SALJI DI UNIVERSITI KU

SALJI DI UNIVERSITI KU

AWE-DONDE

AWE-DONDE

جامعه مؤته

جامعه مؤته

KULIAH SYARIAH MU'TAH

KULIAH SYARIAH MU'TAH

HUKUM WANITA HAIDH MEMASUKI MASJID

Monday, January 25, 2010


Ana ditanya oleh seorang hamba Allah perihal keadaan seorang wanita dalam keadaan haidh,tetapi beliau ingin menghadiri majlis akad nikah kakaknya di masjid.Ana menjawabnya wanita yang sedang haid diperbolehkan masuk dan duduk di dalam masjid karena tidak ada dalil yang jelas dan shohih yang melarang hal tersebut. Namun, hendaknya wanita tersebut menjaga diri dengan baik sehingga darahnya tidak mengotori masjid.Namun beliau keliru kerana setelah bertanyakan kepada ustaz-ustaz lain dan ketika belajar masa di sekolah dahulu bahawa haram bagi wanita dalam keadaan haidh masuk ke dalam masjid.Di sini Insyaallah ana ingin memperjelaskan pendapat ulamak beserta dengan dalil beserta hukumnya sekali.

Pertama sekali,perbahasan ini kalau ingin merujuk ke dalam kitab-kitab fiqh,hukum ini di bawah tajuk Ahkam Haidh Wa Nifas Wa Ma Yuhramu A’la Haidh Wa Nifas(Hukum-Hakam Haidh dan Nifas dan Apa Yang Diharamkan Ketika Haidh dan Nifas).Diantara perkara yang dilarang ketika Haidh ialah Solat,Puasa,Membaca Al-Quran dll termasuklah memasuki masjid iaitu perkara yang kita ingin perbahaskan.Sebagaimana yang kita tahu,keadaan uruf di Malaysia,masjid merupakan tempat medium yang paling penting untuk Alim ulama menyampaikan Ilmu dan beberapa perkara lain.Hal ini kadang-kala menyulitkan wanita kerana mungkin wanita perlu menghadiri ke masjid untuk mendengar ceramah,belajar ilmu agama ataupun untuk menghadiri majlis akad nikah kaum kerabatnya yang diadakan di masjid tetapi pada masa yang sama beliau dalam keadaan haidh.

“Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: ‘Haid itu suatu kotoran.’ Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita pada tempat keluarnya darah (farji), dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum mereka suci.” (Qs. Al-Baqarah:222)

Dalam ayat di atas Allah menjelaskan wanita dalam keadaan haidh adalah tidak suci,maka wujudlah batas larangan yang perlu wanita patuhi ketika dalam keadaan tidak suci.Kita tengok pandangan di sisi Fuqaha’ 4 Mazhab tentang Adakah Wanita Haidh Dibenarkan Memasuki Ke Dalam masjid?

1.Mazhab Hanafi MELARANG wanita haidh memasuki dalam masjid dan beriktikaf didalamnya walaupun mengambil wudhu’.Dalilnya: “Aku tidak menghalalkan masjid untuk wanita yang haidh dan orang yang junub.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud no.232, al Baihaqi II/442-443, dan lain-lain)

2.Mazhab Syafi’e dan Hanbali mengharuskan wanita haidh dan nifas lalu dalam masjid jika beliau yakin tidak akan mengotori masjid kerana diharamkan baginya mengotori masjid.Dalil:
فقلت عائشه (اني حائض)فقال: ان حيضتك ليست في يدك

Hadis riwayat Muslim.Dan ada lagi satu Hadis Maimunah yang diriwayatkan Nasa’i.

3.Setengah Ulama’ mutakhir MENGHARUSKAN wanita haidh memasuki dalam masjid berdasarkan dalil:
-Adanya seorang wanita hitam yang tinggal di dalam masjid pada zaman Nabi shallallahu’alaihi wa sallam. Namun tidak ada dalil yang menyatakan bahwa Nabi shallallahu’alaihi wa sallam memerintahkannya untuk meninggalkan masjid ketika ia mengalami haidh.
-Sabda Nabi shallallahu’alaihi wa sallam kepada ‘Aisyah radhiyallahu’anha, “Lakukanlah apa yang boleh dilakukan oleh orang yang berhaji selain thowaf di Baitullah.” Maka wanita itu hanya dilarang untuk thowaf dan tidak dilarang masuk ke dalam masjid. Apabila orang yang berhaji diperbolehkan masuk masjid, maka hal tersebut juga diperbolehkan bagi seorang wanita yang haidh.

4.Perbincangan dalil-dalil masing-masing:
Sebagian ulama melarang seorang wanita masuk dan duduk di dalam masjid dengan dalil:
لاَأُحِلُّ الْمَسْجِدُ ِلحَائِضٍُ وَلا َجُنُبٍ
“Aku tidak menghalalkan masjid untuk wanita yang haidh dan orang yang junub.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud no.232, al Baihaqi II/442-443, dan lain-lain)
Akan tetapi hadits di atas merupakan hadits dho’if (lemah) meskipun memiliki beberapa syawahid (penguat) namun sanad-sanadnya lemah sehingga tidak mampu menguatkannya dan tidak dapat dijadikan hujjah. Syaikh Albani -rahimahullaah- telah menjelaskan hal tersebut dalam ‘Dho’if Sunan Abi Daud’ no. 32 serta membantah ulama yang menshahihkan hadits tersebut seperti Ibnu Khuzaimah, Ibnu al Qohthon, dan Asy Syaukani. Beliau juga menyebutkan ke-dho’if-an hadits ini dalam Irwa’ul Gholil’ I/201-212 no. 193.

-Hadis Dhaif tidak boleh dijadikan hujah dalam perkara hukum halal haram kecuali kata setengah Ulama’,hadis dhaif hanya dapat beramal dalam perkara-perkara Kelebihan Amalan sahaja tidak pula pada hukum Halal Haram.

Kesimpulanya: Wanita yang sedang haid DIPERBOLEHKAN masuk dan duduk di dalam masjid karena tidak ada dalil yang jelas dan sohih yang melarang hal tersebut. Namun, hendaknya wanita tersebut menjaga diri dengan baik sehingga darahnya tidak mengotori masjid.Tetapi,walaupun hukumnya HARUS,wanita tetap harus beringat,kerana perkara ibadat eloklah kita ambil langkah yang berhati-hati dan ketat.Sebagai contoh jika wanita haidh itu tidak ada apa-apa maslahat untuk masuk ke dalam masjid moleklah dielakkan untuk masuk ke dalam masjid.Jika benar-benar perlu sahaja seperti jadual kelas pembelajaran dalam masjid,ataupun apa-apa jua dalam keadaan terpaksa maka bolehlah kita ambil pendapat ke 3 iaitu HARUS masuk ke dalam masjid.Ana lebih cenderung untuk mengambil langkah ihtiyath(hati-hati) tetapi harus jika dalam keadaan ada maslahat.Terpulang kepada anda masing-masing untuk cenderung kepada mana-mana pendapat.Wallahu A’lam.

0 comments:

Post a Comment

 

2009 ·AWE-DONDE by TNB