SALJI DI UNIVERSITI KU

SALJI DI UNIVERSITI KU

AWE-DONDE

AWE-DONDE

جامعه مؤته

جامعه مؤته

KULIAH SYARIAH MU'TAH

KULIAH SYARIAH MU'TAH

Hukum Memakai Jersey Lambang Kristian?

Thursday, June 10, 2010



Disebalik keghairahan semarak Piala Dunia Afrika 2010,masyarakat Malaysia tertumanya peminat-peminat bola sepak sangat ghairah membeli jersey-jersey untuk menunjukan sokongan pilihan negara masing-masing.Daripada jersey berharga puluh-puluhan ringgit sehinggalah jersey ratus dan ribuan ringgit.

Tetapi,harus diingat bahawa disebalik jersey itu adakalanya membawa lambang kristian!Seperti logo-logo mahupun bendera negara-negara tertentu dan juga penaja-penaja daripada syarikat Arak.Apakah hukum umat Islam memakai jersey yang mempunyai lambang kristian tersebut?

Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen selagi mana memenuhi tuntutan syarak seperti menutup aurat,tidak membazir dan sebagainya,kerana kaedah(الأصل في لأشياأ الاباحة)asal setiap sesuatu itu adalah harus selagi mana tidak ada dalil-dalil menunjukan perkara tersebut haram.

Saya ingin memetik terjemahan daripada Ulama' daripada Saudi dalam fatwanya tentang hukum membeli kereta yang mempunyai lambang salib dan saya kiaskan perkara itu kepada membeli baju jersey yang ada lambang salib.

“Terdapat beberapa bentuk dan jenis salib yang berbeza disebabkan berbezanya masa, tempat dan penganut kristian. Salib digunakan dalam bentuk yang berbagai, sebahagiannya sering digunakan sebagai salib dan sebahagiannya digunakan untuk salib dan bukan dengan maksud salib, seperti tanda campur (+). Pada pandangan kami, hukum perkara ini adalah seperti berikut:

1. Jika logo itu dibuat sememangnya dimaksudkan logo salib (kristian). Maka ia tidak boleh dibawa, dipakai, dijual beli dan dilukis oleh seorang muslim. Sebab pengharaman ini adalah untuk menjauhi dari menyerupai kristian dan membesarkan lambang agama yang batil. Sebab pengharaman ini berlaku ke atas setiap bentuk salib yang dikenalpasti oleh penganut kristian apabila bantuk itu digunakan adalah untuk membesar dan sebagai lambang agama mereka.

2. Adapun jika dilukis sesuatu hiasan tertentu, atau dibuat sesuatu alat perumahan atau suatu alat-alat (kegunaan) biasa, kemudian secara kebetulan ia menghasilkan bentuk seperti bentuk salib, maka ia perlu dilihat:

i. Jika ia nyata/jelas bagi orang yang melihatnya kali pertama sebagai salib yang masyhur digunakan hari ini dikebanyakan gereja-gereja dan dikalangan penganut kristian. Iaitulah bentuk dua garisan (bersilang), salah satunya menegak dan satu lagi melentang, dimana garisan melingtang itu berada dalam kedudukan membahagikan garisan menegak kepada bahagian atasnya lebih pendek daripada bahagian bawah. Inilah bentuk salib yang paling masyhur semenjak ia direka oleh penganutnya, sepeti bentuk kayu yang digunakan untuk menyalib orang yang hendak dibunuh. Maka jika bentuk ini yang jelas kelihatan bagi orang yang melihatnya buat kali pertama, maka wajib membuang bentuk itu dan menghilangkannya. Atau menggantikan bentuk itu dengan menjadikannya bentuk lain. Ini kerana Nabi S.A.W.


لَمْ يَكُنْ يَتْرُكُ فِي بَيْتِهِ شَيْئًا فِيهِ تَصَالِيبُ إِلَّا نَقَضَهُ

Maksudnya: “Tidak membiarkan sesuatu di dalam rumahnya yang berbentuk salib, melainkan baginda memusnahkannya.” (H.R. al-Bukhari)

ii. Jika bentuk salib itu tidak jelas/nyata, dan dia terhasil dari ukiran/hiasan secara tidak sengaja, atau ia merupakan binaan yang mempunyai peranannya, atau ia merupakan simbol metematik, seperti simbol tambah atau darab. Maka bentuk-bentuk sebegini tidak perlu dibuang dan dihilangkannya, maka tidak salah membuat bentuknya, menjual untuk tujuan ini, disebabkan tidak adanya sebab larangan iaitulah menyerupai kaum kuffar.

Maka ketika itu dilihat tujuan syarikat tersebut menjadikannya lambangnya sedemikian rupa, jika mereka memaksudkan salib, maka hukumnya adalah hukum salib, orang yang membeli kereta itu hendaklah membuang lambing tersebut atau mengubah bentuknya. Tetapi jika pihak syarikat memaksudkan lambang itu dengan maksud yang lain, hukumnya bukan hukum salib.

Jadi,saya nasihatkan kepada sahabat-sahabat saya dan peminat bola sepak dalam kalangan orang Islam hati-hati dalam membeli jersey yang mempunyai lambang salib!Jangan jual aqidah anda dengan minat anda terhadap bola sepak....Anda juga yang rugi...Bukan niat saya untuk menghalang anda untuk membeli jersey kesukaan anda!Kerana saya juga merupakan salah satu jutaan peminat bola sepak..

Sempena Piala Dunia ini,saya ucapkan selamat menonton kepada rakyat Malaysia dan kita doakan semoga Pasukan Malaysia pada suatu hari nanti berjaya layak ke Piala Dunia!

Semoga pasukan pilihan saya Spain ataupun Argentina menang kejuaraan Piala Dunia 2010 di Afrika kali ini~

0 comments:

Post a Comment

 

2009 ·AWE-DONDE by TNB