Jodoh
-
Dimana saya bercerita dengan IBU.., "ibu, ada seorang kakak ni lawaaaa
sangat. Tapi tak kawin lagi. Umurnya dah 30 tahun. Alim, baik, dah macam
macam usa...
Apakah Bai' Mu'athah dan Apakah Hukumnya?
Friday, January 22, 2010
Hukum jual beli dalam Islam adalah halal disisi syarak sebagaimana diketahui umum.Kecuali jual beli yang mempunyai unsur riba,unsur gharar(tipu),unsur jahil(tidak tahu kadar barang yang dibeli),jual beli barang yang diharamkan oleh syara’ seperti jual beli babi dan lain-lain lagi syarat sah jual beli yang ditetapkan syara’.Ana tidak mahu menghuraikan syarat sah jual beli secara terperinci,tetapi ingin menjelaskan hukum BAI’ MU’ATHAH.Dan beberapa dalil para fuqaha’ megikut pendapat masing-masing.
Apa itu Bai’ Mu’athah?Bai’ Mu’athah bermaksud jual beli TANPA MENYEBUT lafaz ijab qabul.Contohnya:Penjual menjual barangnya tanpa menyebut pun lafaz ijab(aku jual barang ini) manakala si pembeli juga TIDAK MENYEBUT lafaz qabul(aku terima atau aku beli).
Sebagai contoh jual beli dengan lafaz ijab qabul biasa:Penjual berkata kepada pembeli 'aku jual kereta ini dengan harga RM10ribu'.Maka pembeli menjawab lafaz qabul:'aku terima jualan ini.'
Dan sebagaimana kebiasaan adat kita di Malaysia trankasi jual beli berlaku tanpa menyebut ijab qabul yang dinamakan oleh syara’(bai’ mu’athah).Jadi,apakah hukum sebenar jual beli ini menurut pandangan Fuqhak?Adakah diharuskan atau sebaliknya?Para fuqaha berselisih pendapat tentang hukum jual beli ini.
1.Menurut pandangan Imam Syafi’e dan Dawud Azzhohiri hukum bai’ mu’athah ini tidak sah.Dan wajib menyebut lafaz ijab qabul yang menunjukan jual beli.Disebabkan lafaz ijab qabul dalil zahir menunjukkan redha jual beli.Tanpa lafaz bagaimana nak menunjukan redha jualbeli?
2.Pendapat kedua adalah pertengahan.Pendapat ini dipegang oleh sebahagian Ulama Syafi’e dan sebahagian mazhab Hanafi.Pendapat ini menegaskan Bai’ Mu’athah ini berlaku pada barang yang tidak mahal.Manakala pada barang yang mahal perlu kepada lafaz ijab qabul.Dan ana lebih cenderung kepada pendapat yang kedua.Sebagai contoh kita perlu kepada Ijab qabul dalam jualan beli kenderaan,rumah ataupun barang-barang yang mahal.Tetapi,pada barang-barang yang murah seperti pen,gula-gula tidak memerlukan lafaz ijab qabul kerana benda yang biasa pada pandangan masyarakat.
3.Pendapat terakhir ialah pendapat Jumhur Fuqaha’ Hanafi,Maliki,Hanbali.Mereka berpendapat transaksi Mu’athah ini harus pada samaada pada barang yang mahal mahupun murah.Yang demikian kerana lafaz adalah tidak penting.Yang penting redha diantara penjual dan pembeli itu.Allah menghalalkan jual beli dan tidak menjelaskan cara-caranya.Maka wajib menurut kepada uruf masyarakat setempat itu,sebagai contoh di Malaysia yang terbiasa dengan amalan jual beli Mu’athah ini tanpa menyebut lafaz ijab qabul.Kecuali sesetangah tempat di Malaysia seperti di Kelantan.Kebanyakan orang tua-tua di sana mengamalkan dengan menyebut lafaz ijab qabul ketika transaksi jual beli.
4.Perbincangan dalil-dalil di atas:Saya lebih cenderung kepada pendapat yang kedua.Disebabkan atas urusan untuk memudahkan manusia dalam muamalat.Dan kaedah fiqh ‘setiap benda itu asalnya harus’ maka disebabkan tiada dalil yang khusus dan jelas mengharamkan bai’ mu’athah ini,sekaligus diharuskan bai’ mu’athah.Terpulanglah kepada anda masing-masing untuk cenderung kepada mana-mana pendapat.Sekalipun anda cenderung kepada pendapat selain mazhab Syafi’e.Insyaallah kita bincang pada artikel seterusnya tentang adakah dibolehkan untuk kita talfiq mazhab pada ruang skop muamalat?
Kesimpulanya,bukan tujuan ana datangkan hukum ini mahu melemahkan pendapat Ulamak masing-masing.Tetapi ana mahu untuk meluaskan fikiran kita tentang pendapat ulamak.Cuba kita tengok dari satu sudut yang mana Imam Syafie begitu teliti dalam menetapkan hukum dengan meletakkan langkah berjaga-jaga dalam ibadat dan muamalat.Manakala Imam Hanafi pula dari satu sudut sangat mementingkan maslahat untuk kemudahan muamalat manusia.Dan masing-masing ada hujah yang tepat dan kemas.Khilaf itu satu rahmat bagi kita yang tidak mampu untuk berijtihad secara mutlak.Insyaallah tunggu lah artikel seterusnya dalam Fiqh Muamalat.Bolehkah bertalfiq dalam ruang skop muamalat?Wallahu’alam.
Related Posts:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum . Saya nk tanya berkenaan dgn jual beli...
July 15, 2019 at 12:14 PMKalau sesuatu jalan itu tidak sah..apakah hukumnya.. Adakah garam kita guna hasil jalan itu..
assalamualaikum saya nak tnya, apa contoh bay muatah yang malaysia amalkan?
April 29, 2022 at 3:40 PMPost a Comment