh Qardhawi dan Abdullah Alwan
A)Tidak ada illah untuk diagung-agungkan,dan tidak ada illah untuk dibuat ibadah malah dihinakan.
B)Hadis Aisyah;
"Aku biasa bermain-main dengan anak-anakan perempuan (boneka perempuan) di sisi Rasulullah s.a.w. dan kawan-kawanku datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan boneka-boneka tersebut karena takut kepada Rasulullah s.a.w., tetapi Rasulullah s.a.w. malah senang dengan kedatangan kawan-kawanku itu, kemudian mereka bermain-main bersama aku." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan dalam salah satu riwayat diterangkan:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pada suatu hari bertanya kepada Aisyah: Apa ini? Jawab Aisyah: Ini anak-anak perempuanku (boneka perempuanku); kemudian Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di tengahnya itu? Jawab Aisyah: Kuda. Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di atasnya itu? Jawab Aisyah: Itu dua sayapnya. Kata Rasulullah: Apa ada kuda yang bersayap? Jawab Aisyah: Belumkah engkau mendengar, bahwa Sulaiman bin Daud a.s. mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap? Kemudian Rasulullah tertawa sehingga nampak gigi gerahamnya." (Riwayat Abu Daud)
Yang dimaksud anak-anak perempuan di sini ialah boneka pengantin yang biasa dipakai permainan oleh anak-anak kecil. Sedang Aisyah waktu itu masih sangat muda.
Imam Syaukani mengatakan: hadis ini menunjukkan, bahwa anak-anak kecil boleh bermain-main dengan boneka (patung). Tetapi Imam Malik melarang laki-laki yang akan membelikan boneka untuk anak perempuannya. Dan Qadhi Iyadh berpendapat bahwa anak-anak perempuan bermain-main dengan boneka perempuan itu suatu rukhsah (keringanan).
Kesimpulanya,pendapat ke 2 lebih soheh berdasarkan kekuatan dalil-dalil pendapat ke-2 iatu anak patung permainan kanak-kanak dibolehkan oleh Syara’.
Related Posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Saya nak tanya, macam mana pula keadaannya kalau patung mainan tu lebih besar daripada kanak-kanak tu sendiri?
August 30, 2011 at 5:04 PMContohnya teddy bear. Kan ada teddy bear yang bersaiz besar, lebih besar drpd kanak-kanak yang nak bermain tu.
Mak saya pernah kata, kalau macam tu haram jadinya. Awak tahu x?
Post a Comment