SALJI DI UNIVERSITI KU

SALJI DI UNIVERSITI KU

AWE-DONDE

AWE-DONDE

جامعه مؤته

جامعه مؤته

KULIAH SYARIAH MU'TAH

KULIAH SYARIAH MU'TAH

Hukum Menyambung Balik Tangan Pencuri

Thursday, January 21, 2010


Hukum hudud bagi pencuri sudah jelas dalam Al-quran iaitu potong tangan.Dan dijelaskan pula didalam hadis kadar potong tangan ialah setakat pergelangan tangan sahaja.Kadar nilaian curian yang wajib dipotong mengikut Jumhur Ulama’ oleh Imam Malik,Hanbali,Syafie ialah jika nisab bagi emas ialah 2.5 dinar dan jika nisab perak 3 dirham.Iaitu jika pada nilaian sekarang lebih kurang RM25.Tetapi,mazhab Imam Dawud Zhohiri dan Hasan Khawarij tidak menetapkan kadar nisab pada harga barang ataupun nilai barang yang dicuri itu.Jadi,jika si pencuri mencuri tidak kira berapakah nilai nya maka wajib potong tangan bagi pencuri mengikut mazhab Imam Dawud Zhoiri.

Dalil hudud pencuri mafhumnya:’Pencuri lelaki dan pencuri perempuan potonglah tangan kedua-duanya sebagai balasan perbuatan mereka dan sebagai siksaan dari Allah dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.’-Surah AL-Maidah ayat 38.

Dan ada lagi syarat-syarat yang mana ditetapkan Ulama’ seperti syarat pencuri,syarat barang yang dicuri,syarat mensabitkan hukum pencuri dan syarat saksi pencuri.
Hukum hudud bagi pencuri adalah hak hamba jika sebelum dibawa ke mahkamah,tetapi akan berubah kepada hak Allah selepas dibawa kepada muka pengadilan(mahkamah).

Apakah hukum menyambung balik tangan pencuri selepas dijatuhkan hukuman?(selepas tangan dipotong).

Jawapan:Menurut Dr Hammad Azam khilaf Ulama’ tentang masalah ini:

1.Dibolehkah sambung balik tangan pencuri.Dalil mereka ialah Qadhi hanya wajib menjalankan hukuman.Iaitu potong tangan.Jika pencuri menyambung balik harus baginya.Kerana hukuman telah dijalankan.

2.Tidak boleh menyambung balik.Kerana hukuman ini sebagai pengajaran kepada orang lain.Jika pencuri menyambung balik tangan dia seoalah-olah tiada faedah menjalankan hukum hudud potong tangan.Hikmah potong tangan pencuri ialah untuk member pengajaran dan kesedaran kepada masyarakat tentang hukuman pencuri.

Kesimpulanya,Allah S.W.T memuliakan tangan kita jika kita berbuat baik dengan balasan syurga.Tetapi jika kita mencuri nilai tangan kita hanya rendah di sisi Allah S.W.T hanya dengan nisab RM25 sudah dipotong.Tetapi,perlu diingat hukum hudud adalah rahmat disisi Allah.Jika pencuri itu sudah dikenakan hukum hudud maka kesalahannya mencuri sudah diampunkan oleh Allah s.w.t yang mana ternyata hukum hudud di akhirat adalah lagi teruk dan azab siksaanya.Sama-sama kita berdoa kepada Allah agar diri kita terlepas daripada azab Allah di Akhirat kelak.

0 comments:

Post a Comment

 

2009 ·AWE-DONDE by TNB